Tuesday, January 3, 2012

Perjalanan yang Jauh

Happy New Year!!!!!
Sudah masuk tahun baru 2012.
Amacam audited azam 2011???
Ada yang carry forward tak?
Ke semuanya tercapai?

Cerita penghujung 2011 saya sangat panjang.
Bermula pada malam 30.12.2011
Malam tu lepas dah siap kemas rumah, basuh kain, kami pun balik ke rumah MAK di KL.
Memang dah janji dengan MR Daddy minggu tu balik KL.
Malam tu sebelum balik KL singgah dulu hospital Putrajaya.
Wife cousin baru bersalin baby girl yang kedua.
Sampai hospital pergi tanya jaga cemana nak ke wad cousin tu.
Kemain kereklah jaga tuh.
Bukan nak jawab soklan kita.
Siap sound lagi...

"Nampak tak sign tu."

Saya pun jeling lah ke arah sign yang ditunjuk dek jaga tu.
Ada tulis:
 
"Budak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk."

So saya call balik pak ngah beritahu jaga tak beri masuk.
Cakap baik-baik tak boleh ker?
Saya lepas tu terus blah dari situ tanpa sudi mengucapkan terima kasih.
Saya buat muka sambil jeling dua orang jaga perempuan tadi.
Orang tak berbudi sayapun malas nak berbahasa.
Kemudian terus gerak balik KL.
Sampai KL cuma ada adik-adik.
MAK ada dekat bawah tengah rewang.
Ada majlis kenduri kahwin esoknya.

Tengah hari Sabtu 31.12.2011 terima panggilan dari IBU.
Minta tolong hantar di abalik kampung di rembau.
IBU nak jumpa atok dan wan sebab nak bincang pasal majlis kahwin adik 22.1.2012 nanti.
So kamipun gerak dari rumah MAK ke puduraya tunggu ibu di situ.
Jakun sekejap masa sampai puduraya tu.
Keadaan dah banyak berubah.
Tak macam masa saya selalu berulang-alik naik bas bertahun-tahun dulu.
Keadaan puduraya sangat sesak dan merimaskan.
Ruang menuggu sedikit dan serabut dengan bau dan asap rokok.
Sekarang tidak lagi.
Surau juga nampak selesa.
Kalau dulu selesai jer solat memang lencunlah dengan peluh, dah macam masuk sauna pulak.

Dari Puduraya kami gerak ke Rembau dan sampai dalam pukul 7.00
Malam tu kami tidur di rumah wan di Rembau.
Sementara IBU berbincang dengan atok dan wan, kami buat hal sendiri.
Besoknya pada hari tahun baru 1.1.2012 selepas Zuhur kami bergerak pulang ke Sungai Besar untuk menghantar ibu.
Dan malam itu kami tidur di rumah IBU.
Selepas Zuhur 2.1.2012 barulah kami pulang ke Putrajaya.

Hasilnya saya ke pejabat dengan hidung berair, kepala berdenyut-denyut....


No comments: