Saturday, April 10, 2010

Amalan Murah Rezeki - bhgn. 1

Terdapat beberapa amalan yang baik untuk diamalkan supaya dimurahkan rezeki kita.
Amalan-amalan ini amat mudah untuk dipraktikkan.
So...marilah kita sama-sama mengamalkannya supaya dimurahkan rezeki kita...
.
.
1. Beribadah
Firman Allah dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hati mu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu". (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)
.
.
2. Banyakkan beristighfar
Sabda Nabi s.a.w.: "Barang siapa memperbanyak beristighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disamgka". (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
.
.
3. Tinggalkan Perbuatan Dosa
Sabda Nabi s.a.w : "...seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya". (Riwayat at-Tirmizi)
.
.
4. Berbakti dan Mendoakan Ibubapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan
.
.
5. Berbuat Baik dan Menolong Orang yang Lemah
Sabda Nabi s.a.w.: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah dikalangan kamu". (Riwayat Bukhari)
.
.
.
.
Renung-renungkan dan selamat beramal...
.
.
.
K.A.M.I

No comments: