Wednesday, October 30, 2013

The Master's Sun

Latest Korean Drama yang saya tonton. Saya suka!!!!! Drama ni genre dia Komedi. Memang kenalah dengan taste saya. Jom review.

Tajuk : The Master's Sun


Sinopsis
Kisah tentang Gong Shil yang mempunyai kebolehan melihat dan berinteraksi dengan roh-roh orang yang telah mati. Dia mendapat kebolehan ini setelah sedar daripada koma selama 3 tahun. Perkara tersebut telah mengganggu kehidupannya yang pada awalnya dia seorang yang gemilang dalam kehidupannya.
Manakala Jong Woon adalah lelaki kaya yang hidupnya hanyalah berteraskan wang dan kemewahan. Dia tidak pernah peduli kepada orang disekelilingnya melainkan seseorang itu mampu memberi dia pulangan yang berbaloi. Dalam masa yang sama Jong Woon adalah satu-satunya lelaki yang mampu menyelamatkan Gong Shil daripada terus diganggu oleh roh-roh si mati yang tidak tenang. Sebagai balasan Gong Shil perlu berinteraksi dengan roh seorang wanita yang pernah menculik Jong Woon sewaktu dia masih kecil. Gong Shil perlu "mencari" rantai pusaka ibu Jong Woon melalui roh gadis yang pernah menculiknya. Mampukah Gong Shil menyelesaikan misi tersebut dan apakah kesudahan hubungan mereka???

Cast
So Ji Sub as Joo Joong Won / Joo-goon
- L @ Kim Myung Soo as Joong Won (young)
Gong Hyo Jin as Tae Gong Sil / Tae-yang
Seo In Guk as Kang Woo
Kim Yoo Ri as Tae Yi Ryung
Choi Jung Woo as Kim Gwi Do
Kim Mi Kyung as Joo Sung Ran (Joong Won’s aunt)
Lee Jong Won as Do Suk Chul (Sung Ran’s husband)
Park Hee Bon as Tae Gong Ri (Gong Sil’s sister)
Hong Eun Taek as Lee Seung Joon
Lee Do Hyun as Lee Seung Mo

Happy Watching uolls...


Tuesday, October 29, 2013

Cerita Birthday Lagi

Last week balik KL. Kebetulan hari Jumaat tu Nuha ada cucuk setahun. Cucuk untuk MMR. Bukan MMR2 ek. Dan yes anak-anak saya, saya beri imunisasi. Pilihan di tangan anda mommies. Nak beri atau tidak anda yang tentukan dan saya percaya setiap ibu membuat pilihan dengan mengambil kira kebaikan untuk anak masing-masing.
Dah kebetulan cucuk Nuha pun di PPUM maka terus lah balik KL. PPUM dengan rumah MAMA tu bak kata orang macam hisap rokok sebatang. Belum habis hisap rokok dah sampai rumah MAMA. Jadi lets balik KL. Irfan memang sukalah. Dia mana tak sukanya. Kalau sebuat nak balik rumah Mak Tok ke rumah Wan ke memang happy lah dia.

Then hari Sabtu tu Mak Tok ajak keluar nak beli hadiah untuk Nuha katanya. Kita layankan aja. Nak belikan rantai. So telefon kedai emas tu siap-siap. Janji nak datang. Around pukul 5 macam tu kitorang pun sampai. Biar Mak Tok je yang pilih. Kita semua jadi escort bikin riuh rendah. Tak membantu pun. Buat kecoh jer lebih. Banjir kedai apek tu.

Ketiadakerjaan. Senyum jer tokeh emas tu.

Hasilnya!!! Sampai ke pusat okeh rantai. Mami jarum sangat. Eh, tapi pandai pulak minah kenit ni tak usik rantai dia. Bajet dia mesti tarik gigit or whatever sebab rimas kan. Idak nya!!! Ilek jer dia pakai. Tau ko kan barang mahal.

Malam Mak Lang dengan Mak Ngah belanja kek dan makan-makan yang lain lagi. Banyak gila makanan malam tu. Terbelahak makan. Irfan happy gila. Bajet kek tu untuk birthday dia. Budak birthday enam kali setahun memang gituh. Fenin mak ko niha.

Nyanyi-nyanyi sessi. Nuha muka pelik. Tapi layankan juga. Kang sentap mak ko ni kang.

Tengoklah abang yang paling eksited. Apa-apalah Irfan....

Thank you mak lang, mak ngah, mak tok. Belanja makan-makan dan bagi hadiah pada Nuha. Nuha jaga baik-baik. Tapi mami kata boleh pakai Sabtu Ahad jer. Pergi school tak boleh. Tak dapat Nuha nak show-off dengan kawan-kawan yang Nuha ada rantai mami jarum tau!


Monday, October 28, 2013

Level 7 Civil Servant

Macam lama jer rasanya tak update pasal Korean Drama. Ada juga tengok sesekali sekala bila mood malas nak buat kerja datang. Lagipun saya ni memilih sikit kalau tengok drama korea ni. Saya biasanya cari drama yang duduk dalam genre komedi atau romance comedy. Other then that biasanya memang susah lah nak hadap. Dapat satu dua episod stop!

So ini drama yang saya tonton bulan lepas.

Level 7 Civil Servant

Pemuda yang kacak bergaya ini yang telah membawa saya menonton cerita ini. Terima kasih pemuda    (*_^)v

Sinopsis
Ia tentang kisah konflik cinta, persahabatan dan kasih sayang antara spy sebuah agent penyiasatan rahsia kerajaan. Kim Seo Won / Kim Kyung Ja merahsiakan identiti dirinya sebagai agent rahsia. Satu hari demi tugasan dia telah menghadiri temuduga di sebuah syarikat swasta berasaskan IT yang dimiliki oleh bapa kepada Han Gil Ro / Han Pil Hoon. Walaupun berat hati tetapi demi tugas dia terpaksa kerana dia tahu lelaki itu menyukainya.

Sementara itu Han Gil Ro / Han Pil Hoon yang juga merupakan ajen rahsia di agensi yang sama turut merahsiakan identitinya demi tugas yang diterimanya. Masing-masing berselindung di sebalik identiti rahsia.

Konflik demi konflik tercetus yang akhirnya memeisahkan mereka. Namun tugas sebagai ajen rahsia menemukan mereka kembali.

Cast
Joo Won as Han Gil Ro / Han Pil Hoon
Choi Kang Hee as Kim Seo Won / Kim Kyung Ja
Ahn Nae Sang as Kim Won Suk
Hwang Chan Sung as Kong Do Ha
Jang Young Nam as Jang Young Soon
Son Jin Yeong as Kim Poong Eon
Choi Jong Hwan as Oh Kwang Jae
Kim Min Seo as Shin Sun Mi
Lee El as Park Soo Young


Pendapat saya??? Pada saya drama ni so-so sebab mungkin penekanan terhadap konflik antara ajen dilebihkan menjadikan kerja penyiasatan mereka agak longgar. Banyak ruang yang menjadi kosong. Tapi sebagai hiburan bolehlah....


Happy watching uolls

Thursday, October 24, 2013

Satu Tahun Genap!

DU.LU
Dulu...
Setahun yang dulu pada tarikh ni mami dah tak pergi kerja. Pukul 8 pagi mami call office beritahu "saya rasa saya perlu berada di hospital hari ni". Dan yah mami admit pukul 2.00 petang. Mami tinggalkan abang Irfan dengan Mak Tok. Pukul 5.00 petang doktor tolak mami masuk ke "bilik penantian itu penyeksaan."

Dulu...
Setahun yang dulu pada tarikh ni daddy pun tak kerja. Daddy lagi sibuk dari mami. Kejap-kejap daddy tunggu mami dekat hospital. Kejap lagi daddy balik rumah Mak Tok tengok abang Irfan. Awak tak tahu kan...Sebab tu awak suka buli abang.

Dulu...
Setahun yang dulu pada tarikh ni Mak Tok sibuk jaga abang. Abang tanya Mak Tok macam-macam. Sebab abang risau tengok mami kerut-kerut dahi tahan sakit. Mak Tok explained perlahan-lahan supaya abang senang nak faham. Tapi abang kan kecil lagi...masa tu abang masih baby mami sekarang pun abang baby lagi :) Abang marah awak tahu sebab abang kata awak buat mami sakit...Eh-eh abang ni...sakit mami tanggung abang dulu lagi teruk tau... ;)

Dulu...
Setahun yang dulu pada tarikh ni Wan dah tak lalu nak makan. Kata Wan nak sms daddy tapi Wan takut kalau-kalau nanti daddy tambah kalut. Wan tahankan tangan sambil doa perlahan-lahan. Biar mami dan awak sama-sama keluar bilik penantian.

Dulu...
Setahun yang dulu pada tarikh ni...pukul 9.30 malam awak pun dilahirkan. Tahniah sebab awak jumpa pintu keluar. Dan Allah mudahkan. Mujur mami pun tak rasa sakit sangat. Tapi tetaplah sakit sebab tu awak kena sayang mami walau mami dah tak ingat awak...kalau umur mami panjang.

SE.KA.RANG
Sekarang...
Hari ini awak dah genap satu tahun. Dah besar. Dah pandai buli abang. Dah jadi kakak kawasan. Kemain awak kan. Hari-hari abang tu cebek sebab kalah tiap kali rebut barang. Mami pun pening tapi selalunya mami biarkan.

Sekarang...
Hari ini awak walaupun awak dah genap satu tahun...walaupun awak dah jadi kakak kawasan...walaupun dengan abang awak yang paling handal...tapi untuk mami awak masih baby yang mami lahirkan dulu. Awak kena terus jadi baby mami sampai nanti....sampai nanti...sampai nanti ada satu laki-laki asing bawa kamu pergi atas akad dan nikah yang daddy atau abang akan jadi wali...Aish sedihlah *sigh*

Happy besday my cute little girl. Sayang dan cinta sama kamu sampai mami tak ingat nama mami sendiri...kalau Allah bagi umur mami sampai situ.

Mami simpan nama awak masa mami carry abang awak. Nuha Syarafana. Si Mulia Yang Bijaksana. Itulah yang mami harapkan...awak jadi si mulia yang bijaksana. Sekarang pun mami dah nampak "bijaksana" awak tu dan kebijaksanaan itulah yang selalu buat abang awak menangis.

Ini saat kali pertama awak jumpa daddy.

Syok kan awak tidur...sebab malam-malam awak buat part time jadik burung hantu yang menangis...sampai kadang-kadang mami pun ikut menangis.

Manis awak senyum macam mami...ahaks! Tapi kalau awak dah start buat perangai sumpah tak manis dah.

Sekarang dah jadi kakak kawasan. Abang tulah mangsa awak. Siap awak nanti kalau waktu mami ada cucu dan mami masih ingat nama mami, mami nak cerita semua ni... :)

Tengok awak...Mami rasa kalau batu dengan kayu tu mami rebus boleh empuk mesti kamu kunyah jugak kan. Kamu ni betul-betul-betul-betul anak daddy. Semua benda boleh masuk perut senang hati.


 Ingat!!!! Kamu kena sayang dan cintakan mami sampai nanti mami tak ingat nama sendiri.


Luv you...
xoxo
-om.ma-

Friday, October 18, 2013

Ikan Bakar Putrajaya

Ini terjadi last Friday.

Awalnya MR. Daddy kata kita masak jer lah. Sebab (1) Malas nak keluar (2) Tak tahu nak makan dekat mana. Sekali balik buka peti sejuk...ok fine tak ada lauk langsung. ayam, udang, sotong, ikan semua lehchen. Tak apa moh kita pergi pasar malam dulu beli lauk, balik kang kita masak. Sekali ujan daaaaaaaaaaa.

Hmmmmm jom je lah makan dekat luar. Dok pikir-pikir nak makan dekat mana. Dekat situ dah jemu, dekat sini tak sedap, yang itu tak banyak pilihan, yang ini pulak mahal dan tak berbaloi. Hoih susahnya nak buat keputusan.

Langsung bertekad untuk mencuba ikan bakar putrajaya. Restoran ni letaknya betul-betul depan PICC. Yang ada jambatan ala-ala timur tengah gitu. Then dari situ boleh nampak bangunan KPKT and PICC of course. Berhadapan tasik.

Makanannya ada rupa dan ada rasa. Cumaaaaaaaaaaa mahal lah juga. Pada saya. Mungkin sebab seafood tu dia import jauh kot. Then sevis pun agak kureng sikit. Makanan sampai agak cepat cuma cara service tu macam tak berapa berkenan. Pilihan makanan seafood juga agak terhad. Dia ada juga ala carte, then kuih-muih, buah.

Order burger dulu sebab kebulur sesangat. Burger ayam special yang tak special pun rege RM 5.00

Ikan Kerapu masak 3 rasa. Saiz besar tapak tangan MR. Daddy rege RM + 40.00

Sotong goreng tepung. Rupa lulus! Rasa lulus!

Nasi goreng cina Irfan punya

+ air kitorang milo ais, apple jus, kopi o ais.

Total = RM 60.30 (tak termasuk burger)


Thursday, October 17, 2013

Longgokan Cerita

Sebab malas nak tulis banyak kali. Lagipun cerita semua pendek-pendek jadi mari kita himpunkan semua cerita yang tak penting dalam satu entry. Walaupun hakikatnya selama hari ni memang tak pernah ada pun cerita yang berfaedah kan!

Pembuka Cerita!!!

SA.MAN

Bayaran SEWA CLAMPING!!!

Ko mampu??? Sewa clamping ok!!
Punya banyak benda berfaedah dalam donia fana ni clamping yang laki aku pergi sewa. Fitam mak inchik. Walaupun cuma RM 50.00 tapi tetaplah menyakitkan hati ini. Tambah lagi sakit hati kena clamped bawah rumah sendiri. Yang ko boleh nampak dari tingkap rumah ko kereta kena clamped. Sangat sangat SANGAT BENCIKKKKKKKKK



AI.DIL.AD.HA

With boyfriend dengan bakul picnic dia

With girlfriend domok-domok

Tajuk gambar: lubang hidung siapa lagi besar???

Salam aidiladha semua. Tahun ni aidilahda kitorang nak balik mana-mana kampung. Patutnya balik Sungai Besar tapi sebab jatuh tengah-tengah minggu dan cuti tahun tinggal nyawa-nyawa ikan tak dapat air jadi kita postpone raya sampai hujung minggu ni. Insya Allah esok baru balik kampung. So raya kitorang tahun ni cuma di Putrajaya then petang ke Alamanda. Tak ada orang habaq hang.



TU.DUNG.LA.YER

Model kecik yang tak nak bekerjasama.

Tudung tingkat-tingkat untuk Nuha.

Dua hari lepas buatkan tudung tingkat-tingkat ni untuk MAMA. Then ada kain lebih. MR. Daddy kata buatkan lah untuk Nuha. Ukur kain tengok cukup-cukup. So buatlah. Sekali nak pakaikan berguling-guling dia tak nak. Kemain dia merentap nak buka! sikit lagi nak rabak. Sabor jerlah. Langsung tak nak beri kerjasama. Tak wonderpets betul. Apa yang penting??? KERJASAMA!!



RA.I.KAN.CIN.TA

Sampai semalam

Ini wedding reminder dari cik eiyza azmi...bestie of mine. Nak kahwin Deepavali nih. Dah letak dekat planner pun. Beritahu MR. Daddy:
"Ini apa jadipun kita kena pergi. Hanya kematian yang mampu menghalang langkah kita."
MR. Daddy reply:
"Nak buat baju baru lah tu!!"
"Erk..."




Wednesday, October 16, 2013

Printed Halfmoon Shawl

Printed Halfmoon Shawl
RM 30.00 (free postage)
Material : Printed Chiffon

Kainnya lembut dan jatuh apabila dipakai.
*inner dan brooch tidak termasuk.

Berminat??
WhatsApp/Wechat/SMS : 012 616 3705

Code : FLOWER
Status : AVAILABLE

Code : BTFLY RED
Status : AVAILABLE

Code : BTFLY ORANGE
Status : SOLD

Code : PARSLEY 1
Status : AVAILABLE

Code : PARSLEY 2
Status : AVAILABLE

Code : ROUND BLACK
Status : AVAILABLE

Code : ROUND WHITE
Status : AVAILABLE


Behind The Scene #2

Happy Wednesday everyone


Monday, October 14, 2013

Menu Sihat from #mamiskitchen

Hai uolls.

Assalamualaikum...Dah ramai ke yang bercuti?????? Aiolls masih di office. Tak cuti pun raya haji ni. Sebab cuti dah tak berapa nak ada. Jadi terpaksa simpan takut-takut ada emergency yang lebih memerlukan.

Weekend tadi pun aiolls tak pergi mana-mana. Malas katanya. Lagipu kerja banyak pending menuggu. So cita-cita memang nak menyiapkannya. Tapi tak juga siapppppppppppp. Pending jugaaaaaaaaaa. Nyampah!!

Badan letih. So lebih banyak rehat dari buat kerja. Buat jugalah mana yang tercapai dek tangan. Yang lain-lain tu kita kuis ke tepi jer lah.

Owh hari ni nak share menu sihat...kononnya.


Ayam panggang dengan kentang grilled

Nampak tu Good food and life. Ini menu mudah sap sap soi. Meh kita sharing is caring.

Ayam panggang.
Bahan-bahan:
1. Ayam - banyak mana ikut suka korang.
2. Serai - dalam 3-4 batang. Banyak ayam korang, banyakkanlah serai korang.
3. Bawang putih - 2-3 ulas.
4. Bawang besar - satu ulas
5. Halia - dua ketul besar ibu jari
6. Sedikit madu
7. Sedikit garam

Kekdah membuatnya:
1. Blend serai, halia, bawang besar dan bawang putih sampai hancur halus.
2. Lumur pada ayam.
3. Tambah sedikit madu.
4. Perasakan dengan garam.
5. Marinate lebih kurang setengah jam.
6. Panggang sampai masak.

Kentang
Bahan-bahan:
1. Kentang - Untuk rasa yang lebih sedap gunakan kentang putih atau kentang USA.
2. Garam
3. Sedikit lada hitam
4. Sedikit campuran herba atau daun parsley yang dicincang halus.
5. Sedikit minyak zaitun

Kekdah membuatnya:
1. Cuci bersih-bersih kulit kentang.
2. Potong kentang mengikut saiz yang dikehendaki.
3. Layurkan minyak zaitun di atas pemanggang.
4. Susun kentang di atas pemanggang.
5. Taburkan sedikit garam, lada hitam dan herba atau daun parsley.
6. Panggang hingga layu / masak.

Selamat mencuba....
Menu sihat - good food and life.

________________________________________________________________________________

Tabita Promo!!!!

Raya Haji Promo for Tabita.
Promo start 14 until 17 October 2013

Exclusive set : RM 300/set
Trial set : RM 130/set

Free postage for first set exclusive and second set trial.

Grab now while stocks last!!!!

_________________________________________________________________________________

Thursday, October 10, 2013

Mami's Turn

Sekarang dah pas baton pada saya. Turn mami pulak tak sihat. Batuk, selsema, sakit kepala. Berpusing rasa. Selera makan pun macam tak berapa nak ada. Tapi tetaplah pergi juga ke office. Komitmen hokey! Cuma kerja-kerja jahit dah jadi pending. Balik dari office memang terlepet jer. Dah tak lalu nak buat apa.

Alhamdulillah Nuha and Irfan nampak dah makin ok. Batuk Nuha pun dah makin kurang. Irfan pun dah tak ada mengadu sakit perut lagi. Selsema Nuha pun dah tak berapa nak ada. Mami sakit tak apalah asalakan anak-anak sihat.

Sendiri sakit tahu macam mana nak tanggung. Tapi kalau anak-anak yang sakit tak tahu macam mana nak buat. Lagi kalau diorang dah start merengek sebab tak selesa atau sebab tahan sakit. Sayu rasa hati.

Tak pe tak pe insya Allah dalam sehari dua lagi ni ok lah. Sakit ni tanda kasih sayang Allah. Dia uji sebab Dia sayang kita...ingat kita. Jadi ubatnya adalah kembali kepada Dia. Ingatan juga ni umur tu dah banyak, badan tu bukan larat sangat so tambah-tambahlah amalan...........

Happy Thursday uolllssssssssssss

Wednesday, October 9, 2013

Wave Halfmoon Shawl

Assalamualaikum semua...
Monday blues kah? Jangan jangan jangan. Mari mulakan hari dengan bismillah, senyuman dan selawat ke atas nabi. Lepas tu moh cuci mata tengok Wave Halfmoon Shawl keluaran ebysafiah closet.

Aidilahda promotion!!!!!!

Grab while stock last....

Dannnnnnnnnnn 3 pembeli pertama akan mendapat hadiah percuma:

1. Hanger kecil shawl

atau

2. Sepasang brooch


First come first serve yea >_<

1. Code : Orange


2. Code : Yellow


3. Code : Black - SOLD


4. Code : Green - SOLD


5. Code : Dark green 


6. Code : Blue


7. Code : Pink - SOLD


8. Code : Baby pink


9. Code : Purple



Hanya RM 35.00 (free postage)

Berminat boleh sms / wechat / whatsapp :
ebysafiah - 012 616 3705
email - safiah_07 [at] yahoo.com


* inner and brooch not include