Tahun 2012 dah pun melepasi setengah tahun.
Tinggal lagi dalam sepuluh hari kita akan bertemu dengan Ramadhan...Insya-Allah.
Dan Ramadhan tahun ini saya akan berpuasa dalam keadaan hamil.
Berdebar juga maklumlah tak pernah.
Waktu preggy Irfan dulu kandungan baru + sebulan macam tu.
Makanya selera makan pun tak adalah menggunung kinabalu tingginya.
But this time dah masuk second trimester...and almost third trimester.
Selera makan tu idaklah berapi-api cumanya cepat lapar.
So biasanya saya akan makan sedikit tetapi kerap.
Paling penting air masak tak boleh putus.
So, memandangkan Ramadhan bakal menjelang tiba, makanya saya gigih mencari bahan bacaan berkaitan kehamilan dan Ramadhan.
Dan dah take note pun perkara-perkara penting untuk dihadapi sepanjang bulan Ramadhan ni.
Nampak tak nota kaki (wahhhh lama nya tak guna istilah nih) saya.
Nota kaki harus diselitkan di dalam handbag.
Maklumlah dah kertu ni waktu baca tu memanglah ingat tapi nanti dah sehari dua mulalah lupa.
Bila perlukan maklumat waktu tulah gigih nak menggoogle.
Tak kuasa haih!
Kebetulan dah ada note ni saya nak kongsilah sikit dengan semua.
Mungkin berguna juga untuk ibu-ibu hamil di luar sana.
Note ini saya padat dan ringkaskan daripada beberapa website tentang kehamilan dan Ramadhan yang saya baca juga daripada soal jawab dengan doktor saya.
Here we go.
@ Adakah selamat jika saya mahu berpuasa?
1. Dapatkan dahulu nasihat doktor terutamanya jika kehamilan anda adalah kehamilan berisiko dan mempunyai komplikasi (kencing manis, PP).
2. Sekiranya bimbang berpuasa boleh mendatangkan kemudaratan terhadap diri dan bayi di dalam kandungan anda boleh memilih untuk tidak berpuasa tetapi wajib menggantikannya selama hari anda tidak berpuasa itu.
*dapatkan juga nasihat daripada pakar agama jika anda ragu-ragu.
@ Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya tekankan ketika berpuasa di waktu hamil?
1. Pening kepala, pengsan, lemah atau letih berlebihan. Cuba berehat sekurang-kurangnya selama setengah jam. Jika selepas itu salah satu tanda-tanda tersebut masih ada segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
2. Loya atau mula muntah.
3. Sebelum berpuasa bayi anda aktif tetapi selepas berpuasa pergerakan bayi menjadi semakin berkurangan atau lemah, segeralah ke hospital.
4. Berasa dahaga yang melampau atau air kencing berwarna gelap dan berbau. Ini menunjukkan anda ternyahhidrat dan mungkin boleh membahayakan bayi anda.
5. Sakit seolah-olah hendak bersalin. Segeralah ke hospital kerana dikhuatiri berlakunya kelahiran pra-matang.
@ Bagaimana cara untuk kelancaran berpuasa semasa hamil?
1. Rancanglah hari anda supaya anda boleh meminimumkan tenaga anda dan mengurangkan rasa letih.
2. Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang yang berat. (hmmmmm...agak-agak dari ERL station ke office tu jauh ke ek? kena ukur ni.)
3. Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ianya boleh mengakibatkan anda ternyahhidrat yang mana akan membahayakan nyawa bayi anda.
Dan ada beberapa perkara lagi tentang berpuasa dan kehamilan ni.
Nanti kita sambung v.2 pulak ek.
Kalau ada tambahan lain saya masukkan kemudian.
Friday, July 13, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
No comments:
Post a Comment