Friday, April 15, 2011

Sejuta Impian

Mengambil tajuk sebuah rancangan baru TV3 yang belom pun bersiaran lagi.

Selasa lepas adalah bukak webpage TV3 sebab ada benda nak cari.
Godek sana-godek sini tak jumpa.
Tension betul. Dalam iklan kat TV ada, tapi bila bukak tak tahu dekat mana nak click.

Lepas tu sajalah click pada Sejuta Impian punya banner.
Keluarlah page untuk Sejuta Impian tu.
Tak tahu kenapa tetiba gatal pulak tangan ni pergi menaip dekat FB Sejuta Impian mami punya impian.


Boleh baca tak apa impian mami..?

"Ingin membuka sebuah butik pakaian keluarga yang mana saya ingin mengambil bekas banduan wanita sebagai tukang jahit bagi memberi mereka harapan baru dalam kehidupan yang mereka masih diperlukan dalam masyarakat."

Itu impian mami.
Dan impian ini bukan baru sehari dua duduk dalam kepala otak mami ni.
Sejak mami berusia 13 tahun.
Ye 13 tahun.

Kenapa mami pilih untuk tolong banduan?
Kenapa nak beri mereka harapan baru?

Sebab bagi mami mereka berhak mendapat peluang kedua.
Masa lalu mereka adalah kekhilafan mereka.
Dan setiap orang melakukan kesilapan.
Yang membezakan samada besar atau kecil, tertangkap atau lepas.
Lepas di dunia belum bermakna kita lepas di "sana" nanti.

Ada kawan-kawan mami yang "like" status mami tu.
Thanks u'olls.
Semoga Allah memberi ruang untuk mami merealisasikan impian amal mami ini.

p/s: cer try ini untuk kenalpasti mood anak kita. boleh share juga dengan kawan-kawan dan family. Dibawakan oleh #NestleChildsMood

2 comments:

Unknown said...

sayer sokong B!! each people make mistakes and nobody perfect... kiter juga mungkin pernah lakukan kesilapan dan setiap kesilapan tu perlu diberi peluang kedua... sedangkan nabi ampunkan umat sedangkan Allah yg Maha Esa itu mengampun ciptaannya ini...apatah kita yg byk dosa, xperlu menilai seseorang...

Unknown said...

Hopefully ai boleh jadi insan berhati lembut memberi peluang kedua kepada mereka yang memerlukan...