Ok kita sambung pasal puasa dan kehamilan.
@ Perkara yang perlu diselesaikan sebelum berpuasa?
1. Bagi yang due date kelahiran sudah hampir (trimester ketiga/8 bulan) dinasihatkan menyediakan keperluan bayi dan anda lebih awal. Ini boleh mengelakkan anda berasa tertekan atau kepenatan untuk menyediakan semua keperluan tersebut sepanjang tempoh berpuasa.
@ Bagaimanakah sahur yang baik untuk saya?
1. Sepanjang kehamilan jangan tinggalkan waktu sahur kerana sahur dapat mengekalkan tenaga buat anda pada waktu siang.
2. Ia juga dapat mengelakkan simptom-simpton kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
3. Hidangan sahur yang sihat untuk ibu hamil mungkin boleh mengandungi:
> nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari / kurma yang cair.
> bijiran berserat tinggi / bran dengan susu skim rendah lemak
> dan buah-buahan termasuk kurma dan pisang.
3. Elakkan minum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda lebih mudah ternyahhidrat.
* bagi ibu hamil yang menghidapi kencing manis elakkan makan buah anggur, tembikai, pisang dan durian.
@ Bagaimanakah hidangan berbuka yang baik untuk saya?
1. Ibu hamil boleh mula berbuka dengan:
> 3 biji kurma dan jus buah-buahan (jus bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah).
> susu / yogurt rendah lemak.
> sup jernih
2. Dan diikuti dengan makanan yang seimbang dan berkhasiat
> sepinggan salad / ulam-ulaman
> sumber kaya protein (daging, ayam, ikan, tentil, kacang pis, kekacang)
@ Bagaimana caranya untuk saya mengekalkan kesihatan ketika berpuasa di waktu hamil?
1. Ibu-ibu hamil boleh makan dalam kuantiti yang lebih sedikit ketika bersahur dan berbuka.
2. Makanan yang berkhasiat dan seimbang dapat membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati.
Buat semua ibu-ibu hamil yang mahu berpuasa sentiasalah pantau tahap kesihatan anda dan bayi anda.
Semoga kita juga akan mendapat berkat di bulan yang mulia ini.
Selamat menyambut Ramadhan semua.
Insya-Allah kalau saya dapat info tambahan nanti saya akan kongsi lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
No comments:
Post a Comment