Sunday, January 8, 2012

Road to PD

PD = Port Dickson bukan Pantai Dalam.

Ok hari ni adalah birthday MAK yang ke-48.
So kitorang pakat-pakat nak bawa MAK pegi PD.
Actually saya planning dari tahun lepas lagi.
Kebetulan tahun ni birthday MAK jatuh hari Ahad.

So gerak dari rumah saya lebih kurang dalam pukul 2.
Ikut highway Utara-Selatan exit di Seremban - Port Dickson.
Tapi kali ni kitorang tak lepak ni Teluk Kemang.
Rasanya semua tahu kot Teluk Kemang ni quit popular gak.
Tapi pantainya agak padat dengan umat manusia selain agak kotor.
Dan yang paling tak best sebab banyak sangat saluran dihala ke pantai.
Faham kan?

So kali ni kitorang nak try lepak di Blue Lagoon.
Bila sampai tu rasa puas hati gak.
Pantainya masih bersih dari pencemaran dan air lautnya pun jernih.
Dan yang paling syok tak dalam sangat.
So selamat untuk makhluk-makhluk tuhan yang tak pandai berenang macam saya.

Nak ke Blue Lagoon ni mudah sahaja.
Kalau tak jumpa sign board ke Blue Lagoon cari sign board ke Rumah Penginapan Persekutuan.
Laluannya sama.

Ok enjoy gambar yang sempat MR Daddy snap.
Kata MR Daddy dia malu nak ambik gambar.
Daddy...daddy ambik gambar pun malu.

Gambar dalam laut kengdian ek...

No comments: