Friday, July 27, 2012

Ku Mohon Kekuatan Dari-Mu

Salam pagi Jumaat.

27 Julai 2012, Jumaat.
Tarikh dan hari yang tidak akan saya lupakan.
Saya diuji dengan ujian dunia.
Sedih?
Ya, sebab saya juga manusia.
Kesal?
Ya, sebab itu lumrah manusia.

Tetapi saya yakin pada janji-janji-Nya.
Dia tidak pernah menguji hamba-Nya lebih daripada kemampuan mereka.
Dan ujian ini adalah ujian yangmampu saya tanggung.
Saya harus yakin itu.
Saya harus berserah kapada-Nya sambil berikhtiar mencari jalan keluar.

DIA sayangkan saya.
DIA tidak mahu saya lupa dan alpa.
DIA mahu saya belajar dari ujian ini.

Walau sudah menitik air mata saya tetapi saya yakinkan hati yang DIA sentiasa ada mendengar keluh kesah saya.
Saya yakinkan diri telah menanti hikmah yang manis untuk ujian ini.
Saya yakinkan diri ujian ini terlalu kecil untuk dibaningkan dengan dugaan yang dihadapi oleh orang lain.

Ya Allah Tuhan yang satu,
Dengarlah doaku,
KAU berikan aku ujian, maka selitkanlah kekuatan untuk aku menghadapinya.
KAU berikan aku dugaan, maka sertakanlah ketabahan untuk aku melepasinya.
Semoga di sebalik ujian yang menyedihkan ini ada hikmah yang manis buatku.
Sepertimana kau selindungkan cantiknya pelangi sesudah hujan lebat.
Sepertimana kau sembunyikan indahnya mutiara di lautan yang dalam.

Doakan saya tabah dan kuat.


No comments: