Baru hari ini saya benar-benar memahaminya...
Mengapa dikatakan malang itu tidak berbau...
Kalau boleh dibau...owh untungnya nasib badan...
.
Kisah yang menyayat hati sendiri ini berlaku pada hari terakhir bulan Mei...semalam
Dengan penuh bergaya dan bersemangatnya saya melangkah pulang menuju ke kereta
Saya hidupkan enjin dan beberapa saat kemudian porshe putih saya laju membelah jalan raya
Tang porshe putih tuh saya bohong!
.
Ketika melalui selekoh saya mulai merasa ada yang tidak kena dengan porshe putih saya
Porshe putih semakin memberat ke sebelah kiri...
Pemanduan jugak menjadi tidak seimbang...bagai ada taufan yang mengemudi porshe putih saya
Tayar tidak lagi mengikut kehendak stereng...
Ada yang tidak kena...saya berbisik di dalam hati
Ceh...rasa macam dalam drama pulok...
.
300meter di hadapan (sebenarnya saya tak pandai pun menganggar jarak...main sedap tangan menaip jer 300m) saya ternampak papan tanda petronas
Saya memberi signal ke kiri dan membelok masuk...
Dengan langkah yang penuh yakin saya melangkah keluar
Memeriksa tayar kereta dengan penuh gaya yang konon-kononnya saya ni seorang yang sangat tahu pasal kereta...Bermula dengan tayar sebelah kanan...semua OK!
Saya beredar ke sebelah kiri...Owh no! Itu kamu! Tayar kiri bahagian belakang pancit!!!
Saya panik seketika...tetapi saya tetap mengcontrol rupa paras saya agar nampak cantik berkeyakinan (boleh blah lah! keh keh keh)
.
Jari jemari saya yang meruncing (kononnya!) terus laju mendail nombor MR. Daddy...
Help! Help! saya perlukan pertolongan...tetapi hampa MR. Daddy tidak menjawab panggilan saya...
Saya cuba pula hubungi mangsa saya yang kedua...adik saya...juga tidak berjawab...
Cait! Seperti ada konspirasi mahu saya bertanggungjawab sendiri...
Tak pe...saya masih ada mangsa seterusnya...dan saya yakin mangsa ini pasti akan menjawab panggilan saya
Tekaan saya tepat! Panggilan saya berjawab
.
"Lang, tayar kete angah pancit...kalau setakat pam aja boleh tahan tak sampai klang? Angah dekat KLIA lagi ni..."
.
Begitulah kata saya sebaik sahaja mangsa menjawab panggilan saya
.
"Try pam dulu, kalau angin masih keluar kena tukar tayar...Kalau lepas pam masih keras bawa perlahan-lahan balik Klang. Tapi sampai Klang kena terus bawa pegi kedai tayar."
.
Saya dengan penuh gaya wanita anggung berkerjaya terus melangkah masuk ke petrol station dan berjumpa dengan salah seorang staff di situ (yang pastinya menjadi mangsa adalah pekerja lelaki)
.
"Err boleh tolong pam tayar kereta saya tak? Saya tak pandailah..."
.
Kah kah kah...Harap gaya jer anggun wanita bekerja tetapi setakat nak pam tayar keretapun tak reti...Bawak kereta dah berapa tahun?
.
Jadi kesimpulannya: sila belajar pam tayar kereta anda...
.
.
.
.
K.A.M.I
No comments:
Post a Comment