Dari semalam air liur asyik meleleh jer.
Kata daddy nak tumbuh gigi lagi kot.
Tumbuh gigi mendenya dah penuh gusi tu.
So semalam saya suruh Irfan tunjuk mana yang sakit dekat mulut dia.
Irfan tunjuk dekat tepi mulut dia (belah pipi tapi bahagian dalam.)
Saya pun jenguk.
Oh, patutlah...ada ulser.
Seingat-ingat saya, Irfan dengan daddy memang selalu kena ulser mulut nih.
So, sayapun tanya doc googleserba sedikit tentang ulser mulut ni.
Dan ini yang saya dapat:
Kenapa kerap kena ulser mulut?
# Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
# Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
# Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
# Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.
# Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
# Sistem imuniti badan yang lemah
# Alahan # Radioterapi
# Kimioterapi
# Sebab-sebab yang tidak diketahui
Kaedah merawat ulser mulut.
* Gunakan pencuci antiseptik mulut
* Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit
* Makan makanan lembut
* Elakkan makan makanan panas dan pedas
* Banyakkan minum air
Shian kenit tu...susah nak makan dan minum.
Air liur meleleh jer...nak telan dia merungut sakit. Sampai basah baju dek air liur. |
Waktu sihat gembira. Semoga anak mami cepat sembuh yer. |
**Baru dapat panggilan telefon dari nursery (9.15a.m) minta bawa Irfan sekali lagi ke klinik sebab macam ada ciri-ciri penyakit kaki, mulut dan tangan tu. Haish...semoga tidaklah. Kesian budak becok tu...Semoga Allah pelihara dia dari sebarang penyakit.
**Sah Irfan kena sakit kaki, mulut dan tangan. Ini dah kali kedua. Nampaknya kuarantin lagilah kami anak beranak. Cobaan...
No comments:
Post a Comment