Friday, April 22, 2011

Budak 20 bulan Lemas Dalam Kereta

Malam tadi ada dengar berita pasal budak 20 bulan yang meninggal dunia ni. Tapi versi dalam berita tu lebih kurang macam ini:

"Seorang budak berumur 20bulan mati dipercayai di dera oleh seorang penganggur yang dipercayai teman lelaki ibunya. Lelaki itu dikatakan membawa budak tersebut keluar untuk membeli barang di kedai. Selepas lebih dari sejam setengah mereka masih tidak pulang menyebabkan si ibu berasa bimbang lalu cuba untuk menghubungi teman lelakinya tetapi panggilannya tidak berjawab."

"Penganggur tersebut yang menyedari budak tersebut tidak sedarkan diri lalu segera membawanya ke Hospital Ampang. Namun doktor mengesahkan budak tersebut telah meninggal dunia lebih dua jam yang lalu."

Versi dalam akhbar pula:

"Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata pasangan itu dikatakan pulang dari Batu Pahat, Johor, pada awal pagi dan terus memasuki rumah tanpa menyedari Law sedang tidur di tempat duduk belakang."

Selepas beberapa jam, barulah pasangan itu menyedari Law ‘tertinggal’ di dalam kereta dan apabila kembali mendapatkannya, mereka mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri."

Apakejadahnya boleh lupa ada anak tidur dalam kereta????

Berita penuh dekat sini -->Berita Harian Online Budak dua tahun lemas dalam kereta

No comments: