Ini satu lagi kain leftover.
Yang ini lebihan buat skirt labuh adik.
So leftover tu memang sengaja disimpan untuk buat baju sendiri.
Tapi oleh kerana kainnya agak tebal, maka berfikir-fikir nak buat dress macam mana.
Dah penat berfikir dapat ilham dari baju Irfan.
Ok, kita try design satu untuk baju sendiri.
So inilah hasilnya...
Baju gantung.
Tak tahulah nama saintifiknya :)
Mula-mula masa Irfan tengok berkerut dahi dia.
Bila ditanya kenapa Irfan?
Macam baju masak! Selamba jer dia jawab.
Ceh! disamakannya dengan apron.
Tanya MR. Daddy, dia kata comel.
Terubat hati.
Ini pandangan belakang.
Ada dua butang dekat belakang tu untuk belah kiri-kanan.Masa tengah preggy ni kita pakai dulu butang yang pertama.
Nanti kalau dah bersalin, kita tukar butang kedua sebab masa dah kurus #ini kita namakan cita-cita wahhhhhh!!!
Kalau bertambah kurus kita tambah lagi butang kedua #ini angan-angan.
Next week baru kita bergaya dengan dress maternity yang baru ni sebab baju yang bahagian dalam tak design lagi... (",)
No comments:
Post a Comment