Monday, April 11, 2011

Besar Lagi...Besar Lagi...

Hari Sabtu malam tu Mak Tok tidur rumah kami sebab Mak Tok ada ceramah umum dekat MASJID BESI...alah lupalah nama saintifik masjid besi tu. Tapi kalo kat putrajaya tu sebut masjid besi memang orang tahu. Masjid besi ni masjid kedua di Putrajaya tu.

So pagi Ahad tu kami hantarlah Mak Tok balik awal sikit sebab Mak Tok cakap dia nak ikut Tok Teh pergi hospital Sungai Buloh. Sepupu daddy masuk hospital koma sebab dijangkiti KENCING TIKUS. Takut weh...Irfan pun demam belum betul-betul kebah lagi. On-off dari hari Khamis minggu lepas. Tapi kenit tuh tak moh makan ubat. Itu yang payah tuh.

Dalam kereta on the way dari Putrajaya ke Pantai Dalam, Irfan buat life concert. Macam biasalah kalau life concert dia harus ada back-up singer. Saya dan daddylah yang jadi back-up singer. Mak Tok jadi penontong yang wajib tepuk tangan selang dua baris lagu yang dia nyanyai. Favoutite song? Maher Zain --> INSYA-ALLAH.

Mujur perjalanan cuma 20minit ikut MEX. Bantailah kalau balik Sungai Besar --> 2jam perjalanan tu. Gerenti dia start bosan. Mulalah buat perangai. Dalam kereta yang tak berapa besar tu dia akan ke depan ke belakang ke depan balik. Patah pinggang saya nak pegang dia. Bukan reti duduk. Daddy kata budak montot panas. Kalao duduk lama sikit montot terbakar.

So, daddy macam kena cari BIG CAR jer ni. Dulu daddy kan kata nak beli MPV senang Irfan nak berkhemah. Dah penat mengantuk bentang toto. Ha, kan senang tu. Ini yang nak kena cuba test-drive EXORA ni. Apa lagi MPV yang syok ek?


P/S: Want a free car briefing session? Or maybe, a spa session? What about a free test drive session? Yes! #allaboutexora is here to provide you space & comfort!


No comments: