Sekejap jer dah masuk hari kedua Ramadhan.
Alhamdulillah dah sempurna satu hari Ramadhan saya walau dengan susah payahnya menunggu sehingga waktu berbuka
nota umum: saya pesakit gastrik
.
*************************************************
Tahun ini tahun pertama saya mengerjakan amalan puasa tanpa ayah yang "pergi" sebulan sebelum Ramadhan...
Tahun ini tahun pertama saya mengerjakan amalan puasa tanpa ayah yang "pergi" sebulan sebelum Ramadhan...
Dan bermakna tahun ini juga akan merupakan tahun pertama saya dan keluarga menyambut hari raya tanpa ayah...
Entahlah apa perasaan saya...susah nak tulis untuk digambarkan
nota umum: saya sedang menahan air mata daripada tumpuh...batal pulak puasa budak gastrik ni kang...
.
*************************************************
Selain saya tahun ini juga merupakan tahun pertama MR. Daddy mengerjakan ibadah puasa tanpa abah yang "dijemputNya" sebulan selepas Syawal tahun lalu
Dan tahun ini juga merupakan tahun pertama MR. Daddy dan keluarga berhari raya tanpa abah
MR. Daddy kata dia tak ada nafsu pun nak beraya tahun ni
nota untuk MR. Daddy: errr kiranya kita ni anak yatim kuasa dua lah yea...
.
*************************************************
Masuk hari kedua Ramadhan juga bermakna sudah dua hari saya masak sendiri makanan anak saya untuk dibekalkan ke rumah baby-sitter
Baby-sitter tak nak masak sebab dia kata anak saya sorang jer tak puasa.
Ape kejadahnya anak saya yang berusia 14bulan tu nak berpuasa...
Jadi sebab tak nak anak saya kelaparan kami pun bekalkanlah makanan untuk dia merangkumi:
sarapan, makan tengah hari dan makan petang...
nota pertanyaan: abis tuh baby-sitter kat umah buat apa?
.
**************************************************
2 comments:
bogoknyer ayat pengasuh itew (haisshhh kurang pahala poser sayer)
sy pulak yg terasa geram dgn kata-katanya... apa dia ada otak atau tidak budak sekecil itu disuruh berposer...hello! budak tu baru 1 tahun bkn darjah 1...sengal!!
ZaIzA,
Tulah tapi masa dia cakap kat kiter tu mukanya selamber sajer siap sengih-sengih lagi. Adush...sabor jelah...
Post a Comment