Monday, November 29, 2010

Oh! My Lady

Sekarang di 8tv tengah siar cerita ni Oh! My Lady (korean drama) setiap weekdays 8.30 - 9.30 pm.

Sebenarnya saya dah tengok cerita ni online dekat sini tapi bila siar lagi di 8tv tu tetap nak tengok jugak tapi tak adalah setiap malam saya tengok mana yang dan ajer.

Ceritanya pada saya funny. Kisah tentang ahjumma(untie) Yoon Gae Hwa yang buat perjanjian dengan Sung Min Woo dan akhirnya jatuh cinta. Tapi perjalanan nak jatuh cinta tu lah yang mengisi setiap episod Oh! My Lady ni.

Kalau ada yang tertinggal episod yang awal atau nak terus jump to the end boleh terus tengok kat sini.

Enjoy watching :)

Oh! My Lady di 8tv 8.30 - 9.30 pm every weekdays

Choi Si Won as Sung Min Woo

 Chae Rim as ahjumma Yoon Gae Hwa

Sebahagian daripada watak-watak penting...


Hujung Minggu Tanpa Rancangan

Hujung tminggu anpa rancangan memang membosankan. Tapi kami sekeluarga memang malas nak ke mana-mana sebab sepanjang minggu lepas saya dan daddy memasing sibuk di office so sangat penat untuk merancang hujung minggu. Oleh itu hujung minggu duduk sahaja di rumah.

Tapi bila Irfan dah bangun dari tidur lebih kurang pukul empat mula dah rasa bosan duduk-duduk sahaja di rumah tanpa berbuat apa-apa. Rumah pun dah habis kemas. Lalu pandang memandang dengan daddy menghantar isyarat tanpa bunyi yang membawa maksud:

"Jom keluar nak, boringlah"
"Nak pergi mana?"
"Entahlah..."
"OK, jomlah."

Selesai perantaraan isyarat tanpa bunyi kamipun bersiap untuk keluar. Memang tak ada hala tuju tapi lastly kami decide nak pergi tengok kereta (mpv) dan tengok rumah contoh sebab kami ngidam nak dua benda ni tahun depan insya Allah.

Cuma untuk kereta taklah beria sangat sebab kereta sekarang pun masih baru cuma nak besar lagi je tapi kalau tak dapatpun tak apa sebab keluarga masih kecil. Cuma rumah tu kalau boleh kami nak beli tahun depan.

Banyak rumah kami pergi tengok tapi semuanya cuma dekat-dekat dengan area rumah yang kami sewa sekarang. Boleh tahan jugak harga rumah ni kan. Semuanya bermula dengan harga RM 178 800.00 (teres setingkat) sehinggalah kepada harga berjuta-juta ringgit.

Yang harga berjuta tu kami tumpang tengok jelah...belum mampu lagi tapi ada jugalah keinginan (masuk kategori tamak tak?) Ada satu rumah tu teres dua tingkat sangat cantik dan harganya juga boleh tahan. saya memang dah jatuh cinta.

Tapi ada banyak perkara lagi yang perlu saya fikirkan kalau nak beli rumah ni. Saya tak naklah rumah saja cantik tapi saya sekeluarga ikat perut sebab nak bayar monthly dia. Nak bawa anak makan angin sekali sekala pun tak dapat sebab kewangan cuma tinggal paras hidung. Tak mahulah macam tu. Biar rumah saya biasa-biasa sahaja asalkan saya dan keluarga dapat menikmati kehidupan dengan gembira tanpa risau tentang kewangan...

Saya yakin kalau saya bersabar insya Allah satu hari saya pasti dapat rumah impian saya. Kan orang-orang yang bersabar itu besar ganjarannya.

(",)


Friday, November 26, 2010

Sedang Belajar Bersabar

Tarik nafas...hembus!
Tarik nafas...hembus!
Tarik nafas...hembus!

Zikir...zikir...zikir...

Fuhhh

Hati tengah panas!
Api kemarahan tengah marak menyala!

Masih cuba bersabar lagi ni...
sesungguhnya sabar itu mudah diungkapkan tetapi belum tentu mudah untuk dipraktikkan.

Sabar...sabar...sabar...





Wednesday, November 24, 2010

Rapunzel

Hari ni start Rapunzel kisah seorang gadis berambut panjang yang dikurung di sebuah menara. Rasa macam nak tengok tapi tak berani nak bawa Irfan masuk panggung sebab:
1. Irfan tak suka tempat gelap kecuali kalau nak tidur malam
2. Irfan tak boleh duduk diam lebih daripada 60saat
Oleh sebab itu belum ada keberanian lagi nak bawa dia masuk panggung. Nantilah tunggu IRfan dan besar sikit lagi, dah faham cakap dan most important thing dia mahu dengar apa yang saya cakap.

Takut-takut nanti masuk panggung dia yang buat wayang. Sudahlah suara dia cukup nyaring. Ish seram bila membayangkan keadaan dia dalam panggung wayang tu. So tunggulah dvd dia keluar...


Rapunzel : Fairytale about pricess with long hair

Rapunzel

Flynn

maximus...i liiiiike

pascal : kesayangan rapunzel


*All picture taken from google


Tuesday, November 23, 2010

Irfan, Ombak, Pantai

Lately ni malas sangat nak update blog. Mungkin sebab tak ada cerita nak tulis so rasa malas itu pun hadir.

Minggu lepas sepatutnya balik kampung visit adik di asrama sebab hari ni dia amik exam SPM. Adik tak boleh balik sebab dah kena perintah "berkurung SPM". Tapi saya tak balik sebab ada urusan lain di sini. Saya cuma dapat mendoakan untuk adik dari jauh.

Pastu petang Ahad last week sempatlah bawa Irfan pergi pantai somewhere near Morib. Kalau tak silap saya namanya Pantai Kelenang. Actually pantai tu boleh mandi tapi still boleh lepak-lepak dengan family.

First time Irfan dengar bunyi ombak pukul pantai dia menjerit punyalah kuat sampai sayapun terkejut. Rupanya dia takut sangat bunyi kuat ombak pukul pantai tu. Tapi dah lama-lama akhirnya dia ok pulak. Mula-mula bagi dia pijak pasir, pastu bagi dia rasa sisa-sia ombak yang naik ke pantai lastly baru dia rasa enjoy bila kaki kecil dia tu kena air laut tu.

Sekejap-sekejap dia pandang laut, sekejap-sekejap dia pandang daddy sambil senyum. Seronok tengok dia serenok. Tapi sorrylah sayang mummy tak boleh Irfan mandi sebab Irfan tak ada baju spare. Daddy kata next time nak bawa Irfan mandi laut. Nak bawa sekali paksu Irfan.

Sampai dalam kereta pun Irfan terbawa-bawa bunyi ombak. Siap tiru lagi bbunyi ombak pukul pantai....


Friday, November 19, 2010

Go Green

Sempena kempen menghijaukan bumi ini saya jugak turut terpanggil untuk sama-sama menghijaukan bumi kita. Owh bertuahnya bumi ini memiliki seorang penghuni yang berhati perut seperti saya yang perasan ini...Jadi apa yang telah saya lakukan untuk menghijaukan bumi ini???

Saya telah ke sana ke sini mencari "sesuatu" untuk memberikan impak go green yang maksima. Setelah berpenat lelah saya telah menemuinya....Apa bendanya???


Ta-daaaaaaaaaa!!!














Erk!?? Apekah sangkut paut sebuah komputer riba (bahasa jiwa bangsa ok!) dengan motif go green?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Inilah motifnya...Go Green tak? Ngeh ngeh ngeh inilah usaha saya yang paling keras dalam motif menghijaukan bumi....Hijau kan? Hijau kan?

Saya paling suka rama-rama kaler putih tue...sungguh suci dan murni. Owh sungguh hijau mata memandang...owh owh owhsiap ada effect bulan lagi u'olls...Jangan mare

Sekian kempen hijau bumi dari saya....


Tuesday, November 16, 2010

Macam-macam Hal

Minggu lepas masa tengah drive nak ambil daddy kat Putrajaya terperasan dekat cermin kereta belah kiri depan ada tanda pangkah. Aiseh...terus teringat itu cerita P.Ramlee. Sekali kereta saya pun sudah kena pangkah lah...

Lepas ambik daddy citer pada daddy, daddy pun sama terus teringat cerita P.Ramlee tu. Tapi bila sampai rumah daddy perasan dekat bonet pun ada tanda pangkah. Dorang tanda guna jari jer sebab kereta tu berhabuk sikit (ye ke sikit???)

Alamak daddy dah rasa tak syok...Daddy badget kereta tu ada orang nak curi.

"Ish daddy ni tak mungkinlah. Ni mesti kerja budak-budak yang tak ada kerja."

Kata saya cuba bersangka baik owh owh owh mulianya hati saya...Tapi daddy tetap tak puas hati. Tapi saya tetap bawa kereta ke office macam biasa. Sekali balik petang tu kereta saya yang dipangkah semalam sudah.....








kena.....








KUNCI daaaaaaaaaaaaaaa....
Adush...mampos nak bayar denda dia...RM 100.00 OK! So dengan hati yang sebal saya call si pengunci mintak dia bukak balik. Then bila dia dah datang macam biasalah kena pok-pek-pok-pek. Aduh dahlah nak cepat dia membebellah pulak. But syukur in the end dia tak mintak bayar denda sebab saya adalah staff dan saya ada alasan yang KUKUH kenapa saya parking di situ.

Tapi lepas tu daddy tak bagi dah bawak kereta dia suruh naik kereta........api! Aiyak!!!!


Thursday, November 11, 2010

Sedang Ingin Bercinta

(Post ini ditulis atas permintaan MR. Daddy sebab dia sangat suka gambar-gambar orang yang sedang berchenta ini)

Ini adalah kejadian yang berlaku sewaktu makan malam sebab mummy malas nak masak. Badan letih sangat sebab hari tu balik lambat so MR. Daddy cadangkan balik kerja,ambil Irfan lepas tu terus pergi makan. Kitorang pilih makan dekat Jusco sebab kebetulan MR. Daddy nak cari kasut baru. Kasut lama dia dah berlubang tapak.

Daddy jalan atas apa sampai tapak kasut boleh berlubang.

Makan dekat Black Canyon Coffe sebab Irfan sangat suka makan di situ. Dia boleh habiskan 3/4 pinggan nasi yang biasanya dimakan oleh orang dewasa. Dan mummy akan habiskan 1/4 lagi tu. Sikit kan mummy makan....Ye memang sikit sebab korang tak nampak hehehehehehe

So layanlah gambar orang yang sedang ingin bercinta ini....



Tengok...tengok...tengok sikit jer mummy makan kan...


Tu dia jus tembikai ni memang favourite Irfan tapi kat sini jer...kat tempat lain haram dia nak minum...Weh korang dah tiup-tiup ye air tembikai ni kasi anak mummy suka


Ini kena paksa dengan budak kecik tu...
"Cepat minum mummy, kalau idak Irfan habiskan!"


Dia tengok mummy hirup laju jer dia pong ikut hirup jugak...dengki betul!


Ini kena paksa dengan daddy suruh minum bersama-sama. Minum berjamaah kata daddy.


"Cepat minum-cepat minum...daddy nak capture gambar nih...
Tengoklah muka kecik tu boring jer...


Inilah dia...
Sedang Ingin Bercinta...




Wednesday, November 10, 2010

Kalau Berpacaran - Sohaimi M.H, Ana Raffali, Altimet

Kalau Berpacaran

Sohaimi Mior Hassan:

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus:

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali:

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet:

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x




Saya suker lagu ni sebab ada nasihat di dalamnya...so yang sedang berpacaran ambillah nasihat yang berguna ni ok! Enjoy....


Tuesday, November 9, 2010

When Everybody Not Around

Pagi ni sampai office sunyi jer...Toleh kiri toleh kanan semua meja kosong. Tengok pada papan kenyataan staff....

Oooooooooooooohhhhhhh

Sumer orang tak der...Pergi seminar. A-P-A-K-A-H????
Adakah ini satu konspirasi untuk memulaukan saya???
Mereka telah pergi seminar beramai-ramai dengan meninggalkan mesej berbunyi:


"Eby, kitorang sumer tak ada hari ni. Ada seminar di HQ. Jaga opis ek"

Perlukah saya menjawab nota itu dengan menulis seperti ini:

"Eh, saya pun ada seminar di Alamanda..."

Thursday, November 4, 2010

Lelaki Ini...

Semalam ambil daddy di Putrajaya. Daddy baru sampai dari Melaka sebab Daddy ada kursus di sana. Terpaksa ambil Irfan dulu sebab daddy sampai lepas Maghrib. So untuk pujuk Irfan duduk diam-diam dalam car-seat dia, mummy belikan Irfan coklat dengan air kotak pun coklat juga. Sebelum tu mummy buatkan little chicken untuk dia.

Jadi sepanjang perjalanan dari Klang ke Putrajaya tu (ini first time mummy bawa Irfan sorang-sorang jalan jauh) Irfan diam sahaja sebab sibuk mengunyah coklat cadbury dia. Kejap-kejap dia kunyah, kejap-kejap dia senyum sorang-sorang. Seronoklah tu dapat fovourite coklat dia. Habis coklat bagi dia minum air kotak. Dia minum sikit jer...

Masa kami sampai Putrajaya daddy pun dah sampai. Disebabkan mummy lapar, mummy ajak daddy makan dekat Alamanda jer. Kitorang pun pergilah makan dekat Pizza Hut, malas nak berat-beratkan kepala pikir nak makan dekat mana.

Sampai situ orang agak ramai tapi alhamdulillah kami tak tunggu lama sangat. Lebih kurang 5 minit duduk apa yang diorder sampai satu-persatu. Then kami pun enjoylah dinner kami termasuk si kecik tu. Tengah syok makan adalah sorang budak ( + baya Irfan rasanya) menangis menjerit-jerit. Mungkin ada benda yang dia nak tak dapat. Yang tak boleh tahan tu si Irfan selamba jer pergi ajuk budak tu nangis. Kalau perlahan tak apa, ini sama kuat dengan budak tu menangis. Orang dah mula pandang-pandang. Mummy letak jari telunjuk dekat bibir suruh Irfan diam. Dia sengih-sengih terus sambung makan.

Dalam lima minit kemudian budak tadi masih tak berhenti menangis, lagi bertambah kuat dia menangis. Irfan yang tengah syok makan paling muka dia pandang budak tu (budak tu tak pandang dia pun). Dia bulatkan mata lepas tu cakap shhhhhh kuat-kuat (sampai tersembur air liur) suruh budak tu diam. Ada lah jugak orang pandang. Mummy terus tutup mulut dia, suruh diam dan makan.

Habis makan mummy ajak daddy balik sebab mummy memang tak larat. Sepanjang hari tu mummy asyik dalam kereta sahaja. Memandu ke sana ke sini. Urusan pejabat dan peribadi. Masa daddy beratur nak bayar tiket parking, mummy lepaskan Irfan berjalan. Sekali dia dapat kaki, Ya Allah memang tak larat mummy nak kejar. Macam biawak sesat. Dah lah orang agak ramai. Dia mencilok sana sini mummy terhegeh-hegeh kejar dari belakang. Orang yang pandang kami anak-beranak senyum-senyum aja tengok. Geram betul mummy dengan budak seorang ni. Daddy cuma dapat geleng kepala dari jauh.

Dah masuk dalam kereta apalagi, kepenatanlah dia sebab tadi dah marathon. Kebetulan ada air coklat lebih dia tadi, mummy berilah dia minum. Pun tak habis dia minum so suruh daddy letak dekat tempat air (dekat dengan gear). Sekali on the way balik ke rumah tu, mummy langsung tak perasan rupanya Irfan ambil air kotak dia tadi dan di tonggengkan. Allahuakbar! Habis tumpah. Kena pada gear dan arm rest. Aduyai...geram nya mummy. Tapi mummy tak boleh marah dia sebab bukan dia tahu apa pun...lagipun budak Irfan ni sensitif sikit kalau mummy marah...maklumlah dalam hati ada taman...

End kisah Irfan. Mummy yang penat bertambah penat. Naik lesu lesi badan.

Mummy beritahu daddy:
"Nanti guna sapu tangan basahkan dengan air lap. Karang melekit pula..."

Owh nak tahu jawapan daddy...
"Daddy dah lap dah dengan baju daddy sebab mummy kan tak suka lekit-lekit ni. Cuma kat gear jer lekit sikit."

OhMyGod kuasa dua. Sungguh mulia hatimu daddy. Tapi daddy itukan baju kerja...Silalah bayangkan daddy yang berbaju kemeja lengan panjang warna hijau muda lap baju dia pada arm rest yang tertumpah air coklat.

Lepas tu daddy sambung lagi:
"Dah alang-alang kotor, tak pelah...Nanti pun mummy nak basuh baju daddy ni kan?"

End kisah daddy. What can I say? I luv u daddy



Wednesday, November 3, 2010

Misi Berjaya

Semalam buatkan Irfan anak ayam dan ibunya supaya dia boleh main diam-diam dalam car-seat dia dan tak ganggu saya memandu. Alhamdulillah misi berjaya. Dia sangat suka anak ayam dan ibu ayam itu. Seronok jer dia main. Cuma saya terpaksa bunyikan bunyi ibu ayam dan anaknya setiap kali dia angkat salah satu daripada mereka....

Aduyai...berkokoklah saya sambil memandu.

Tuesday, November 2, 2010

Kraftangan Seperti yang Dijanjikan

Dari pagi tadi saya dok pikir-pikir apa benda yang paling sesuai saya nak kasi "rasuah" kat budak kecik nama Irfan tu. Tanya dekat MR. Daddy, MR. Daddy kata

"Bagi dia benda yang boleh dia pegang tapi banyak...sebab si kecik ni mudah leka."

Ok lepas tu saya pun dok pikir apakah benda yang boleh dia pegang tapi banyak???
Pikir punya pikir punya pikir akhirnya saya dapat satu idea (sebiji mentol kecil sedang menyala di atas kepala saya tanda dapat idea)...

Saya buat sendirilah...benda yang boleh dia pegang tapi banyak...tak banyak pun. Saya buat dua saja sebab tangan kecik tu ada dua saja...

He he he he (ketawa jahat)

Apa yang saya buat....












Tada...!



Seekor ibu ayam dan anaknya...ngeh ngeh ngeh...Kalau korang nak buat pun boleh, tengok kat sini...


Hopefully budak Irfan tu sukalah dengan emak ayam dan anaknya ini. Kalau tidak memanglah kes naya...harus ke kiri ke kanan saya bawa kereta. Emmm semoga saya berjaya merasuah hati kecil itu. Doakan saya ek...El-leh macamlah nak pergi berperang...kahkahkah

Women Driving Skills

Kata orang, perempuan bila bawa kereta sangat menakutkan...kata orang lah...Tapi ye ke? Owh haruslah saya menentangnya kan sebab saya juga seorang perempuan...

Tapi bukan itu nak saya tuliskan. Pagi ni saya nak membebel pasal ngata orang awak yang lebih!
Saya lah tu..!

Saya memang tak suka tengok orang bawa kereta anak dekat pangkuan. Bahaya! Itulah tafsiran saya waktu saya belum kahwin dan anak. Sekarang bila dah ada anak saya terpaksa mengakuinya yang itu salah satu "women driving skills".

Pagi tadi buat pertama kalinya saya mencuba teknik pemanduan seperti itu. Irfan tak mahu duduk dalam car-seat dia. Punyalah keras badan dia bila saya letak kat dalam car-seat itu. Belum cerita lagi dia punya tangis raung dia. Aduhai lagi saya tak boleh nak drive.

Angkat, letak atas riba terus sonyap! Pastu terus dia sandarkan badan dia dekat dada saya. Ok ada sedikit rasa kompiden nak drive. Bawa slow-slow. Dia senyap jer duduk bersandar sampai rumah baby-sitter. Alhamdulillah. Petang ni harus saya rasuah dia supaya itu budak mahu duduk dalam dia punya car-seat.


Monday, November 1, 2010

Berdua Lebih Baik...

Kata Acha Saptriasa...(owh betulkah ku eja nama si minah ini???)
Benarkah????

Saya tidak setuju!!! Sebab tinggal berdua dengan si kecil Irfan Haziq sangat meletihkan...
Ke mana MR. Daddy?
MR. Daddy ada seminar di Sg. Udang Melaka sampai hari Rabu.
Fuhhh nasib baik tiga hari sahaja...

Irfan ni jenis yang tak boleh bersendirian. Dia tak kisah main sorang-sorang tapi yang penting mesti ada orang dekat-dekat dengan dia dan tidak tidur. Jadi bila berdua dengan dia yang paling susah ialah hendak memasak sebab Irfan pun nak tolong juga...

Lepas tu nak ke tandas, tidak kiralah untuk apa tujuan sekalipun. Memang tak boleh tinggal dia sebab dia takut bila sorang-sorang. Jadi silalah fikir sendiri bagaimana kekdahnya kalau saya nak ke tandas. Kalau enam kali pergi buang air kecil, enam kali lah budak kecik tu mandi...

Lepas tu paling payah nak hantar-amik dia ke-dari rumah babysitter sebab budak Irfan ni paling menchik kena duduk dalam car-seat dia tu. Lagi-lagi kalau tengok mummy yang drive. Owh no baby. Lagi menggeliat badan dia nak duduk jugak depan stereng. Jadi kalau terserempak seorang perempuan perasan muda memandu kereta dan ada seorang budak kecik dalam car-seat sebelah dia dan perempuan perasan muda itu sedang berjoget bagai nak rak dalam kete...silalah faham situasi dia.