Monday, August 30, 2010

Semasa Cuti Nuzul Al-Quran

Jumaat lepas seperti semua orang sedia maklum adalah cuti umum untuk Selangor dan Penang. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Celcom kono kojo...hikhikhik

Saya di rumah bersama herokecil yang semakin lasak dan aktif...Sungguhlah penat melayan kerenah dia seorang. Lepas satu-satu "kerja" yang nak dibuatnya. Pendek kata memang tak menang tangan-tak diam mulut melayan dia.

Hari Jumaat tu dia memantapkan lagi skill memanjatnya...Aduyai kecut perut saya...Ada saja akalnya...

Tengoklah tuh...selamba jer dia...Mummy yang rasa jantung nak jatuh ke bawah.

Last-last bawa dia main dekat bawah...Wah memang happy go-go lah dia...tapi lepas tuh mummy semput balik sebab dia pergi kejar anjing yang melintas tepi taman tuh...Kang kono gigit dek anjing tuh tak pasal-pasal jer nak oi..

Muka tak pueh hati bila mummy kata anjing tu HARAM!!!


Ko pun satu eby!! Faham sangatlah budak cenonet tu makna HARAM...


No comments: