Pagi-pagi Khamis tu kami terus bawa Irfan pergi klinik. Walaupun suhunya tidak berapa tinggi tapi kami tak mau tunggu. Dah check sumer pastu bawa Irfan pergi sarapan. Daddy pun amik urgent leave semalam sebab Irfan tak mahu tinggal sorang-sorang. Payahlah saya nak ke bilik air.
Hari ni panasnya dah surut cuma selesema. Tapi belum berani nak tinggalkan Irfan dekat nurseri takut jangkit pula kat budak yang lain so hari saya temankan Irfan di rumah lagi. Daddy kerja.
Cepat sembuh yea sayang mami. Sian bila budak aktif macam Irfan demam. Semangat nak main masih tinggi dan berkobar-kobar tapi badan tak larat. Lepas ni kena praktik hidup cergas...

No comments:
Post a Comment