Semalam...entah kenapa tiba-tiba saya terasa gatal hendak meng'YM' seorang sahabat saya
Bukannya sudah lama tidak bertukar kabar berita cuma dah agak lama tidak online bersama
Saya menghantar mesej pertama...
Hampir 15min saya menunggu baru mesej saya berjawab
Katanya dia sedang solat sewaktu mesej saya sampai menjenguknya.
Saya kerling jam pada skrin komputer
4.06p.m
A.PA? Solat zuhur pada waktu yang sebegitu lewat...
Saya tanya kenapa?
Jawabnya:
"Masalah dalaman..."
.
Dalam hati saya berkata kesian Y****
Kemudian saya bertanya:
"Dorang tak bagi ko sembahyang yea?"
Jawabnya:
"Tidak secara terang tetapi secara halus...namun motifnya tetap sama."
Kemudian dia menyambung lagi:
"Solat pun di bawah tangga sahaja...tempat orang lalu-lalang"
Tersentap saya mendengarnya...
.
Pejabatnya sebuah pejabat yang bernama...jika saya tuliskan di sini saya pasti setiap dari anda pasti mengenalinya tetapi lihatlah situasinya
Sebuah bilik kecil untuk kemudahan solat untk pekerja yang beragama Islam tidak mampu disediakan...
A.TAU
Sengaja tidak mahu menyediakan...
Kerana tidak mahu terus-terusan ditindas sahabat saya mengambil langkah terakhir:
BERHENTI KER.JA!!!
.
Kemudian kami sambung lagi bicara
Semuanya berkisar tentang kehidupan dan pekerjaan
Saya mengenali sahabat saya ini sudah lama
Sudah pun 10tahun...
Dia salah seorang sahabat yang pernah merasa suka duka bergelar pelajar dengan saya...
Tetapi hari ini apabila mendengar ceritanya saya jadi malu...
Malu pada diri saya sendiri
.
Dia melalui kehidupan yang lebih berliku dari saya...
Tetapi dia tabah menghadapinya
Perjuangannya tidak berhenti di satu takuk
Usaha...usaha...dan terus berusaha
Sedangkan saya?
Saya mendapat pekerjaan yang sangat terjamin...
Gaji yang masuk tetap pada tariknya setiap bulan
Bagaimana sesakpun ekonomi...bagaimana gawatpun ekonomi...
Gaji saya tidak pernah dipotong walaupun sesen...
Tetapi berapa kali saya bersyukur?
.
Saya sepatutnya bersyukur dua kali ganda daripada dia...
Ah...manusia seperti saya memang selalu terlupa
Kepada sahabat saya itu saya doakan yang terbaik buat kamu:
.
"Semoga Allah Yang Maha Agung mempermudahkan kamu dalam setiap urusan kamu...membukakan kamu pintu rezeki yang halal lagi berkat...dan melancarkan perjalanan kehidupan kamu..."
AMIN...
.
Sahabat hanya ini bantuan yang dapat saya beri buat kamu
.
.
.
K.A.M.I
3 comments:
AMIN....
Ku insafi diri yg kdg2 lupa utk bersyukur ini
Semoga sahabatmu itu tabah...
Nyah sahabatmu ittew sudah berkahwin ker?
Oh cat rumah kaler biru pulak ek...
Bukankah kau amat menyintai kaler pink
kahkahkah
Bee,
Ayu pun tetiba jd insaf...
Kan...kita selalu lupa nak bersyukur dgn apa yg kita dh dpt sebaliknya selalu rasa masih byk yg belum kita dapat.Tapi kita lupa bukan kita org yg paling susah dlm donia pinjaman ini...
p/s:tukau baju baru yea...ayu loike...hihihihi
Mula-mula haruslah ku tegur dinding barumu ini...
Wah...wah...wah baru beberapa hari tdk ku jenguk blogmu telah bertukar dindingmu.
Nyah apa yg t'jd pd sahabatmu ittew adlh lumrah kehidupan
Yg di bwh mmg selalu ditindas.
Sbb itulah aku malas mahu bekerja
Cheh! Dasar alasan...
keh keh keh
Post a Comment