Tuesday, May 25, 2010

Biru Mata Hitamku

n3 ini adalah merujuk kepada layout baru blog saya...
akhirnya berjaya juga saya menukarnya...
tetapi saya masih di dalam mood menyesuaikan diri dengan layout baru ini...
tetiba rasa layout yang colourful ini sepertinya sedikit semak dan sesak
sebab dah biasa dengan layout yang putih bersih lagi suci itu
kahkahkahkah
saya sebenarnya bercadang nak tukar sikit-sikit jer dengan mengekalkan warna asalnya iaitu putih bersih lagi suci
te.ta.pi seorang sahabat dengan lantangnya bersuara

"setakat tambah coloum apa kes nyah? baik tak payah tukar langsung buang karen ajer!"

cis tercabar sungguh saya dengan kata-katanya lantas terus saya menukar keseluruhan layout blog.
ha! hambek kau biru mata hitamku
mula-mula tu tangan nih gatal jer nak pilih yang colour pinky dinky do
tetapi sekali lagi sahabat yang bermulut ce.lo.par itu menegur

"warna pink? alah tak matinya ko kalau tak pilih warna pink tuh...tak habis-habis dengan pink."

wah-wah-wah sesedap rasa jer mengata warna kesukaanku ittew!
lalu saya pun dengan beraninya memilih tema yang langsung tidak ada kena-mengena dengan kaler pink.
walaupun sebenarnya di hati saya bagai disiat-siat melihat beberapa layout dalam warna pink
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...nak kaler pink
tetapi pantang tok nenek ku tidak menyahut cabaran....
jadi inilah dia hasilnya....
entah berapa lamalah gamaknya saya boleh bertahan dengan layout baru ini
kihkihkihkih

Note:layout credit for http://www.btheme.info



K.A.M.I

No comments: