Wednesday, January 25, 2012

Tulang Belakang


Tahun Baru Cina yang baru lepas ni saya balik kampung di Rembau.
Sebab hari Ahad, sehari sebelum Raya Cina majlis kenduri kahwin adik saya.
Kali ni majlis bertandang.
Rumah pengantin perempuan dah lepas dah, masa 11.11.11 dulu

Tapi hari Sabtu sebelum kenduri tu saya demam.
Kepala nyut-nyut sakit.
Penyudahnya baring jer atas rumah.
Langsung tak dapat jadi sebahagian daripada tulang belakang.
Apalah maknanya kenduri kendara jika kita tidak terlibat sama.

Bukan senang nak berkumpul sanak sedara ramai-ramai gitu.
Kadang-kadang hari raya pun ada yang tercicir.
Tapi nak buat macam mana.

Sementara saya berehat tu, sibuklah sedara mara jiran tetangga menyiapkan kelengkapan perkahwinan.
Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke besar-besar perkara.
Semua dibuat sendiri secara bergotong royong.
Memang seronok.
Hiruk pikuk dibuatnya bila ada yang jadi kaki sakat.



Sibuk merebus telus untuk diikat pada bunga telur.

Aktiviti: cuci ayam. Kalau saya sihat, cuci ayam ni kontrak saya. Tapi apakan daya, kesihatan terbatas. PASti ayam-ayam ni merindui saya. Kita berjumpa di dalam pinggan jelah yea.

Mak-mak sedara, wan-wan sedara dan jiran tetangga. Biasanya di sinilah aktiviti sakat-menyakat dijalankan. Yang paling saya kesian kalau yang jenis latah. Nak-nak jenis latah bersilat.

Memasak memang kerja orang lelaki. Yelah kawah kan besar-besar. Manalah nak terdaya golongan wanita yang lemah lembut ni nak mengangkatnya.

Lebar senyum pengantin lelaki tengok orang bersilat.

Pengantin perempuan tahan gelak.

Ini pasukan kompang. Ketuanya tok-ngah saya.


Silat piring untuk pengantin. Waktu silat ni memang terkekeh semua orang. Mana taknya brother tu silat betul-betul depan muka pengantin, nasib baik pengantin tak latah...kalao tak makan penampo.


Ini orang kuat daerah Rembau. Datuk Bangsa.


No comments: