Semalam ambil daddy di Putrajaya. Daddy baru sampai dari Melaka sebab Daddy ada kursus di sana. Terpaksa ambil Irfan dulu sebab daddy sampai lepas Maghrib. So untuk pujuk Irfan duduk diam-diam dalam car-seat dia, mummy belikan Irfan coklat dengan air kotak pun coklat juga. Sebelum tu mummy buatkan little chicken untuk dia.
Jadi sepanjang perjalanan dari Klang ke Putrajaya tu (ini first time mummy bawa Irfan sorang-sorang jalan jauh) Irfan diam sahaja sebab sibuk mengunyah coklat cadbury dia. Kejap-kejap dia kunyah, kejap-kejap dia senyum sorang-sorang. Seronoklah tu dapat fovourite coklat dia. Habis coklat bagi dia minum air kotak. Dia minum sikit jer...
Masa kami sampai Putrajaya daddy pun dah sampai. Disebabkan mummy lapar, mummy ajak daddy makan dekat Alamanda jer. Kitorang pun pergilah makan dekat Pizza Hut, malas nak berat-beratkan kepala pikir nak makan dekat mana.
Sampai situ orang agak ramai tapi alhamdulillah kami tak tunggu lama sangat. Lebih kurang 5 minit duduk apa yang diorder sampai satu-persatu. Then kami pun enjoylah dinner kami termasuk si kecik tu. Tengah syok makan adalah sorang budak ( + baya Irfan rasanya) menangis menjerit-jerit. Mungkin ada benda yang dia nak tak dapat. Yang tak boleh tahan tu si Irfan selamba jer pergi ajuk budak tu nangis. Kalau perlahan tak apa, ini sama kuat dengan budak tu menangis. Orang dah mula pandang-pandang. Mummy letak jari telunjuk dekat bibir suruh Irfan diam. Dia sengih-sengih terus sambung makan.
Dalam lima minit kemudian budak tadi masih tak berhenti menangis, lagi bertambah kuat dia menangis. Irfan yang tengah syok makan paling muka dia pandang budak tu (budak tu tak pandang dia pun). Dia bulatkan mata lepas tu cakap shhhhhh kuat-kuat (sampai tersembur air liur) suruh budak tu diam. Ada lah jugak orang pandang. Mummy terus tutup mulut dia, suruh diam dan makan.
Habis makan mummy ajak daddy balik sebab mummy memang tak larat. Sepanjang hari tu mummy asyik dalam kereta sahaja. Memandu ke sana ke sini. Urusan pejabat dan peribadi. Masa daddy beratur nak bayar tiket parking, mummy lepaskan Irfan berjalan. Sekali dia dapat kaki, Ya Allah memang tak larat mummy nak kejar. Macam biawak sesat. Dah lah orang agak ramai. Dia mencilok sana sini mummy terhegeh-hegeh kejar dari belakang. Orang yang pandang kami anak-beranak senyum-senyum aja tengok. Geram betul mummy dengan budak seorang ni. Daddy cuma dapat geleng kepala dari jauh.
Dah masuk dalam kereta apalagi, kepenatanlah dia sebab tadi dah marathon. Kebetulan ada air coklat lebih dia tadi, mummy berilah dia minum. Pun tak habis dia minum so suruh daddy letak dekat tempat air (dekat dengan gear). Sekali on the way balik ke rumah tu, mummy langsung tak perasan rupanya Irfan ambil air kotak dia tadi dan di tonggengkan. Allahuakbar! Habis tumpah. Kena pada gear dan arm rest. Aduyai...geram nya mummy. Tapi mummy tak boleh marah dia sebab bukan dia tahu apa pun...lagipun budak Irfan ni sensitif sikit kalau mummy marah...maklumlah dalam hati ada taman...
End kisah Irfan. Mummy yang penat bertambah penat. Naik lesu lesi badan.
Mummy beritahu daddy:
"Nanti guna sapu tangan basahkan dengan air lap. Karang melekit pula..."
Owh nak tahu jawapan daddy...
"Daddy dah lap dah dengan baju daddy sebab mummy kan tak suka lekit-lekit ni. Cuma kat gear jer lekit sikit."
OhMyGod kuasa dua. Sungguh mulia hatimu daddy. Tapi daddy itukan baju kerja...Silalah bayangkan daddy yang berbaju kemeja lengan panjang warna hijau muda lap baju dia pada arm rest yang tertumpah air coklat.
Lepas tu daddy sambung lagi:
"Dah alang-alang kotor, tak pelah...Nanti pun mummy nak basuh baju daddy ni kan?"
End kisah daddy. What can I say? I luv u daddy
Thursday, November 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
No comments:
Post a Comment