Monday, November 29, 2010

Hujung Minggu Tanpa Rancangan

Hujung tminggu anpa rancangan memang membosankan. Tapi kami sekeluarga memang malas nak ke mana-mana sebab sepanjang minggu lepas saya dan daddy memasing sibuk di office so sangat penat untuk merancang hujung minggu. Oleh itu hujung minggu duduk sahaja di rumah.

Tapi bila Irfan dah bangun dari tidur lebih kurang pukul empat mula dah rasa bosan duduk-duduk sahaja di rumah tanpa berbuat apa-apa. Rumah pun dah habis kemas. Lalu pandang memandang dengan daddy menghantar isyarat tanpa bunyi yang membawa maksud:

"Jom keluar nak, boringlah"
"Nak pergi mana?"
"Entahlah..."
"OK, jomlah."

Selesai perantaraan isyarat tanpa bunyi kamipun bersiap untuk keluar. Memang tak ada hala tuju tapi lastly kami decide nak pergi tengok kereta (mpv) dan tengok rumah contoh sebab kami ngidam nak dua benda ni tahun depan insya Allah.

Cuma untuk kereta taklah beria sangat sebab kereta sekarang pun masih baru cuma nak besar lagi je tapi kalau tak dapatpun tak apa sebab keluarga masih kecil. Cuma rumah tu kalau boleh kami nak beli tahun depan.

Banyak rumah kami pergi tengok tapi semuanya cuma dekat-dekat dengan area rumah yang kami sewa sekarang. Boleh tahan jugak harga rumah ni kan. Semuanya bermula dengan harga RM 178 800.00 (teres setingkat) sehinggalah kepada harga berjuta-juta ringgit.

Yang harga berjuta tu kami tumpang tengok jelah...belum mampu lagi tapi ada jugalah keinginan (masuk kategori tamak tak?) Ada satu rumah tu teres dua tingkat sangat cantik dan harganya juga boleh tahan. saya memang dah jatuh cinta.

Tapi ada banyak perkara lagi yang perlu saya fikirkan kalau nak beli rumah ni. Saya tak naklah rumah saja cantik tapi saya sekeluarga ikat perut sebab nak bayar monthly dia. Nak bawa anak makan angin sekali sekala pun tak dapat sebab kewangan cuma tinggal paras hidung. Tak mahulah macam tu. Biar rumah saya biasa-biasa sahaja asalkan saya dan keluarga dapat menikmati kehidupan dengan gembira tanpa risau tentang kewangan...

Saya yakin kalau saya bersabar insya Allah satu hari saya pasti dapat rumah impian saya. Kan orang-orang yang bersabar itu besar ganjarannya.

(",)


No comments: