Saturday, December 31, 2011

Flower Boys Ramyun Shop [KOREN Drama]


Title: 꽃미남 라면가게 / Flower Boy Ramyun Shop

Also known as: Flower Boy Ramen Shop
Genre: Romance, Comedy
Episodes: 16

Sinopsis
Cerita tentang empat orang pemuda yang lebih dikenali sebagai “pretty boys,” sebab masing-masing memiliki wajah yang tampan dan pesona yang tersendiri dan seorang gadis yang memiliki tarikan dalam caranya yang tersendiri.

Yang Eun Bi-gadis periang dan mempunyai fikizal yang kuat. Berusaha untuk melepasi ujian tapisan untuk menjadi seorang guru. Yang Eun Bi mempunyai masalah dengan bapanya. Namun di saat-saat akhir si bapa, mereka kembali berbaik semula.

Cha Chi Soo-anak hartawan dan merupakan pewaris tunggal. Dia merupakan harta yang paling bernilai bagi bapanya President Cha. Tetapi Cha Chi Soo seorang yang agak bongkak dan memilih dalam berkawan terutamanya wanita.

Choi Kang Hyuk-chef dari Jepun yang datang ke Korea kerana amanah yang diletak di bahunya. Seorang yang tenang. Choi Kang Hyuk ada rahsia besar yang disimpannya. Namun sehingga satu tahap rahsia itu terpaksa didedahkan kerana merasa "haknya" akan dirampas.

Woo Hyun Woo-seorang anak muda yang lembut dan tenang. Woo Hyun Woo terlibat di dalam "kumpulan" ini kerana ditawarkan tempat tinggal. Woo Hyun Woo terspit dengan hutang yang banyak yang telah dibuat oleh bapanya menyebabkan dia dikejar oleh pemiutang.

Kim Ba Wool-anak muda yang panas baran. Mudah tersinggung, pemarah dan cepat melatah. Kim Ba Wool merupakan orang yang menetang keras kehadiran Cha Chi Soo di Ramyun shop tersebut.

Apakah yang menghubungkan mereka berlima? Bagaimana mereka menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul diantara mereka?

Cast
Lee Chung Ah as Yang Eun Bi

Jung Il Woo as Cha Chi Soo

Lee Ki Woo as Choi Kang Hyuk

Park Min Woo as Kim Ba Wool

Jo Hyun Woo as Woo Hyun Woo

Tengoklah betapa tingginya Lee Ki Woo.
Perasan tak?
Ke-empat-empat pelakon lelaki utama memiliki nama akhir yang sama...Woo
Ini merupakan lakonan drama pertama Lee Ki Woo selepas tamat army services September 2011 yang lalu.
Ada peminat Lee Ki Woo yang mendakwa pelakon tinggi lampai ini seorang Muslim. Betul tak betul sila google sendiri.
Di dalam drama ini Cha Chi Soo (Jung Il Woo) seorang yang sangat sensitif, namun menurut pelakon-pelakon utama yang lain Jung Il Woo adalah seorang yang agak sensitif di dalam dunia nyata.

No comments: