Friday, April 9, 2010

Perlu Ke Begitu

Perlu ke kita menghebohkan kepada donia bila kita berjaya..?
Berjaya yang tak seberapa...
Perlu ke kita berbangga diri kalau kita berpangkat..?
Pangkat yang tak tinggi mana...
Perlu ke kita bercerita sana sini bila kita dah berkereta besar..?
Besar sikit dari viva forever...

Pening kepala melayan kerenah manusia yang jenis ini.
Asala jumpa jer soalan wajib dia kita dah tahu dah.

Kerja mana sekarang?

Gaji berapa?

Pakai kereta apa?

Masih tinggal kat rumah sewa yang sama ke?

Kalau setakat tanya tak apa.
Ini siap jaja lagi kisah kejayaan diri dia yang tak seberapa tu...
Hish malas nak dengar!

Aku sekarang dah naik pangkat dah

Aku baru tukar kereta...saja nak beli yang besar sikit

Aku baru beli rumah...alang-alang beli aku beli terus semi-D puas hati!

Hello..! Tak tanya pong.
Lantak ko lah nak beli rumah ker...nak tukar kereta ker...naik pangkat ker turun pangkat ker...
Do I look like I care?

Ya Allah mintak jauh lah dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk nih!



K.A.M.I

No comments: