Wednesday, January 4, 2012

Dialog Bersama Irfan

Situasi 1 
Mami: Irfan nak adik?
Irfan: Tak nak (sambil geleng kepala)
Mami: Kenapa?
Irfan: Sebab Irfan masih baby (buat muka comel)

Situasi 2
**Irfan sedang lompat-lompat atas katil**
Mami: Janganlah lompat-lompat nanti jatuh.
Irfan: **buat tak endah...terus melompat**
Mami: Tengok tu tak moh dengar cakap mami.
Irfan: **tetap melompat sambil ketawa-ketawa**
Mami: Penatlah mami bercakap, Irfan tak nak dengar pun cakap mami.
Irfan: **berenti melompat** Mami penat cakap, effan tak nak dengar?
Mami: Yelah letih dah mami bercakap Irfan tak nak juga dengar.
Irfan: Ha, mami jangan cakap, tak adalah mami penat bercakap (sambung melompat)

Situasi 3
Untie: Cantiknya ultraman Irfan.
Irfan: Hmmm...daddy belikan.
Untie: Wah, cantiknya baju Irfan.
Irfan: Daddy belikan.
Untie: Besarnya ball Irfan.
Irfan: Daddy yang belikan.
Untie: Mami belikan apa???
Irfan: Mami? Tak ada apa-apa, mami tu semua tak boleh!!

Situasi 4
Mami: Irfan, lepas main simpanlah balik.
Irfan: Nantilah...effan nak main lagi.
Mami: Yelah, mami cakap lepas main simpan balik.
Irfan: **terus main sorang-sorang**
Mami: **tonton drama Korea**
Irfan: **berhenti main tiba-tiba, pandang mami** Kenapa mami suka marah-marah effan?
Mami: Sebab Irfan tak nak dengar cakap mami!
Irfan: Ish garang betullah mami ni.


3 comments:

ieYZa AzmiEY said...

anak engkau sangat cerdik oke eby... baru berapa tahun tapi otak dia nak menjawab tu dah macam lebih dari darjah enam....
bijakla budak ni. ko makan apa b masa mengandungkan dia sampai otak dia cerdas cenggini~ nak tips!~ wakakaka mcm aku lak tk nyempat2 nk mengandung kan~
Mesti best borak dengan dak irfan ni

Unknown said...

Thanks cik eiyza..

Memang letih layan loyar buruk budak kenit nih...tapi Irfan ni pemalu sikit dgn org (mcm mami dia jugaklah). Maybe sbb masa pregnant dulu suka main puzzle kot...sbb mkn mcm biasa jer. Tapi puzzle mmg menggila.

One thing ai suka bg dia cuba semua benda yg dia nk cuba, so next time bila dia jumpa benda seakan-akan dia akan fikir sendiri apa yg dia kena buat.


From P to the S: Owh adakah bunyi kompang semakin menghampiri... :)

ieYZa AzmiEY said...

bunyi kompang? siapa kah nak kawen? sila jemput saya...saya dah lama tk makan nasi minyak.... lalalalla~

next time kalau ada rezeki nak main permainan mencabar minda gak supaya anak cerdik cam dak irfan comel ni!

emm mak dia pemalu tu macam tk berapa kena je, lalalalala. mak dia bermulut laser itu ya, bukan tau takut mak dia tu