Saturday, April 30, 2011

Mami Jahit Sendiri...

Pindah dah sebulan tapi malam tadi baru fully siap.
Apa bendanya???


LANGSIR.

Mami jahit sendiri tau langsir ni.

Yang ini sliding door
Yang ini tingkap
Perasan tak dua-dua langsir ni tak sama color dan design.
Yang sliding door tu mami letak bunga pada biku dia.
Yang untuk tingkap tu mami letak seketui reben.

Actually kain untuk sliding door tu lebihan kain langsir rumah lama dulu.
Tak tahu nak buat apa dan daripada membazir mami buatlah langsir sliding door untuk rumah baru.
Langsir untuk tingkap tu konon-kononnya nak cari color yang ala-ala dengan sliding door tu.
Sekali tak ada.
So amiklah yang color kuning emas tu.

Pasal design pulak, mami confuse.
Rasa macam nak letak bunga tapi ada juga macam rasa nak letak reben.
Lastly daddy cadangkan letak dua-dua.
Satu langsir letak bunga, lagi satu letak reben.
Ha jadilah langsir kitorang macam tu.
Daddy kata tak apalah.
Lagipun buat tu nak cepat siap.
Apa kes dah masuk rumah tapi langsir tak ada.
Daddy cakap nanti raya kita buat langsir baru.
Kali ni seragam punya.

Coming soon ada lagi satu projek.
Kain daddy dah belikan.
Projek apa????


Tunggu!!!!!

Friday, April 29, 2011

Cita-cita Saya

Masa zaman sekolah-sekolah dulu cikgu suka tanya

"Dah besar nanti awak nak jadi apa?"

Macam-macam jawapan kita boleh dengar.
Masing-masing stand dengan jawapan memasing.
Tapi 3 jawatan ni adalah cita-cita paling glamour .

1. Doktor

Mami pun masa sekolah rendah bercita-cita nak jadi doktor.
Sampai masuk sekolah menengah pun masih nak jadi doktor tapi pergi amik kos teknikal kat sekolah teknikal.
Apa kes???


2. Cikgu
Pernah jugak rasa nak jadi cikgu...
Masa bila???
Masa kena marah dengan cikgu disiplin atau kena panggil dengan cikgu kaunseling.
Masa tu memang azam gila-gila nak jadi cikgu.
Motif???
Nanti bila dah jadi cikgu nak marah pula anak cikgu disiplin tu atau nak kaunseling anak cikgu kaunseling tu.
Keji punya dendam...
Tapi hampir-hampir juga jadi cikgu.
Cuma tak jadi jer...lari dari U.
Adik-adik jangan tiru tau!!!

3. Peguam
Walaupun tak tahu apa kerja peguam masa tu, tapi kengkawan dok sebut nak jadi peguam akhirnya terpengaruh juga.
Nampak smart jer diaorang nih.
Sekali masa dekat U jumpa kawan yang study peguam...rasa kesian sangat.
Punyalah banyak akta yang diaorang kena hafal.
Kurungan sana kurungan sini...sub-kurungan lagi.
Haish...tiba-tiba rasa bersyukur tak jadi peguam.

Mami cerita pasal cita-cita masa kecik ni sebab teringat dekat adik.
Adik mami yang bongsu tu pun bila tanya cita-cita sure dia jawab nak jadi doktor.
Suruhlah dia tukar cita-cita dia tu...haram dia tak layan.
Sampailah satu hari...
Dia tengok cerita Medic TV.
Doktor tu bedah sana, potong sini, kepit sana, tarik sini.
Ngeri gila dia...berhari-hari tak makan sebab terbayang.
Seminggu lepas tu, dia beritahu mami..

"Adik tak nak jadi doktor dah...adik nak jadi ustaz..."

q(^_~)p


p/s: 1. entry terdahulu adalah entry percubaan.
      2.Pengguna-pengguna Blackberry nak menang tiket ke Yuna Inspired Secret Concert dan hadiah-hadiah lain yang menarik?


Abcd

Efghijk





Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, April 27, 2011

Beginilah Sebenarnya...

Minggu lepas mami ada cerita pasal station ERL Putrajaya yang bocor tu.
Pagi tadi Putrajaya hujan.
Agak lebat juga.

Macam biasa mami pergi kerja naik ERL.
Masuk jer ke kawasan selepas tiket, mami nampak lopak air dekat lantai.
Kalau dari jauh memang boleh nampak sebab lantai berkilat dengan air.

Oleh kerana masih awal mami pun cari tempat duduk dekat atas.
Malas nak turun bawah awal sangat.
Sambil duduk-duduk tu sempatlah mami snap "lopak air" dalam station ERL tu.

Tak pasti kalau dalam gambar boleh nampak ke idak air yang bertakung di lantai.

Kalau korang nak tahu dua baldi merah tu air dia lagi 1/4 nak penuh.
Hopefully cepat-cepatlah mereka ambil tindakan.


New Gadget - 2

Entry previous adalah entry testing.
Seperti yang dinyatakan entry tersebut menggunakan gadget baru.
Beli dah berhari-hari tapi terkemut-kemut nak try-test.
Banyak benor masalahnya.
Eh, bukan gadget tu yg bermasalah tapi tuannya.

Tak sompek.
Bawa ke hulu ke hilir ke main lagi.
Tapi dok terperap jer dalam beg.
Sekali tadi nak log-in tak boleh pulak.
Aduh tensi betul!!!
Hari tu log-in pakai gmail daddy.
Tapi tadi dia buat pasal pulak.

Nantilah dah tenang-tenang sikit baru cuba lagi.
Sekarang nak tunjuk gadget apa yang mami beli.

Samsung Galaxy Tab (a.k.a Tab)
Kenapa mami beli ini?

Sebab...
1. Kerja
2. Biznes
3. Mami memang tak senang duduk kalo tak ada note-book so Tab ini lebih memudahkan dan fleksibel untuk diusung ke hulu ke hilir.

Actually lama sebenarnya mami fikir nak beli.
Tapi banyak perkara yang mami pertimbangkan sebelum beli.
Masa pergi beli tu pun seharian.
Bukan susah nak cari tapi fikir terlampau lama.

Awalnya nak beli iPad.
Tapi lepas compare sana-sini last-last ambil Tab.
Lagipun Tab lebih kecil daripada iPad.

See...buku harian rasmi mami lebih besar dari Tab.

So next time bila dah expert sepenuhnya dengan tab ni baru mami boleh cerita lagi.



New Gadget

I try blogging from my new gadget @ KLIA.



Saturday, April 23, 2011

KRU Studio

Tajuk tak hengat-hengat!

Semalam lepas balik kerja mami, daddy and Irfan pergi makan di Pizza Hut Cyberjaya.
Saja pergi Pizza Hut di Cyberjaya sebab tak nak masuk Alamanda dah.

Habis makan di Pizza Hut tu dalam pukul 6.45 petang.
On the way nak balik rumah daddy tanya:

"Nak tengok KRU Studio tak?"

Lalu si kaki jalan ni pun menjawab:

"Boleh jer..."

Maka daddy pun bawa kami tengok studio yang belanja pembinaannya menelan 20 JUTA TU.



Dari jauh dah boleh nampak sign "KRU Studios" ni


Nampak macam tak besar mana tapi lebur juga 20 JUTA
Mami tabik spring dengan trio tiga beradik ni.
Otak bisnes diaorang memang menjadi.
Setiap orang menggunkan kelebihan masing-masing di tahap maksimum.
Ini mami gelar "kemahirang berfikir secara maksimum".


Friday, April 22, 2011

Tukar Selera

Semalam balik kerja ajak daddy makan luar.
Actually hari-hari pun makan luar minggu ni.
Daddy tanya nak makan dekat mana?
Tak tahu nak pergi mana...
Last-last daddy bawa pergi Alamanda.

Sampai Alamanda cari parking.
Then terus tuju foodcourt.
Irfan mami tak bagi pakai kasut.
So terpaksalah mami dukung.
Dia kalau dapat kasut....habislah!

Either mami or daddy mesti tak dapat makan punya.
Sebab budak tu suka lari.
Siap cilok-cilok lagi.


Buah hati mami and daddy....

Jalan dekat foodcourt sambil fikir nak makan apa.
AKhirnya kami masuk Black Canyon Coffee.
Orang pun tak ramai.
Lagipun Irfan suka nasi putih dengan sayur campur dia.


A drink from Paradise...available on Earth...kononnya
 Irfan punya Roasted Chicken with plain rice.
Yang ini satu set.
Dia bagi free Watermelon juice dengan tom yam soup.

Daddy makan grilled fish.
Percuma mushroom soup.

Mami makan gravy kuew teow.



Dan air untuk mami dengan daddy...

Black Canyon Coffee Ice...Mind the tangan kecik...
 Mami dengan daddy memang suka air tu.
And also kami akan share-share minum air tuh.
Auwww sweet kan kitaorang.

Yang bebenornya kalau order sorang satu semendang aja mami tak habis.
So daddy kena habiskan.
Bukan setakat air...makan pun sama!
Sebab tu air daddy suruh kongsi jer..!

Sentap jer daddy asyik jadi tukang perabih!!!

p/s:semalam coffee ice tuh manis sikit. biasa minum dekat bukit tinggi, klang memang kapow!!!

Progress at Nursery - Story About Irfan

Sekarang Irfan dah tak menangis kalau mami and daddy hantar Irfan ke nursery.
Dekat situ Irfan ada ramai kawan.
Teacher pun baik-baik.
Irfan steady jer bila mami cakap

"Irfan pergi school ye. Mami dengan daddy kena kerja. Nanti petang kita jumpa lagi."


Tiap-tiap hari teacher ajar Irfan benda baru.
Belajar buat itu belajar buat ini.
Seronok...................

Dekat school teacher bagi Irfan pegang gunting.
Teacher bagi pulak Irfan kertas.
Suruh Irfan gunting kertas.
Teacher memang coolllllllllllllll

Kalau dekat rumah...
Baru Irfan jeling gunting, mami dah shouted

"Irfan NO! NO! NO! NO!" *sambil mami goyang-goyang jari telunjuk.

El-leh mami ni tak cool.

Dekat school juga teacher ajar Irfan pakai baju sendiri.
Ada lagu tau!!!
Sambil pakai baju sambil nyanyi.
Coollllllllllllllll
Irfan suka.
Sebab tu Irfan suka mandi.
Lepas mandi pakai baju.
Boleh pakai baju sambil nyanyi-nyanyi.

Dekat rumahpun mami suruh Irfan pakai baju sendiri.
Tapi mami tak nyanyi.
Mami rap.
Lagi coollll huh?

"Cepat Irfan mari sini,
Pakai baju ni,
Jangan lari-lari,
Nanti jatuh sakit itu-ini."

Tiap-tiap hari bila daddy datang ambil Irfan teacher report pada daddy.

"Hari ni Irfan pandai cakap bila dia nak minum."

Daddy buat muka teruja.
Walaupun daddy tahu dekat rumah lebih dari tu Irfan boleh buat.
Lepas tu daddy cakap pada teacher:

"Iyer, baguslah kalau dia boleh cakap bila nak minum sebab kalau dekat rumah, bila nak minum dia tak pandai cakap. Dia JERIT!!!"

Erk! Terus teacher melopong.
Teacher pandang Irfan.
Irfan pandang teacher sambil buat muka cho-mel...
Lepas tu teacher beritahu lagi pada daddy.

"Irfan dan pandai dah makan guna sudu. Tak tumpah pun nasi dia. Elok je dia makan." 

Daddy pun balas:

"Makan sup pun dah boleh cikgu. Sebab Irfan makan guna sudu dari umur 9 bulan."

Masa ni teacher buat muka toya.
Itulah daddy lain kali pura-puralah impress.

Sekarang teacher letak Irfan dalam group 3tahun.
Sebab teacher cakap Irfan cepat belajar.
Irfan cepat belajar sebab mami bagi Irfan explore banyak benda.
El-leh bukan Irfan tak tahu!!
Mami bagi Irfan buat itu-ini sendiri sebab mami malas nak dengar Irfan menangis.
Sebab kalau Irfan nak tapi tak dapat nanti Irfan menangis....
KUAT-KUAT!!!!!!       
NYARING-NYARING!!!!!!
Biar padan muka mami.....
Hahahahahahahaha



Eby Safiah  Irfan Haziq

Budak 20 bulan Lemas Dalam Kereta

Malam tadi ada dengar berita pasal budak 20 bulan yang meninggal dunia ni. Tapi versi dalam berita tu lebih kurang macam ini:

"Seorang budak berumur 20bulan mati dipercayai di dera oleh seorang penganggur yang dipercayai teman lelaki ibunya. Lelaki itu dikatakan membawa budak tersebut keluar untuk membeli barang di kedai. Selepas lebih dari sejam setengah mereka masih tidak pulang menyebabkan si ibu berasa bimbang lalu cuba untuk menghubungi teman lelakinya tetapi panggilannya tidak berjawab."

"Penganggur tersebut yang menyedari budak tersebut tidak sedarkan diri lalu segera membawanya ke Hospital Ampang. Namun doktor mengesahkan budak tersebut telah meninggal dunia lebih dua jam yang lalu."

Versi dalam akhbar pula:

"Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata pasangan itu dikatakan pulang dari Batu Pahat, Johor, pada awal pagi dan terus memasuki rumah tanpa menyedari Law sedang tidur di tempat duduk belakang."

Selepas beberapa jam, barulah pasangan itu menyedari Law ‘tertinggal’ di dalam kereta dan apabila kembali mendapatkannya, mereka mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri."

Apakejadahnya boleh lupa ada anak tidur dalam kereta????

Berita penuh dekat sini -->Berita Harian Online Budak dua tahun lemas dalam kereta

Thursday, April 21, 2011

[VIDEO] Soundtrack Nur Kasih-Yassin feat Tiz Zaqyah

Layan soundtrack untuk Filem Nur Kasih yang akan release Mei 2011
Heroin filem nyanyi
Kenapa tak suruh Tiz Zaqyah feat remy Ishak jer.




Wednesday, April 20, 2011

Bocor

Pagi tadi masa mami sampai ERL Station Putrajaya masih ada 8minit sebelum train sampai.
So biasanya mami memang duduk dekat atas sebab kalau turun awal-awal kena berdiri tunggu train.
Baru seminit duduk mami dengar bunyi orang jatuh.
Mami toleh tengok.
Memang betul ada satu budak jatuh.
Tergelincir sebab lantai tu basah.
Bumbung bocor.

Selang tiga minit, ada satu lagi budak jatuh.
Pun dekat tempat yang sama.

Kalau tak silap mami, lantai tu memang akan basah bertakung air bila hari hujan.
Rasanya dah dekat setahun mami naik ERL Putrajaya ni.
Maknanya keadaan tersebut berlaku mungkin lebih lama dari tempoh mami naik ERL.

Bila hujan lebat lagi parah.
Terpaksalah cleaner letak baldi dekat situ sebab
Macam mana lebat hujan dekat luar macam itu jugalah lebatnya hujan di kawasan bocor tu.

Pengurusan tak akan tak perasan.
Projek juta-juta tapi bumbung berlubang.
Tak kan mengambil masa yang terlalu lama untuk diperbaiki.
Ker memang tak ada solution dah?
Atau..
Nak tunggu ada yang jatuh patah riuk baru nak ambil serius action.


Kawasan air bertakung dalam bulatan tu. Ada lagi beberapa tempat di sekitar tu yang bumbungnya juga bocor. Bayangkan kalau hujan lebat...banjir



Tuesday, April 19, 2011

Everything Happens For A Reason

Mami percaya itu.
Semuanya yang terjadi pasti ada sebabnya.
Ada hikmah yang tersembunyi.
Ada kemanisan disebalik kepahitan
Sebab...
Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Cuma kadang-kadang kita selalu lupa.
Mami juga.
Cepat melatah bila diuji olehNya.
Sedangkan kesusahan dan kesenangan itu dua-dua adalah ujian.
Dia sayangkan kita kerana itu diujinya kita.
Supaya kita kembali kepadaNya.

Selalu kita nampak kehidupan orang lain jauh lebih sempurna daripada kita.
Mami juga.
Rasa bertuahnya jika kita menjadi mereka.
Rasa beruntungnya kita jika di tempat mereka.
Sebenarnya...
Setiap orang telah dijanjikan "habuan" untuk mereka.
Sesuai dengan keupayaan mereka menerima ujianNya.

Bukankah
UjianNya tidak akan melebihi kemampuan kita
Dan janjiNya pasti
Maka jika kita diduga kita mampu untuk mengharunginya.
Mami harap begitulah mami.
Mohon Allah berikan mami kekuatan untuk mengharunginya.
Mohon Allah pinjamkan mami ketabahan untuk melaluinya.
Mohon Allah kurniakan mami kelapangan hati untuk mendepaninya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya...


Monday, April 18, 2011

APA??? RM400.00

Terkebil-kebil biji mata...
Tiada kata yang mampu diluahkan
Aku terkedu
Biar benar!!!

Mami beritahu daddy nak carpet.
Nak letak dekat depan tv
Boleh golek-golek sambil menonton
Daddy cakap boleh jer.
Nanti daddy beli.

[ Kenapa tak beli tikar buluh tu mami? ]

Mami tak sukalah sebab...
Irfan suka bawa makanan merata
Nanti tumpah atas tikar susah nak bersihkan
Selalu terselit kat celah-celah buluh tu
Lepas tu jadi sarang semut.
Dulu ada jer beli
Sebab dah jadi sarang semut terus buang.

So daddy pun belikanlah mami carpet.
Mami tanya daddy berapa puluh?
PULUH ye!!! Sebab dalam kepala otak mami memang ingat carpet ni murah.
Sekali daddy cakap--> RM400.00
APA???
Rasa nak pitam.

Daddy kata harga carpet memang macam tu.
Tapi inipun kira murah tau.
Murah??? Daddy semua bendapun murah
Sebab...
Carpet tak akan perangkap habuk.
So kalau Irfan dengan mami yang memang allergic habuk ni dok golek-golek kat situ memang tak ada masalah.
Boleh percaya ke?
Try-test-tengok

Lepas dua minggu pakai ]

Betullah.
Mami dengan Irfan tak ada pun bersin-bersin.
Badan pun tak ada gatal-miang bila bergolek atas carpet tu.
Mujur...
Kalau idak mau ada yang pergi mengapak benggali jual carpet!



Inilah rupa carpet RM400.00 tu.


Tag Dari Eiza

Huhuhu...selalu dapat tag dari Eiza
Tapi tak pernah nak buat
Kali ni boleh buat sebab soalan macam boleh jawab...

1. Berikan sebanyak mungkin ciri2 pemberi tag ini yang anda tahu.
    1.TABAH
    2.TABAH
    3.TABAH
    4.TABAH
           .
           .
           .
           .
           .
           .
           .
           .
           .
100000000000. TABAH


Cukup banyak tak?

2. Jika dalam bumi ini hanya boleh diduduki anda dan sahabat, siapa sahabat yg akan anda pilih???
    The Rock!!! Sebab dia nampak gagah. Dia boleh protect ai

3. Apakah makanan yang ‘least’ andai nak makan andai terpaksa?
    Ubat batuk!!!!

4. Sms terakhir yang anda terima.
    930905105208

5. Iklan paling bes…….
    Iklan yang keluarkan wajah comel ai. Tapi belum ada lagi so tak ade iklan yang best.

6. Upload gmbr anda dan sahabat anda paling chantek…
    Ala camana nak upload sebab ai dengan sahabat ai tak cantik tapi COMEL

7. Hadiah paling murah pernah anda dapat
    Sebiji kereta yang ai guna sekarang. Ha! jangan kata ai nak menunjuk-nunjuk...u yang tanya hahahahaha

8. Hadiah paling burok pernah anda dapat
    Surat amaran!!!

9. Komen paling bangang tentang anda
    "You look beautiful and sophisticated every time i saw you". Bangang tak banganglah comment tu.

10. 5 bnda menarik ttg pasangan hidup anda
      Menarik...tertarik...kau memang da bommbd!!!

11. Kenangan paling best bersama pasangan anda
     Bila yang tertulis untukku
     Adalah yang terbaik untukmu
     Kan kujadikan kau kenangan
     Yang terindah dalam hidupku
     Namun takkan mudah bagiku
     Meninggalkan jejak hidupku
     Yang tlah terukir abadi
     Sebagai kenangan yang terindah

     Faham??? Tak faham. Tak pe ai faham kenapa you tak faham.


12. Kenal spice girls? ‘match’kan mereka dgn sahabat baik anda…
      SPICE GIRLS???? Who's in the earth this girl? Kalau prof. Ezi tu ai kenal lah. Renung-renungkan dan selamat beramal.

13. Adiah yang paling anda teringin utk miliki?
      Penthouse facing Lautan Atlantik



So cik eiza ai harap u puas hati...ngeh ngeh ngeh..

Saturday, April 16, 2011

Pergi bank settlekan akaun yang dah lama tak guna.
Bila last guna pun dah tak ingat dah.
Tapi memang confirm akaun CIMB bank mami tu dah mati.

So pergilah kaunter pertanyaan.
Buat muka sedih-blank-tak tahu apa-apa.
Motif: Barulah diaorang nak tolong.

"Cik, saya nak aktifkan akaun saya ni. Dah lama tak guna. Buku pun buku lama."

"Ada bawa buku?"

"Ada" - buku pun ditunjukkan.

"Biar saya check dulu ye." - buku bank bertukar tangan.

"Oh, akaun ni masih valid cuma kena aktifkan jer."

"Oh, macam mana?"

"Kena keluarkan duit."

"Keluarkan duit? Ada duit ke dalam akaun tu?" - buat-buat muka terkejut.

"Ada. RM22.60. Boleh keluarkan RM10.00. Esok dah aktif."

"Ceh! Ingat RM122.60." - dalam hati.

"Saya isikan borang, nanti adik pergi dekat kaunter hujung tu. Beritahu nak aktifkan akaun." - sambil isikan borang.

Adik? Auww malulah bila orang panggil adik sebab rasa diri macam dah kertu tapi ialah dia kan tahu no. I/C mestilah dia tahu mami lebih muda dari dia.
Pergi dekat kaunter.
Bagi form dengan I/C.

"Adik sain dekat sini yea."

E-eh adik lagi. Auww segannya. Tiba-tiba rasa diri menjadi muda remaja *soundtrack song-Dendang Remaja: Ali Setan*

Sekali sain kena buat sampai 7 kali daaaaaaaaa
Sebab...
Tak sama dengan sain masa muda remaja dulu.
Terus sedar diri.
Bukan muda remaja lagi.
Tapi...
Remaja dewasa!


Friday, April 15, 2011

Dari Kerana Mata...

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata...

Mami memang tak boleh betul pergi kedai buku.
Kalau masuk jer, keluar mesti kena pegang beg plastik dalam ada isi.
Kalau tidak...
Mulalah tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah.

Tadi pergi terminal.
Maklumlah kat KLIA ni rehat hari Jumaat yang panjang memang boring sikit.
Tak ada tempat nak tuju untuk cuci mata.
So terminallah tempat mengadu nasib.

Asalnya nak pergi bank.
Memang betul nak pergi tapi terlalu pulak depan kedai buku.
Aduhai...
Mulalah hati ni dag dig dug
Tak singgah takut kedai buku tu kecik hati dengan mami.
Tapi cepat-cepat betulkan niat.
Nak pergi bank...nak pergi bank...nak pergi bank.

Kaki melangkah ke bank.
Tapi...
Mata juling ke kedai buku.
Tak boleh jadi ni.
Akhirnya selesai urusan di bank masuk jugalah ke kedai buku.



Dah kata dah.
Sebuah mesti terlekat.
Tapi beli buku tak per kan.
Tak membazir kan....
Kan daddy kan....

Sejuta Impian

Mengambil tajuk sebuah rancangan baru TV3 yang belom pun bersiaran lagi.

Selasa lepas adalah bukak webpage TV3 sebab ada benda nak cari.
Godek sana-godek sini tak jumpa.
Tension betul. Dalam iklan kat TV ada, tapi bila bukak tak tahu dekat mana nak click.

Lepas tu sajalah click pada Sejuta Impian punya banner.
Keluarlah page untuk Sejuta Impian tu.
Tak tahu kenapa tetiba gatal pulak tangan ni pergi menaip dekat FB Sejuta Impian mami punya impian.


Boleh baca tak apa impian mami..?

"Ingin membuka sebuah butik pakaian keluarga yang mana saya ingin mengambil bekas banduan wanita sebagai tukang jahit bagi memberi mereka harapan baru dalam kehidupan yang mereka masih diperlukan dalam masyarakat."

Itu impian mami.
Dan impian ini bukan baru sehari dua duduk dalam kepala otak mami ni.
Sejak mami berusia 13 tahun.
Ye 13 tahun.

Kenapa mami pilih untuk tolong banduan?
Kenapa nak beri mereka harapan baru?

Sebab bagi mami mereka berhak mendapat peluang kedua.
Masa lalu mereka adalah kekhilafan mereka.
Dan setiap orang melakukan kesilapan.
Yang membezakan samada besar atau kecil, tertangkap atau lepas.
Lepas di dunia belum bermakna kita lepas di "sana" nanti.

Ada kawan-kawan mami yang "like" status mami tu.
Thanks u'olls.
Semoga Allah memberi ruang untuk mami merealisasikan impian amal mami ini.

p/s: cer try ini untuk kenalpasti mood anak kita. boleh share juga dengan kawan-kawan dan family. Dibawakan oleh #NestleChildsMood

Thursday, April 14, 2011

Pink..Sukalah

Sekarang tengah survey2 nak cari motor. Nak bawa gi kerja. Tapi idahlah sampai ke KLIA nun. Idaknya daddy bagi. Dah banyak kali tanya siap janji lagi bawak hati-hati tapi daddy tetap kata tak boleh.

Katanya kalo setakat dari umah sampai ERL station ok, tak de hal.

Cit! Sampai ERL Station jer. Tak mencabar kemampuan langsung!

Tak nak tak yah beli!

Oklah...oklah ERL Station pun ERL Stationlah. Janji dapat motor sebijik.

So sekarang tengah survey2 motor mana nak beli. Ingat nak beli yang ala-ala skuter tuh, gear auto. Hikhikhik dasar pemalas. Just pulas minyak-break, pulas minyak-break. Ha kan senang.

Lepas tuh nak kaler pink, sport rim putih. Kang mintak sport rim sedondon kaler pink jugak mau histeria daddy. Kalo helmet pun kaler pink cute tak? Ker extreme bebenor.

Rasa macam nak motor Honda ICON...alah yang dalam iklan budak Lisa Surihani dok tembak-tembak tuh.



 boonsiewhonda - ICON at JOYRIDE
 Amacam cute tak? Lagi cute kalau ai yang bawa. Kaki kepit helmet pink! Auwwww...kewl huh.

p/s: sebut pasal motor teringat lesen dah mati.


Wednesday, April 13, 2011

Dugaan Sungguh

Last week dari hari Khamis Irfan demam.
Sekejap panas sekejap ok.
Sekarang dah sembuh dari demam.


Tapi



Sakit matalah pulak.
Malam tadi Irfan bangun pukul 2.00 pagi.
Mengadu pada mami pedih...pedih.
Irfan tunjuk mata dia.
Bila mami tengok mata kiri dia dah merah.

Alah siannya anak mami sakit mata pulak.
Tak berani nak hantar nurseri.
Terpaksalah mami cuti lagik.
Segan rasa masa call office nak kasi tau mami kena urgent leave lagi.
Tapi nak buat lagu mana???
Mami kena pilih gak.

Nak suruh daddy yang cuti jaga Irfan.
Tapi tak boleh




Sebab....




Daddy pun demam.
Hai dugaan...dugaan...

Semoga Allah tak tarik nikmat kesihatan yang Dia beri pada mami.
Sebab mami kena jaga both daddy and Irfan.

Tuesday, April 12, 2011

Zikir Harian

Berkongsi secebis ilmu yang saya tahu.

Zikir harian.

"Sesiapa yang beristiqamah mengamalkan wirid harian ini, insya Allah diberkati hidupnya dan dibekalkan hidayah dan taufiq serta mati dalam iman" - Ihya Ulumuddin


Rujukan dan printable version ada di sini


Sampai Hati Mami...

Dulu Irfan adalah jejaka yang hencem dan momel. Setiap kali keluar berjalan-jalan, banyak mata wanita sebaya mami akan memandang ke arah Irfan. Mereka senyum-senyum sambil cuba mengagah Irfan.

Irfan suka aiskrem tau! Kalao nak rasuah Irfan boleh belikan Irfan aiskrem tapi jangan kasik tau mami!!

Irfan akan membalas senyuman mereka dengan pandangan paling manja sambil tersenyum-senyum malu lalu menyorokkan wajah di belakang kaki mami.

Emmm yummy yummy. Sedap giler!!! Berbulu jer mami tengok Irfan makan slurp slurp sebab sebenarnya daddy belikan eskrem ni untuk mami tapi Irfan yang kasik selesai!

Tetapi itu dahulu...

Sekarang setiap kali mami atau daddy bawa Irfan keluar, mata yang memandang tidak akan terus tersenyum kepada Irfan. Kening mereka berkerut. Kemudian barulah mereka tersenyum.

Irfan pelik. Kenapa mereka begitu? Bukankah mereka selalu kata Irfan budak momel???

Rupa-rupanya baru Irfan tahu.

Setelah mengetahuinya Irfan nangis kuat-kuat. Sampai hati mami.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah balasannnya sebab habiskan eskrem mami. Len kali jangan melawan. Muahahahahahaha!!!!
 Jadikan Irfan macam nih. Mami kalau tak reti potong rambut tok sah lah tunjuk terrer!! Hantar ajer Irfan kat kedai mamak tuh. Biarlah tangan mamak tuh bau kari asalkan Irfan nampak kewl....

WAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!


Monday, April 11, 2011

Pernah Dengar Tak?

NUFFNANG???
Mesti pernah kan. Biasa buka jer blog sana sini mesti jumpa nuffnang ni.

Kalau...




CHURP CHURP????
Pernah dengar tak?
Mungkin ada, mungkin tak ada kan...




Churp Churp ni pun macam Nuffnang jugak. Tambah pendapatan sambil berBLOG, berFACEBOOK, berTWITTER atau berYANGLAIN-LAIN. So kalau nak tahu lebih lanjut macam mana ia berfungsi atau macam mana ia boleh beri pendapatan sampingan kepada kita kenalah rajin baca kat sini


Kalau rasa nak join #ChurpChurp pulak, register kat sini! Cepat-cepat sementara peluang masih ada!



Besar Lagi...Besar Lagi...

Hari Sabtu malam tu Mak Tok tidur rumah kami sebab Mak Tok ada ceramah umum dekat MASJID BESI...alah lupalah nama saintifik masjid besi tu. Tapi kalo kat putrajaya tu sebut masjid besi memang orang tahu. Masjid besi ni masjid kedua di Putrajaya tu.

So pagi Ahad tu kami hantarlah Mak Tok balik awal sikit sebab Mak Tok cakap dia nak ikut Tok Teh pergi hospital Sungai Buloh. Sepupu daddy masuk hospital koma sebab dijangkiti KENCING TIKUS. Takut weh...Irfan pun demam belum betul-betul kebah lagi. On-off dari hari Khamis minggu lepas. Tapi kenit tuh tak moh makan ubat. Itu yang payah tuh.

Dalam kereta on the way dari Putrajaya ke Pantai Dalam, Irfan buat life concert. Macam biasalah kalau life concert dia harus ada back-up singer. Saya dan daddylah yang jadi back-up singer. Mak Tok jadi penontong yang wajib tepuk tangan selang dua baris lagu yang dia nyanyai. Favoutite song? Maher Zain --> INSYA-ALLAH.

Mujur perjalanan cuma 20minit ikut MEX. Bantailah kalau balik Sungai Besar --> 2jam perjalanan tu. Gerenti dia start bosan. Mulalah buat perangai. Dalam kereta yang tak berapa besar tu dia akan ke depan ke belakang ke depan balik. Patah pinggang saya nak pegang dia. Bukan reti duduk. Daddy kata budak montot panas. Kalao duduk lama sikit montot terbakar.

So, daddy macam kena cari BIG CAR jer ni. Dulu daddy kan kata nak beli MPV senang Irfan nak berkhemah. Dah penat mengantuk bentang toto. Ha, kan senang tu. Ini yang nak kena cuba test-drive EXORA ni. Apa lagi MPV yang syok ek?


P/S: Want a free car briefing session? Or maybe, a spa session? What about a free test drive session? Yes! #allaboutexora is here to provide you space & comfort!


Wednesday, April 6, 2011

Cian Anak Mami

Dah dua hari saya amik urgent leave. Irfan demam. Start demam masa hari Khamis tu. Irfan merengek dalam pukul 1.50 a.m. Saya ingat Irfan nak menyusu. Sekali pegang badan dia macam panas tapi tidaklah terlalu panas. Ambik termometer check suhu 37.3. Ada demam sikit.

Pagi-pagi Khamis tu kami terus bawa Irfan pergi klinik. Walaupun suhunya tidak berapa tinggi tapi kami tak mau tunggu. Dah check sumer pastu bawa Irfan pergi  sarapan. Daddy pun amik urgent leave semalam sebab Irfan tak mahu tinggal sorang-sorang. Payahlah saya nak ke bilik air.

Hari ni panasnya dah surut cuma selesema. Tapi belum berani nak tinggalkan Irfan dekat nurseri takut jangkit pula kat budak yang lain so hari saya temankan Irfan di rumah lagi. Daddy kerja.

Cepat sembuh yea sayang mami. Sian bila budak aktif macam Irfan demam. Semangat nak main masih tinggi dan berkobar-kobar tapi badan tak larat. Lepas ni kena praktik hidup cergas...


Tuesday, April 5, 2011

Bad Family

Drama korea yang ini sebebnarnya drama lama tapi baru ada kesempatan nak tengok. Ceritanya funny dan dalam masa yang sama ada mesej yang cuba disampaikan. Ia mengajar tentang erti kasih sayang dalam sebuah keluarga. Tidak kira di mana posisi kita dalam keluarga tu tetapi kehadiran kita mempunyai fungsi yang tersendiri.

Bad Family



Synopsis:
Na Rim (Lee Young Yoo), who came from a wealthy household, lost her family in a car accident when she was nine. After the accident, she suffered from amnesia so her uncle hired Oh Dal Gun (Kim Myung Min), an ex-ganster,to recreate a similar household with parents, sister, brother, grandparents and uncle in hopes that she would regain her memory. In a hurry, Oh Dal Gun ended up hiring all sorts of odd ball characters to act as members of Na Rim’s family. None got along at the start and hilarious situation arose when all members tried to cope in front of the little girl and also to protect her from the one who caused her family’s accident. Eventually they started to behave like a real family and cared for each other, proving that blood relation is not as important as a caring heart.



Casting:
Kim Myung Min is Oh Dal Gun (Na Rim’s fake uncle)
Nam Sang Mi is Kim Yang Ah (Na Rim’s fake sister)
Im Hyun Sik is Jang Hang Gu (Na Rim’s fake grandfather)
Yeo Woon Kye is Park Bok Nyu (Na Rim’s fake grandmother)
Kang Nam Gil is Jo Gi Dong (Na Rim’s fake father)
Geum Bo Ra is Um Ji Sook (Na Rim’s fake mother)
Kim Hee Chul is Gong Min (Na Rim’s fake brother)
Hyun Young is Ha Bu Kyung (Niece of man that caused accident)
Park Jin Woo is Ha Tae Kyung (Son of man that caused accident)
Kim Gyu Chul as Ha In Soo
Lee Young Yoo is Baek Na Rim
Choi Ha Na as Noh Ah Na
Yoo Hyung Kwan (유형관) as Chief Byun
Oh Ji Eun
Han Young Kwang


Kim Hee Chul as Gong Min (Na Rim’s fake brother) ni ialah salah seorang anggota K-Pop Super Junior.