Wednesday, July 18, 2012

Dia Tidak Sihat

Herokecil Malaya saya tidak sihat.
Mungkin sebab kena hujan gerimis semalam.
Irfan ni meman pantang kena hujan.
Walaupun sikit mesti badan dia akan panas.

Tapi pagi tadi MR. Daddy hantar juga ke nursery dengan berbekalkan ubat.
Tapi dah pesan.
Kalau badan dia panas sangat call jer.
Setakat ni alhamdulillah respon nursery terhadap budak demam memang cepat.

Lepas hantar saya ke station ERL pagi tadi pun nangis.
Selalunya ok jer.
Salam, cium, babai.
Pagi tadi lepas salam, muka dah cebek.
Bila saya cium terus menangis.
Shian anak mami.
Mungkin sebab badan pun tak berapa sihat so meragamlah sikit.

Semoga anak mami cepat sembuh.
Jangan sakit-sakit lagi.
Nanti kita main jahit-jahit lagi ok...


Sibuk dia nak jadi model untuk craft work mami dia. Bolehlah...Abaikan craft work di dinding belakang tu.



No comments: