Friday, October 28, 2011
K.E.M.A.L.A.N.G.A.N
Tengah hari tadi saya balik rumah sekejap.
On the way tu ada kemalangan.
Kebetulan kereta saya berada betul-betul di hadapan mangsa.
Dan belakang kereta saya ada sebuah kelisa biru.
Waktu saya sampai di tempat kejadian tu, mangsa memang dah terbaring.
So saya berhentikan kereta di lorong kanan, beri double signal dan lambai pada kereta lain yang datang supaya masuk lorong kiri.
Brother kelisa biru tadi pergi jumpa dua orang kakak yang mungkin salah seorangnya dah langgar mangsa tadi.
Mangsa yang dilanggar tu baring dekat jalan tak bergerak.
Saya tak berani nak dekat.
So saya cuma jaga trafik.
Lepas tu ramailah yang berhenti tolong saya jaga trafik.
Tak ada sesiapa yang berani nak alihkan mangsa.
Bimbang kecederaannya bertambah teruk.
Lepas dah ramai yang tolong jaga trafik, saya pun minta diri untuk balik.
Actually dekat jalan tu memang selalu berlaku kemalangan.
Jalan tu jalan yang lurus dan panjang.
Maksudnya adalah kawasan memecut untuk pemandu yang suka bawa laju.
Saya selalu ingatkan daddy dan diri sendiri.
Kalau orang lain tak boleh berhati-hati, saya mesti hati-hati.
Anda mampu mengubahnya!
Thursday, October 20, 2011
Ayam Panggang (Laporan Masakan Bergambar)
Bapak gedabak pinggang iols. |
Asyik-asyik benda yang sama boring juga.
>> AYAM PANGGANG<<
Bahan-bahan:1.Ayam (nak sekor boleh, 1/2 boleh, 1/4 boleh, peha saja macam saya guna pun boleh)
2.Kicap cair (tak ada kicap cair pekat pun boleh)
3.Marjerin (butter pun boleh)
4.Madu (tak nak guna pun boleh)
5.Sedikit garam.
Kekdah membuatnya:
1.Lumurkan semua bahan di atas pada ayam.
2.Kicap tu guna sikit sahaja, agak-agak ayam warna coklat dah ok.
3.Marjerin atau butter tu letak selit-selit kat ayam tu lepas susun kat dulang.
4.Nak terus bakar pun ok, nak perap sekejap pun ok.
5.Bakar dalam ketuhar lebih kurang dalam 35-40minit (ikut saiz ayam memasing) dengan kepanasan 250 --> jangan lupa panaskan dulu ketuhar sebelum masak ayam.
>>SOS LADA HITAM<<
Bahan-bahan:1.Lada hitam (ditumbuk sendiri atau hanya telah siap dikisar)
2.Lada putih
3.Air
4.Garam
5.Tepung jagung
6.Bawang merah (3) dan bawang putih (2)
7.Kicap
Kekdah membuatnya:
1.Kisar bawang sehinnga hamcur dan tapis. Ambil airnya sahaja.
2.Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan air bawang tadi.
3.Setelah menggelegak, masukkan kicap (kicap hanya berfungsi sebagai pewarna bukan perasa.) Masukkan sedikit demi sedikit hingga air tadi bertukar menjadi warna coklat.
4.Masukkan lada hitam dan lada putih. Gaul rata.
5.Bancuh tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam periuk.
6.Gaul hingga sos tadi pekat.
7.Jika kurang pekat boleh tambahkan tepung jagung (seeloknya dibancuh dengan air dahulu).
8.Tambahkan garam
>>SAYUR CAMPUR<<
Bahan-bahan:1.Beberapa jenis sayur (ikut anda suka makan sayur apa. Yang sesuai : kobis, carrot, kacang buncis, brokoli, anak jagung, cendawan butang).
2.Bawang merah tiga ulas (dihiris)
3.Bawang putih dua ulas (diketuk)
4.Satu sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
5.Setengah sudu teh sos tiram.
6.Sedikit air.
7.Sedikit garam.
Kekdah membuatnya:
1.Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
2.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
3.Masukkan sayur.
4.Tambahkan air.
5.Masukkan sos tiram.
6.Gaul rata.
7.Masukkan bancuhan tepung jagung.
8.Gaul rata. Tambahkan garam. Siap.
Daddy kata sedap.
Tapi sian kenit tak dapat makan sebab ada ulser mulut...
Next time mami buat lagi sekali untuk kamu ye sayang...
Idea resepi dari sini
Wednesday, October 19, 2011
He's Not Feeling Well
Irfan tak sihat.
Dari semalam air liur asyik meleleh jer.
Kata daddy nak tumbuh gigi lagi kot.
Tumbuh gigi mendenya dah penuh gusi tu.
So semalam saya suruh Irfan tunjuk mana yang sakit dekat mulut dia.
Irfan tunjuk dekat tepi mulut dia (belah pipi tapi bahagian dalam.)
Saya pun jenguk.
Oh, patutlah...ada ulser.
Seingat-ingat saya, Irfan dengan daddy memang selalu kena ulser mulut nih.
So, sayapun tanya doc googleserba sedikit tentang ulser mulut ni.
Dan ini yang saya dapat:
Kenapa kerap kena ulser mulut?
# Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
# Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
# Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
# Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.
# Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
# Sistem imuniti badan yang lemah
# Alahan # Radioterapi
# Kimioterapi
# Sebab-sebab yang tidak diketahui
Kaedah merawat ulser mulut.
* Gunakan pencuci antiseptik mulut
* Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit
* Makan makanan lembut
* Elakkan makan makanan panas dan pedas
* Banyakkan minum air
Shian kenit tu...susah nak makan dan minum.
**Baru dapat panggilan telefon dari nursery (9.15a.m) minta bawa Irfan sekali lagi ke klinik sebab macam ada ciri-ciri penyakit kaki, mulut dan tangan tu. Haish...semoga tidaklah. Kesian budak becok tu...Semoga Allah pelihara dia dari sebarang penyakit.
**Sah Irfan kena sakit kaki, mulut dan tangan. Ini dah kali kedua. Nampaknya kuarantin lagilah kami anak beranak. Cobaan...

Air liur meleleh jer...nak telan dia merungut sakit. Sampai basah baju dek air liur. |
Waktu sihat gembira. Semoga anak mami cepat sembuh yer. |
**Baru dapat panggilan telefon dari nursery (9.15a.m) minta bawa Irfan sekali lagi ke klinik sebab macam ada ciri-ciri penyakit kaki, mulut dan tangan tu. Haish...semoga tidaklah. Kesian budak becok tu...Semoga Allah pelihara dia dari sebarang penyakit.
**Sah Irfan kena sakit kaki, mulut dan tangan. Ini dah kali kedua. Nampaknya kuarantin lagilah kami anak beranak. Cobaan...
Tuesday, October 18, 2011
Spirit
Dari malam tadi dah pasang niat baikkkkkkkk punya.
Besok mesti kena start belajar dengan bersungguh-sungguh.
Dah banyak masa rugi ni.
Pagi-pagi terus capai buku.
Baca doa belajar siap-siap.
Komputer dah on.
Kerja download data dah jalan.
Buka video belajar.
Dengar starting music dulu kasi panas.
Pause!!!
Cari lagu dululah.
So cari lagu.
Cari-jumpa-suka-download.
Dengar balik semula.
Ok sambung belajar.
Dengar balik video sambil take note.
3minit pertama...menguap!
7minit berikutnya...menguap!
10minit seterusnya...menguap paling besar!
Jeling jam tangan.
Patutlah dah pukul 12.30.
Kena makan dulu ni.
Pukul 1.30 solat dulu.
Dah dekat 3.15 SPIRIT belajar tak juga mari-mari.
Nak habiskan 1 video dah 3 kali kepala jumpa meja secara tak sengaja.
Kalau macam nilah jangan kata 4 tahun, 7 tahun pun belum tentu boleh grade.

Monday, October 17, 2011
Lie To Me
Title: 내게 거짓말을 해봐 / Naege Geojitmaleul Haebwa / Lie to Me
Also known as: Try Lying to Me
Previously known as: 달콤한 스캔들 / Sweet Scandal
Genre: Romance, comedy
Synopsis
Gong Ah Jung(Yoon Eun Hye) seorang pegawai kerjaan telah menipu rakan baiknya dengan mengatakan dia telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang berjaya. Tujuannya menipu adalah kerana rakannya yang selalu memandang rendah keupayaannya terutama melibatkan hal-hal lelaki. ELbih lagi rakannya itu telah berkahwin dengan lelaki yang pernah disuakinya. Secara tidak sengaja disebabkan oleh satu insiden rakan-rakannya yang lain menyangka dia telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berjaya Hyun Ki Joon (Kang Ji Hwan). Dan perhubungan ini menjadi lebih rumit apabila antara mereka akhirnya mempunyai perasaan antara satu sama lain dan terdapat beberapa pihak yang menetang.
Cast
Yoon Eun Hye as Gong Ah Jung
Kang Ji Hwan as Hyun Ki Joon
Sung Joon as Hyun Sang Hee
Jo Yoon Hee as Oh Yoon Joo
Hong Soo Hyun as Yoo So Ran
Ryu Seung Soo as Chun Jae Bum
Sumber : koreamdrama
Semalam Yang Meletihkan
Ahad dah berlalu.
Hari ni dah hari Isnin.
Segar dan menggembirakan...
Macam menipu no kata hari Isnin tu hari yang menggembirakan.
Start cerita daripada hari Sabtu.
Pagi Sabtu bangun seperti biasa. Mengemas, mengemop, mencuci dan menyidai.
Daddy ke pasar dan kemudian ke office.
Petang balik ke rumah mak di KL.
Saya dah berura-ura nak ajak daddy ke pasar malam Pantai Dalam malam tu.
Teringin nak makan yong tau fu. Lama betul rasanya tak pekena yong tau fu.
Maka berpimpin tanganlah kami ke pasar malam.
Irfan tinggal.
Sampai pasar malam manusia ramainya ya ampun!
Situasi yang paling saya tak suka...berasak-asak dengan orang ramai.
Saya cakap pada daddy.
Lepas beli yong tau fu, terus balik.
Maka misi pun bermula.
Setelah pencarian berakhir kami pun pulang.
Di rumah saya melantak yong tau fu yang konon-kononnya dah lama tak makan tu.
Di sinilah penderitaan Hari Ahad bermula.
Pagi Ahad saya bangun kerana dikejutkan oleh perut yang mula menggelegak.
Saya ke tandas, kemudian masuk semula ke bilik.
Dua jam kemudian, kembali ke tandas.
Kemudian masuk semula ke bilik.
Sehinggalah ke petang hampir lima kali saya keluar masuk tandas kerana sakit perut.
Maka saya membuat kesimpulan...
Kekerapan ke tandas adalah disebabkan oleh yong tau fu pasar malam Pantai Dalam!!!

Saturday, October 15, 2011
Rendang Ayam [Laporan Masakan Bergambar]
Ini rendang ayam resepi daripada wan saya.
Wan saya orang Rembau, Negeri Sembilan.
Selalu kalau kami balik kampung wan akan buatkan rendang ayam ni.
Semua cucu cucu wan memang suka rendang yang wan buat.
★Bahan-bahan★
♥Ayam (saya suka guna peha 5 ketul)
♥Bawang merah 5 ulas - dihiris.
♥Bawang putih 3 ulas - diketuk.
♥Serai 4 batang - diketuk.
♥Halia (saiz ibu jari 3 ulas) - boleh dihiris/tumbuk.
♥Cili giling/cili boh - ikut pedas memasing.
♥Serbuk kari ayam - sepeket
♥Serbuk kunyit - satu sudu teh (juga boleh lebih boleh kurang).
♥Santan dari sebiji kelapa.
---»asingkan pati santan dgn perahan yg berikutnya.
---»pati santan = perahan yg pertama.
---»utk santan kotak gunakan separuh daripada isi kotak tersebut (santan kotak gunakan kotak kecil).
♥Sedikit garam.
♥Daun limau purut dan daun kunyit (optional).
★Kekdah Membuatnya★
♥Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali kecuali daun kunyit, daun limau purut dan garam.
♥Jangan gunakan minyak.
♥Masukkan juga pati santan, manakala santan yg selebihnya ketepikan dahulu.
♥Kacau dengan api sederhana.
♥Setelah ayam nampak mulai masak, masukkan lebihan santan.
♥Teruskan mengacau dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat/kering.
♥Boleh masukkan daun kunyit, daun limau purut dan garam.
♥Sedia untuk dihidang.
※keyword utk rendang wan ni ialah tanpa minyak dan pati santan※
H.A.P.P.Y.C.O.O.K.I.N.G.A.L.L
Published with Blogger-droid v1.7.3
Friday, October 14, 2011
Nama Dia Aqlily Soffiya
Ini anak saudara saya yang kedua.
Nama dia AQLILY SOFFIA BINTI NAZRY.
Lahir pada : 10.11.2011 pukul 11.54 p.m dengan berat 3.07 kg.
Luv u sayang.
Hug kamu ketat-ketat.
Nama dia AQLILY SOFFIA BINTI NAZRY.
Lahir pada : 10.11.2011 pukul 11.54 p.m dengan berat 3.07 kg.
Yang ini memang macam muka papa dia (abang saya). |
Tenang nya bila tengok muka baby ni. Mungkin sebab mereka bersih dari segala dosa dan noda. |
Luv u sayang.
Hug kamu ketat-ketat.
Wednesday, October 12, 2011
Penyakit
Ada satu penyakit kalau datang pada saya mesti susah nak pergi.
Ops ini bukan teka-teki...
Saya akan beri terus jawapannya.
B.A.T.U.K
Aduh kalau saya dah mula batuk memang susah nak baik.
Yang sakit jiwanya, ubat batuk merupakan ubat yang paling saya menyampah.
Sebab...
Ubat batuk ni cair.
Saya kalau ubat cair-cair ni memang masalah besar.
Susah betul hati saya nak telan.
Tapi sakit punya pasal terpaksa jugalah telan.
Lepas tu batuk saya ni pandai betul pilih waktu.
Waktu duduk diam-diam tengok tv, tak ada pula dia nak batuk.
Tapi bila masa nak tidur tu mulalah kong kang kong batuk macam nak terkeluar anak tekak.
Satu cerita yang saya tak lupa pasal batuk ni masa study di Johor.
Masa tu baru je masuk.
Saya jenis kalau pindah satu-satu tempat tu tubuh saya akan ambil masa lama sikit untuk adopt dengan persekitarannya.
Jadi masa baru-baru pindah Johor tu saya sakit.
Batuk hampir dua semester (baca setahun)
Ini seriussssssssssss....
Dan batuk ini menjadikan saya fofular.
Nama saya daripada EBY mereka gelar sebagai T.I.B.I
Sebab batuk tak berhenti...

Tuesday, October 11, 2011
Generasi Kedua
Monday, October 10, 2011
FULL HOUSE Seasion 2
A.S.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M
Selamat Pagi Isnin semua....
Amacam cuti hujung minggu??
Owh, pagi Sabtu lepas kakak ipar saya masuk hospital sebab dah ada tanda-tanda nak bersalin.
Tapi sehingga entry ini ditulis masih belum bersalin lagi.
Tapi doktor kata baby ok.
Semoga menjelang tengah hari ni dia akan selamat bersalin.
Dan di pagi Isnin ini saya nak cerita tentang drama Korea yang pernah hit di Malaysia beberapa tahun lepas.
F.U.L.L. H.O.U.S.E ( 풀하우스 )
Drama Korea ini akan kembali menemui penonton di Korea of course penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
Masuk Malaysia tak tahu bila.
Tapi for sure korang boleh layan online.
Banyak website boleh tengok / download.
Ada mysoju, azdrama, maaduu, koreandrama, dramacrazy dan banyak lagi.
Cuma yang agak menyedihkan untuk drama F.U.L.L. H.O.U.S.E Season 2 ( 풀하우스 시즌 2 ) ialah lead actor and actress tidak dikekalkan.
Tempat Rain dan Song Hye Kyo akan digantikan oleh No Min Woo dan Hwang Jeung Eum.
Dan drama ini merupakan kali pertama No Min Woo memegang watak utama.
Selama ini dia hanyalah watak sampingan.
Belumpun drama ini ke udara sudah banyak komen yang kedengaran di kalangan penonton setia Full House.
Rata-ratanya kurang berkenan dengan pemilihan lead actornya.
Almaklumlah Full House merupakan drama Korea yang mempunyai rating tertinggi di Korea dan beberapa negara Asia yang lain.
Maka dengan pertukaran barisan pelakon pasti meninggalkan kesan kepada die hard fun Full House terutamanya Rain.
Dan saya juga sangat kecewa dengan berita ini.
Bukanlah kerana saya a die hard fun of Rain tapi sebab kalau dah watak utama ditukar apakah makna kesinambungan cerita.
Serupa buat cerita lain sahaja.
Spirit untuk menonton merundum.
Tapi tetap akan tengok...yeah you know don't judge the books by it's cover.
Berita penuh dari Hancinema

Thursday, October 6, 2011
Friends or Enemies?
Kadang-kadang saya rasa susah nak kenal siapa kawan siapa lawan.
Ada waktunya bila saya rasa dialah kawan saya, dia tikam saya dari belakang.
Kadang-kadang bila saya rasa dia musuh saya, dia yang bantu saya waktu saya susah.
Sebab itu saya tidak pernah melabelkan sesiapa sebagai kawan dan lawan saya.
And I never though that being great was easy.
People have always tried to pull you down.
If you're too smart --> they called you nerd.
If you're too talented --> they said you're a show-off.
If you're pretty --> they make rumours you're slut
If you're too unique --> they claimed you're a freak
And even when you're too normal --> they still told there's something wrong with you...you're too boring.
So, jadilah diri kita sendiri walaupun kita tahu akan ada orang yang tidak akan senang dengan kita.
Kita tidak mungkin dapat menyenangkan semua orang tapi kita akan dapat menyenangkan orang yang bersedia menerima kita seadanya kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram