Monday, July 2, 2012

Blue Lagoon Lagi

Hujung minggu duduk-duduk sahaja di rumah.
Asalnya MR. Daddy ada hal (kerja la apa lagi...)
Cadangnya cuma nak ajak MR. Daddy pegi tengok pesta flora dekat Presint 2 tu jer.
Then MR. Daddy kata kalau pergi malam lagi best.

Ok tetiba datang idea kekdah-kekdah menghabiskan duit.
Usul ke MR. Daddy ajak mandi pantai.
Kengkononnya dah lama tak bawa kenit tu berjalan.
Nampak tak inilah pekdahnya ada anak kenit.

Tak ada nak pergi jauh-jauh.
Kami cuma pilih ke Blue Logoon, PD.
Lepas Zuhur macam tu bertolak (dalam pukul 2 lebihlah).
Ikut jalan kampung.
Putrajaya-Salak Tinggi-Lukut-PD.

Perjalanan lebih kurang sejam setengah.
Si kenit tu mula-mula memang excited lah dalam kete.
Sekejap-sekejap tanya.
Dah sampai ke?
Bila asyik jawab jauh lagi, mulalah dia bosan.
Mintak susu langsung tertidur.

Sampai dalam pukul 3.30 petang.
Mula-mula takut kenit tu nak turun laut.
Mungkin sebab baru bangun tidur.
Keplaa pun mamai lagi.
Lepas 15 minit macam tu terus over.

Happy sangat bila tengok kenit tu happy.
Biasalah emak-emak kan.
Haruslah mendahulukan kegembiraan anak.
Barulah mithali gitu.

Sekali ko sampai pukul 6 kenit tu tak moh jugak naik.
Tak nak balik katanya.
Belum puas berenang.
Tangan kaki segala dah kecut mecut dah.
Penyudahnya, MR. Daddy paksa jugak naik.
Tak kan nak berumahtangga dekat situ.

Sampai ke rumahlah si kenit tu memekak nak mandai pantai.
Next time lah ye sayang kita pergi lagi.
Tunggu baby lahir kita pergi jauh sikit.

Published with Blogger-droid v1.7.3

No comments: