Kekasihku,
Bertemu tanpa wajah, berbicara tanpa suara, hanya blog bisu ini yang menjadi penghubung antara kita.
Kekasihku,
Maafkan aku kerana terpaksa memutuskan hubungan kita walau telah lama kita bersama. Demi masa depanku aku terpaksa.
Kekasihku,
Aku tahu kau pasti akan bertemu dengan penggantiku yang lebih penyabar melayan kerenahmu. Aku sudah tidak sanggup lagi. Aku tidak mahu lagi anakku mendengar setiap kali aku memaki hamunmu kerana aku percaya kepimpinan adalah melalui teladan.
Kekasihku,
Pernahkah kau tahu aku menjadi sakit hati setiap kali kau buat hal aku terpaksa menghubungi keluargamu. Mengapa? Mengapa harus kau melibatkan mereka kekasihku? Sudahlah keluargamu suka benar berjanji akan menyelesaikannya secepat mungkin namun janji hanya tinggal janji.
Kekasihku,
Walau setiap bulan aku perlu menghulurkan wang saku kepadamu tetapi kau tetap tidak menjalankan tugasmu dengan sempurna. Sering sahaja kau celus dan keluargamu pasti meminta aku bersabar. Tetapi sampai bila kekasihku.
Kekasihku,
Aku berterima kasih kepadamu kerana selama kita bersama telah banyak jasamu kepadaku. Saat aku berduka aku datang kepadamu lalu kau menghiburkan aku. Saat aku kesepian aku datang kepadamu lalu kau tanpa jemu menemankan aku.
Kekasihku,
Walau telah banyak jasamu kepadaku namun aku tidak dapat menolak fitrah manusia yang selalu mahukan yang lebih baik. Sejak aku diperkenalkan kepadanya aku menjadi sangat teruja untuk memiliki dia.
Kekasihku,
Sekali lagi aku mohon kemaafanmu. Andai kau bertemu dengan teman baru satu sahaja pintaku, bahagiakan dia tanpa jemu. Jangan kau sakiti dia seperti kau sakiti aku. Aku maafkan kamu tak perlu kita bertemu cukup kau tahu.
Kekasihku,
Sebagai tanda ingatan yang kau pernah bertakhta di hatiku aku sispkan gambarmu di blogku. Biar semua orang tahu bahawa tiada dendam di hatiku....
Selamat tinggal kekasihku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
No comments:
Post a Comment