Monday, July 23, 2012

Mengisi Masa Lapang...............Kononnya

Hari ini sudah masuk Ramadhan ketiga.
Alhamdulillah dua hari Ramadhan yang baru berlalu dapat saya tempuhi dengan baik.
Tidak pula rasa lapar keterlaluan.
Dah lebih kurang pukul 6.00 macam tu baru rasa lapar.
Saya ikut tips yang doktor beri.
Air berkafein sedikit pun tidak saya sentuh.
Baik waktu sahur mahupun waktu berbuka.
Dan makan kurma.
Dapat dalam sebiji dua pun dah cukup dah.

Si herokecil Irfan pun dah getting better.
Semalam kemain lasak lagi bermain.sampai berpeluh-peluh.
Penatlah saya ni menjerit-jerit jangan main lasak sangat.
Dia dahlah jenis yang kuat berpeluh.
Bila dah berpeluh tu mulalah gatal-gatal.
Sayaaaaaaaa jugak yang jadik tukang kipas.
Hai lah anak!

Sambil-sambil jaga dia tu rasa boring jugak.
Maklumlah dok kat umah EMAK so aktiviti menjahit tidak dapat dilaksanakan.
Makanya demi mengisi masa-masa yang terluang......kononnya, buatlah craft work.
Itu jelah pun yang dapat dibuat sebab boleh jahit tangan sikit-sikit.

Dan hasilnya adalah strawbery key-chain.

Besar strawbery tu lebih kurang duit syiling 50 sen yang lama tapi besar sikitlah.
Asalnya nak buat warna merah tapi felt merah sudah habis buat craft untuk adik.
Makanya kita gantikan dengan warna pink.
Nampak soft pulak.

Sedia untuk delivery.
Siapa nak angkat mouse.
Nanti saya pos....F.O.C

Amacam ada berani?

Terima kasih pada ibu arissa sudi jadi follower. Selamat berkenalan... (",)

No comments: