Thursday, January 26, 2012

Tiada Duka yang Abadi


Lagu ni banyak bagi kekuatan pada saya.
Lagu ni selalu buat saya ingat pada DIA.
Lagu ni kerap tolong saya bila saya down.
Lagu ni mengingatkan saya setiap kedukaan itu ujian DIA.






Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu in


Wednesday, January 25, 2012

Tulang Belakang


Tahun Baru Cina yang baru lepas ni saya balik kampung di Rembau.
Sebab hari Ahad, sehari sebelum Raya Cina majlis kenduri kahwin adik saya.
Kali ni majlis bertandang.
Rumah pengantin perempuan dah lepas dah, masa 11.11.11 dulu

Tapi hari Sabtu sebelum kenduri tu saya demam.
Kepala nyut-nyut sakit.
Penyudahnya baring jer atas rumah.
Langsung tak dapat jadi sebahagian daripada tulang belakang.
Apalah maknanya kenduri kendara jika kita tidak terlibat sama.

Bukan senang nak berkumpul sanak sedara ramai-ramai gitu.
Kadang-kadang hari raya pun ada yang tercicir.
Tapi nak buat macam mana.

Sementara saya berehat tu, sibuklah sedara mara jiran tetangga menyiapkan kelengkapan perkahwinan.
Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke besar-besar perkara.
Semua dibuat sendiri secara bergotong royong.
Memang seronok.
Hiruk pikuk dibuatnya bila ada yang jadi kaki sakat.



Sibuk merebus telus untuk diikat pada bunga telur.

Aktiviti: cuci ayam. Kalau saya sihat, cuci ayam ni kontrak saya. Tapi apakan daya, kesihatan terbatas. PASti ayam-ayam ni merindui saya. Kita berjumpa di dalam pinggan jelah yea.

Mak-mak sedara, wan-wan sedara dan jiran tetangga. Biasanya di sinilah aktiviti sakat-menyakat dijalankan. Yang paling saya kesian kalau yang jenis latah. Nak-nak jenis latah bersilat.

Memasak memang kerja orang lelaki. Yelah kawah kan besar-besar. Manalah nak terdaya golongan wanita yang lemah lembut ni nak mengangkatnya.

Lebar senyum pengantin lelaki tengok orang bersilat.

Pengantin perempuan tahan gelak.

Ini pasukan kompang. Ketuanya tok-ngah saya.


Silat piring untuk pengantin. Waktu silat ni memang terkekeh semua orang. Mana taknya brother tu silat betul-betul depan muka pengantin, nasib baik pengantin tak latah...kalao tak makan penampo.


Ini orang kuat daerah Rembau. Datuk Bangsa.


Thursday, January 19, 2012

Same Blood


Like father like son...
Mana tumpahnya kuah kalau tak ke meja...

Selain MR. Daddy, Mak Su, Pak Tam, Pak Su,
Semua kaki gitar kapok.

Sekarang turun ke anak buah lelaki tunggal


Ini dia tengah main lagu Tanya Sama Pokok

Ini lagu Lelaki Seperti Aku

Macam mana saya tahu?



Sebab...
Sebab...
Sebab...







Ai lah penyanyi solonya...*blush*

Wednesday, January 18, 2012

Diet Uols



Uols ai sekarang tengah diet.
So pagi-pagi ai cuma makan mee / bihun sup.
Tapi ai pilih mangkuk yang paling banyak isi
Lepas tu kaut ayam bebanyak dalam sup tu

Malam-malam pun ai makan hot dog jer.

Nilah ghopernya. Yang ni Mr. Daddy yang buatkan. Ai tak sihat. Uhuk...uhuk...batuk. Haaaaah-cem....bersin.
Ai cuma makan 3 ketul jer...

Ai memang dah nekad nak diet sebab tu ai jaga makan ai.
Irfan pun join jugak.
Tapi dia cuma makan sosejnya jer...
4 ketui.

Sosej untuk Irfan

Bersungguh-sungguh kenit ni makan.


Daddy pulak cuma makan sosej dua ketul. Maklumlah yang lain habis dibantai dek bini ngan anak dia.









Eh, kejap! Kompius nih. Mr. Daddy atau ai yang diet sebenarnya?


Tuesday, January 17, 2012

Header Baru

Yea...azam pertama di tahun baru sudah tercapai
Gigih mengubahsuai gambar untuk dijadikan header blog yang tidak berheader ini.
Tapi ada macam nak tukar balik tuh...
Nak carik gambar yang lagi nostalgik dan gedik

Ni kalo Irfan tengok kompom senyum sampai telinga.
Mamat kenit tu suka giler kalo gambo dia jadi tatapan umum.
Perah-san!

Owh, masa hujung minggu hari tukan, teman daddy terminated P1 dekat PJ.
Sementara daddy buat urusan kat dalam, Irfan berlegar-legar lah.
Lari sana sini ikut semangat dia.
Saya pun dok kejar ke hulu ke hilir...
Tapi I cuma lari-lari manjer gittiew...kontrol jelita.

Sekali masuklah satu family yang terdiri daripada Ayah, Emak, dan empat orang anak gadis dari umur 12 tahun sampai 2tahun.
Irfan dah pandang-pandang.
Saya dah berdebar.
Tolonglah jangan...tolonglah jangan....doa saya dalam hati.

Irfan berjalan kool arah budak perempuan yang paling besar.
Saya jalan laju sebab nak kejar Irfan.
Niat di hati nak tarik dia pergi ke daddy sebelum dia buat hal.

Sekali tak sempat.
Sampai dekat dengan budak perempuan tu selamba jer Irfan cakap




"HAI..." sambil senyum comel.

Budak perempuan tu dah terpinga-pinga.





Saya?
Terus carik meja nak menyorok.


Benci tau! Suka buat mami malu!!!


Blue Lagoon, Port Dickson

Sebelum ni dah cerita Road to PD for MAK's Birthday.
Gambar dalam laut baru dapat, so marilah mencuci mata melihat kehijauan air laut.



Irfan help Mak Tok potong kek. Sebelum tu dua kali pasang lilin sebab si kenit ni sibuk nak tiup jugak. Maklumlah birthday dia kan setahun enam kali.


Cabar ye mak tok Irfan rasa dulu. Kalau cedap baru Irfan bagi mak tok sikit.


Emmm. Cedap.Nah mak tok makan sikit.


Ok, mak ngah pulak suap mak tok...


Berenti makan sat.


Enjoy the water. Walaupun namanya Blue lagoon tapi airnya warna hijau dan agak jernih.


Nampak, hijau kan.


Nampak, jernih kan.


Irfan sangat enjoy bersama pelampung Ultramennya. Sampai masuk mandi pun dibawanya pelampung tu sama. Dah bilik air kecik dengan pelampung dia lagi....


Mak cik-mak cik Irfan belanja air-krim, dijilatnya sekali terus muka berkerut. Katanya, "Eeeee, tak sedap!"


Mengamuk nak masuk semula dalam laut. Dia tengah kemaruk nak berendam. Tapi orang yang nak jaga dia dah tak larat.


Tak puas hati bila disuruh naik, sedangkan dia masih nak main air.


Saturday, January 14, 2012

Warkah Buat Kekasih

Kekasihku,
Bertemu tanpa wajah, berbicara tanpa suara, hanya blog bisu ini yang menjadi penghubung antara kita.

Kekasihku,
Maafkan aku kerana terpaksa memutuskan hubungan kita walau telah lama kita bersama. Demi masa depanku aku terpaksa.

Kekasihku,
Aku tahu kau pasti akan bertemu dengan penggantiku yang lebih penyabar melayan kerenahmu. Aku sudah tidak sanggup lagi. Aku tidak mahu lagi anakku mendengar setiap kali aku memaki hamunmu kerana aku percaya kepimpinan adalah melalui teladan.

Kekasihku,
Pernahkah kau tahu aku menjadi sakit hati setiap kali kau buat hal aku terpaksa menghubungi keluargamu. Mengapa? Mengapa harus kau melibatkan mereka kekasihku? Sudahlah keluargamu suka benar berjanji akan menyelesaikannya secepat mungkin namun janji hanya tinggal janji.

Kekasihku,
Walau setiap bulan aku perlu menghulurkan wang saku kepadamu tetapi kau tetap tidak menjalankan tugasmu dengan sempurna. Sering sahaja kau celus dan keluargamu pasti meminta aku bersabar. Tetapi sampai bila kekasihku.

Kekasihku,
Aku berterima kasih kepadamu kerana selama kita bersama telah banyak jasamu kepadaku. Saat aku berduka aku datang kepadamu lalu kau menghiburkan aku. Saat aku kesepian aku datang kepadamu lalu kau tanpa jemu menemankan aku.

Kekasihku,
Walau telah banyak jasamu kepadaku namun aku tidak dapat menolak fitrah manusia yang selalu mahukan yang lebih baik. Sejak aku diperkenalkan kepadanya aku menjadi sangat teruja untuk memiliki dia.

Kekasihku,
Sekali lagi aku mohon kemaafanmu. Andai kau bertemu dengan teman baru satu sahaja pintaku, bahagiakan dia tanpa jemu. Jangan kau sakiti dia seperti kau sakiti aku. Aku maafkan kamu tak perlu kita bertemu cukup kau tahu.

Kekasihku,
Sebagai tanda ingatan yang kau pernah bertakhta di hatiku aku sispkan gambarmu di blogku. Biar semua orang tahu bahawa tiada dendam di hatiku....
Selamat tinggal kekasihku.

Thursday, January 12, 2012

All-Times-Favourite

Kita nak kasik tahu ni...
Sekarang nih kita dah jatuh hati...



Jatuh hati dengan lakonan dia nih...



Hek hek hek malu nak cakap




Tapi sebab kita dah nekad nak kasik tahu
Kita cakap jelah ye




BETO KUSYAIRI




Bestlah dia berlakon
Sangat-sangat menjiwai watak
Kita suka..........................

Owh, abang long sekarang dah jatuh no.2
Sorry...








Antara lakonan dia -->  Nur Kasih The Movie, Selagi Masih Ada, Kashaf Imani, Geng Surau, Juvana, banyak lagilah.

Coming soon pun banyak lagi drama/filem yang dia akan berlakon.

(",)


Tuesday, January 10, 2012

Tak Senonoh Sungguh.

Semalam awal pagi saja godek nuffnang.
Tengok sana tengok sini.
Check sana check sini.
Sekali terjumpa ini.

Klik gambar untuk baca lebih jelas.

Cer tengok betul-betul kata kunci yang dicari tu.
Entah sapalah yang tak senonoh buat carian macam tu.
Sampai pula ke blog saya.

Mintak maaflah ye sapa yang buat carian macam tu.
Sebab carian anda memang tidak akan dijumpai di blog saya.
Carian tu bawa anda ke blog saya sebab cerita Genting Highlands yang saya buat dulu.

Kalaupun anda jumpa hotel yang selamat, tenangkah anda?
Sebab yang SATU itu sentiasa tahu.
Tak takut eh?

Monday, January 9, 2012

TAHNIAH

Tahniah yang pertama...

Lee Chong Wei
muncul juara dalam Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea
mengalahkan musuh tradisi Lin Dan.
2011 Chong Wei kalah 4 kali dalam 5 perlawanan bertemu Lin Dan.
Hopefully kejayaan ini akan dapat dikekalkan di perlawanan seterusnya.
Olimpik 2012 just around the corner.

Tahniah yang kedua...

Pasukan bola sepak Negeri Sembilan
muncul juara Piala Sumbangsih (lain macam pula bunyi piala ni)
menewaskan Kelantan 2-1.
Sayangnya dua-dua gol pemain import yang balun.
Tak apa lain tahun pemain tempatan pula cuba ek.

Dan...

Tahniah yang ketiga...
Kepada pemenang dalam perlawanan akhir diantara
Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari.
Dato' Seri Anwar Ibrahim dilepaskan oleh mahkamah.
So sumpah laknat Saiful Bukhari dulu nak kira macam mana.
Ker...dah kena laknat dah.










Ini kiranya sama ke macam kalah jadi abu menang jadi arang???


Sunday, January 8, 2012

Road to PD

PD = Port Dickson bukan Pantai Dalam.

Ok hari ni adalah birthday MAK yang ke-48.
So kitorang pakat-pakat nak bawa MAK pegi PD.
Actually saya planning dari tahun lepas lagi.
Kebetulan tahun ni birthday MAK jatuh hari Ahad.

So gerak dari rumah saya lebih kurang dalam pukul 2.
Ikut highway Utara-Selatan exit di Seremban - Port Dickson.
Tapi kali ni kitorang tak lepak ni Teluk Kemang.
Rasanya semua tahu kot Teluk Kemang ni quit popular gak.
Tapi pantainya agak padat dengan umat manusia selain agak kotor.
Dan yang paling tak best sebab banyak sangat saluran dihala ke pantai.
Faham kan?

So kali ni kitorang nak try lepak di Blue Lagoon.
Bila sampai tu rasa puas hati gak.
Pantainya masih bersih dari pencemaran dan air lautnya pun jernih.
Dan yang paling syok tak dalam sangat.
So selamat untuk makhluk-makhluk tuhan yang tak pandai berenang macam saya.

Nak ke Blue Lagoon ni mudah sahaja.
Kalau tak jumpa sign board ke Blue Lagoon cari sign board ke Rumah Penginapan Persekutuan.
Laluannya sama.

Ok enjoy gambar yang sempat MR Daddy snap.
Kata MR Daddy dia malu nak ambik gambar.
Daddy...daddy ambik gambar pun malu.

Gambar dalam laut kengdian ek...

MAK's Birthday

Hari ni harijadi MAK.
So we all adik beradik pakkat nak celebrate.
Cadangnya nak bawa MAK ke PD.
Sambil celebrate birthday MAK bolehlah si kenit tu enjoy.
Kiranya killing two birds with one stone gitu.

Buat MAK, B doakan MAK diberi umur yang panjang dan diberkati, rezeki yang murah dan kehidupan yang bahagia.
B sayang MAK ketat-ketat.
Mmmmmmmmuaah




Friday, January 6, 2012

Di Pondok Kecil

Semalam balik kerja, dengar nasyid ni.
Syahdu jer...
*lap air mata*

Masa sekolah rendah hari penyampaian hadiah beratur dengan kengkawan nyanyi nasyid nih.

Terasa nak jadikan entry di hari Jumaat.





dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam



Rupanya sampai hari ni pun bila dengar dan nyanyi sama...memang air mata boleh meleleh.
*lap air mata*











Lembut rupanya hati ai ni...

Thursday, January 5, 2012

Testing

Testing 123...

K.A.R.M.A

Menurut kamus dewan edisi Empat karma bermaksud = kerama, kutuk, sumpah.
Kenapa dengan karma ni?
Actually ini tajuk drama yang saya tonton di tv9 setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 mlm.
Drama ni arahan Eirma Fatimah.
Pelakon utama Fauziah Ghous, Ahmad Tarmimi Siregar, Ziela Jalil.
Pelakon lain yang terlibat Aoran Aziz, Sharifah Aleeya, Fizz Fairuz, Zul Ariffin.

Actually awalnya bukanlah niat nak tengok cerita ini tapi dek kerana tertarik dengan lakonan seorang pelakon ni buat saya melekat dan terus tertengok.
Owh...bukan! Bukan kerana Aoran Aziz.
Walaupun abang long ni punya auranya sendiri tapi kali ni saya memang tak tertarik untuk menonton kerana dia.
So kerana siapa???

Ziela Jalil...u'ols.

Saya salute Eirma Fatimah kerana berani membawa pelakon-pelakon Karma keluar dari kotak kebiasaan mereka.
Dalam drama ni Ziela Jalil pegang watak sebagai Puan Sri Waheeda yang annoying giler.
Sharifah Aleeya sebagai Wafida si batu api.
Fauziah Ghous sebagai Karmila isteri kedua.
Aoran Aziz sebagai Qayyum anak yang serba salah.
Fizz Fairuz macam biasa stok ustaz-ustaz.
Zul Ariffin sebagai anak ikan Puan Sri Waheeda.

Kisahnya bermula begini.......

Karmila seoran pelakon yang popular. Dia jatuh cinta pandang pertama kepada Tan Sri Fahrul dan bersetuju mengahwini lelaki itu sebagai isteri kedua. Sekaligus menamatkan karier lakonannya. Puan sri Waheda sebagai isteri pertama merasa tergugat dengan perkahwinan kedua suaminya.

Wafida anak gadis Puan Sri Waheeda telah menjadi batu api menanam dendam di dalam hati ibunya agar terus-terusan memusuhi Karmila. Pelbagai usaha dilakukan oleh Puan Sri Waheeda untuk menyakitkan hati Karmila. Usahanya mendapat sokongan Wafida dan bekas P.A Karmila yang cintanya pernah ditolak Karmila.

Akhirnya Tan Sri Fahrul meninggal dunia kerana kanser usus. Karmila merasa sangat sedih kerana suaminya mati sedangkan dia tidak sempat menjernihkan keadaan antara dia dan suaminya sekaligus percaya yang suaminya tidak memaafkan dia sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Puan Sri Waheeda dengan bantuan anaknya Wafida berjaya menukar wasiat suaminya agar tiada sesen pun harta suaminya dapat diwarisi Karmila walaupun Karmila isteri kedua Tan Sri dan telah pun memiliki seorang anak hasil perkahwinan dengan Tan Sri.

Sementara itu Qayyum pula jatuh dengan Karmila kerana melihat ketabahan wanita itu dan keikhlasan Karmila mencintai bapanya. Namun cinta itu hanya mampu disimpan di dalam hati. Lantaran itu Qayyum hanya mampu menjaga Karmila yang semakin tertekan dengan kematian Tan Sri Fahrul.

So kalau nak tahu kesudahan Karma silalah tonton sendiri.
Kalau rajin kang saya updatelah kesudahannya.