Wednesday, May 19, 2010

Berdua Lebih Baik

A.P.A.K.A.H???
Tidak! Tidak! Tolonglah jangan menyangka yang bukan-bukan...
Sebenarnya bermula malam ini mummy akan tinggal berdua sahaja dengan herokecil sebab our MR. Daddy kena bekerja di luar daerah...
Di Shah Alam
Chait!!!
Luar daerah lah sesangat...
MR. Daddy kena overninght kat sana selama 3hari 2malam
so.....
tinggallah mummy melayan kerenah si herokecil sengsorang
Ya Ampun semoga itu herokecil tidak buat perangai
Herokecil bila dengan mummy agak manja sikit (manja banyak kata MR. Daddy)
So mummy kena bersedia dari segi mental dan fizikal
Yang paling mummy risaukan ialah nak bawa dia naik kereta...
Sebab herokecil ini memang sangat-sangat tak pandai duduk diam dalam kereta...
Ada sahaja aktiviti yang mencabar fizikal hendak dibuatnya
Semoga herokecil duduk tenang dalam baby-sit dia
Kalau tak haruslah mummy bersilat sambil memandu
So kalau ada sesiapa yang nampak seorang wanita yang anggung bekerjaya bersilat di dalam kereta sila-silalah faham yea.....
Chai-yok! Chai-yok!
.
.
.
.
K.A.M.I

No comments: