Thursday, October 20, 2011

Ayam Panggang (Laporan Masakan Bergambar)

Bapak gedabak pinggang iols.
Masak semalam sebab dah tak tahu nak makan apa.
Asyik-asyik benda yang sama boring juga.

>> AYAM PANGGANG<<
Bahan-bahan:
1.Ayam (nak sekor boleh, 1/2 boleh, 1/4 boleh, peha saja macam saya guna pun boleh)
2.Kicap cair (tak ada kicap cair pekat pun boleh)
3.Marjerin (butter pun boleh)
4.Madu (tak nak guna pun boleh)
5.Sedikit garam.

Kekdah membuatnya:
1.Lumurkan semua bahan di atas pada ayam.
2.Kicap tu guna sikit sahaja, agak-agak ayam warna coklat dah ok.
3.Marjerin atau butter tu letak selit-selit kat ayam tu lepas susun kat dulang.
4.Nak terus bakar pun ok, nak perap sekejap pun ok.
5.Bakar dalam ketuhar lebih kurang dalam 35-40minit (ikut saiz ayam memasing) dengan kepanasan 250 --> jangan lupa panaskan dulu ketuhar sebelum masak ayam.

>>SOS LADA HITAM<<
Bahan-bahan:
1.Lada hitam (ditumbuk sendiri atau hanya telah siap dikisar)
2.Lada putih
3.Air
4.Garam
5.Tepung jagung
6.Bawang merah (3) dan bawang putih (2)
7.Kicap

Kekdah membuatnya:
1.Kisar bawang sehinnga hamcur dan tapis. Ambil airnya sahaja.
2.Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan air bawang tadi.
3.Setelah menggelegak, masukkan kicap (kicap hanya berfungsi sebagai pewarna bukan perasa.) Masukkan sedikit demi sedikit hingga air tadi bertukar menjadi warna coklat.
4.Masukkan lada hitam dan lada putih. Gaul rata.
5.Bancuh tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam periuk.
6.Gaul hingga sos tadi pekat.
7.Jika kurang pekat boleh tambahkan tepung jagung (seeloknya dibancuh dengan air dahulu).
8.Tambahkan garam

>>SAYUR CAMPUR<<
Bahan-bahan:
1.Beberapa jenis sayur (ikut anda suka makan sayur apa. Yang sesuai : kobis, carrot, kacang buncis, brokoli, anak jagung, cendawan butang).
2.Bawang merah tiga ulas (dihiris)
3.Bawang putih dua ulas (diketuk)
4.Satu sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
5.Setengah sudu teh sos tiram.
6.Sedikit air.
7.Sedikit garam.

Kekdah membuatnya:
1.Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
2.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
3.Masukkan sayur.
4.Tambahkan air.
5.Masukkan sos tiram.
6.Gaul rata.
7.Masukkan bancuhan tepung jagung.
8.Gaul rata. Tambahkan garam. Siap.

Daddy kata sedap.
Tapi sian kenit tak dapat makan sebab ada ulser mulut...
Next time mami buat lagi sekali untuk kamu ye sayang...


Idea resepi dari sini

No comments: