Friday, April 30, 2010

Kehadiran Mei Yang Dinanti

Tinggal kurang daripada 30 minit lagi bulan Mei akan menjelmakan dirinya. Bulan Mei merupakan bulan yang paling sibuk untuk saya sepanjang tahun...tetapi kehadiran bulan Mei ini tetap saya nanti-nantikan...

Kenapa ek?

Hanya saya dan keluarga saya yang mengetahuinya...

Kahkahkahkah :)

Macam har...rem!

Mari saya bawa anda rentetan-rentetan kejadian-kejadian ngeri yang berlaku pada bulan Mei yang saya tunggu-tunggu ini...

1 Mei : Hari Pekerja - iaitu hari cuti umum tapi tahun ni sedikit mengecewakan sebab jatuh pada hari Sabtu iaitu pada hari yang saya tidak bekerja....waaaaaaaaaaa men-chik tau!

7 Mei : Ini hari yang paling penting sebab pada tanggal ini seorang wanita yang anggun bekerja akan bertambah umurnya saban tahun. Siapakah gerangan wanita anggun berkerja itu. Ya tepat sekali! Sayalah wanita anggun berkerja itu. Muahhahahahahaha...saya tahu ciri-ciri perasan ayu memang terserlah di situ...tapi saya pedulik hap-pa!

9 Mei : Hari jadi arwah abah saya...Walau arwah abah telah tiada tetapi tarikh ini tetap akan terus-terusan melekat di kotak fikiran saya walaupun sebenarnya saya tidak pasti samada fikiran saya berbentuk kotak, bulat ataupun bintang....

16 Mei : Hari Guru seMalaya. Saya ada ramai sahabat-sahabat yang bergelar guru yang bertebaran di muka bumi ini...sebab saya juga sebahagian dari mereka. Owh sila jangan salah faham ayat saya itu walaupun ia seolah-olah membawa maksud "saya adalah seorang guru". Pemahaman yang betul berbunyi begini: "saya seorang yang tidak jadi menjdi guru"... mode:keciwak!

18 Mei : Dua tahun yang lalu pada tanggal inilah saya dan MR. Daddy telah disatukan...semakin hari kita semakin sherashi bersama...kau rhasha apa yang aku rhasha..? Tetiba..!

27 Mei : Tarikh ini adalah tarikh hari jadi bonda saya yang terchenta. Ibu...ibu kaulah ratu hatiku...bila ku berduka engkau hiburkan selalu...ibu...ibu engkaulah ratu hatiku....lagu ini saya sumbangkan untuk bonda saya...

30 Mei : Hari Jadi adik ipar saya...Wah gitu...Nampaknya kita sama tapi tak sherupa. Kami sama-sama anak kedua...sama-sama independence...sama-sama bercita-cita tinggi...sama-sama...e-eh apa kes..?

Begitulah antara rentetan peristiwa-peristiwa penting yang dapat saya coretkan yang berlaku pada bulan Mei setiap tahun...Kalo nak ditulis semua rasanya setiap hari ada saja perkara yang berlaku pada bulan Mei...Jadi dengan itu saya sebagai penyimpan mohor besar raja-raja dengan ini mengumumkan bahawa bulan yang terpenting pada setiap tahun jatuh pada bulan Mei!



K.A.M.I

Thursday, April 29, 2010

Bila Saya Teruja...

...saya tercepat sebulan mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada bonda saya

kahkahakhakah....

Bonda saya gelak tak hengat!

Men-chik tau!

Itu adalah tanda yang saya tidak pernah melupakan tarikh hari jadinya...

Bulan jer yang kadang-kadang tak berapa nak hengat...

So untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang saya telah membulatkan tarikh hari jadi bonda besar-besar pada bulan kelahirannya...

Aduhai macam mana lah saya boleh tersilap sedangkan saya dan bonda lahir pada bulan yang sama...tarikh dan tahun saja berbeza....

kwang kwang kwang

Kesimpulannya...



Sayangilah ibu anda...




K.A.M.I

Monday, April 26, 2010

Aja Aja Fighting!!

Saya terjerit-jerit gedik bila melihat si herokecil mula melangkah.

1...2...3...

Okeh! duduk dulu.

Herokecil saya dah mula melangkah ke depan....

Saya seronok...

Herokecil dah mula jalan-jalan-jatuh...

Mungkin dalam seminggu dua nanti dah boleh berjalan laju...

Weeee-Wooooo...saya teruja tau!

Aja aja fighting!

Chai-yok! chai-yok!



K.A.M.I

Monday Blues

...kenapa hanya pada hari Isnin?

Setiap kali masuk jer hari Isnin mesti saya tanya perkara yang sama kepda diri sendiri

Tapi saya tak perdulik!

asal hari Isnin jer mood mesti ke laut...

uuuuuuu jauh tuh!

kehkehkeh

memang dah tak ada mood salahkan hari Monday tuh!

Tapi memang bebenor yeop...yong!

Asal hari Isnin jer...malas lebih...ngantuk lebih...penat lebih...segala-mala yang buruk tuh memang bertandang pada hari Isnin

Akibatnya produktiviti kerja pun menurun...nak nyalahkan hari Senin lah tu!

Kesimpulannya: makan banyak coklat pada hari Isnin...

Apa kes???



K.A.M.I

Friday, April 23, 2010

Hatiku Berbunga Riang

Kenapa?

Sebab hari ni hari Jumaat...

Esok cuti...

Lepas esok pun cuti jugak...

Saya sangat suka cuti...

Dok kat umah bergolek2 dengan itu herokecil...

Kik kik kik

Jadi selamat bercuti...

Tapi yang esok masih kena kerja selamat bercuti selepas hari esok...

Yang kerja jugak selepas hari esok?

Tak dapek den nak nolong de...

Pstt...Inchik Bangla pun coti hari Ahad

Kah kah kah..



K.A.M.I

Thursday, April 22, 2010

Hujan Rahmat Telah Turun

Bermula dari tengah malam tadi hingga sampai di office hujan rahmat telah turun. Oh, bukan hujannya si rahmat tapi hujan yang membawa rahmat...

Kata ustazah saya hujan itu turun bersama dengan rahmat dari-Nya. Jadi waktu hujan turun adalah salah satu waktu yang baik untuk berdoa...

Doalah mohon keampunan...

Doa mohon dipermudahkan kehidupan...

Doa dilapangkan rezeki yang halal lagi berkat...

Doa jadi pelajar yang baik, ibu bapa yang baik, anak yang baik...

Doa untuk kesejahteraan umat Islam sejagat...

Doalah apa saja...

Tapi doalah yang baik-baik...

Allah itu Maha Pemurah Maha Penyayang

Tapi kalau sekali kita berdoa tapi tidak terus dikabulkan janganlah kita berputus asa. Doa perlu dengan usaha, KAlau sudah berusaha tapi tidak juga tertunai hajat kita jangan kita menyalahkan takdir. Sesungguhnya takdir Allah itu adil untuk semua hamba-hambaNya. Buka mata dan minda kita. Renung sedalam-dalamnya. Saya pernah kata kadang-kadang sesuatu yang kita inginkan itu sebenarnya tidaklah baik untuk kita tetapi sesuatu yang kita tidak mahu itu yang terbaik buat kita. Bukankah Allah itu Maha Melihat segala yang tersembunyi dan Maha Tahu segala yang terselindung di langit dan di bumi.

Saya juga begitu. Saya mahu berkerja keras untuk jadi kaya. Hidup senang-lenang, dilimpahi wang ringgit. Dihormati, disegani dijadikan contoh dan ikutan. Tetapi saya terfikir kalau saya jadi kaya mungkin saya akan lupa diri. Mungkin saya sombong, bongkak, taksub dengan kekayaan yang saya miliki sedangkan semua itu pinjaman di dunia semata-mata, di akhirat jua saya kekal selamanya. Saya pasti menjauh dari Pencipta saya. Tidak lagi mahu sujud kepada-Nya kerana saya sibuk dengan harta benda saya. Atau jika saya tidak begitu mungkin saya hidup dalam ketakutan. Bimbang akan keselamatan keluarga saya, harta benda saya, wang ringgit saya. Hidup saya tidak juga tenang.

Dengan kehidupan saya sekarang saya bahagia. Ada masa dengan keluarga. Boleh memasak makanan kegemaran saya. Pulang ke kampung menjenguk ibu dan bapa. Berhujung minggu dengan MR. Daddy dan herokecil saya. Saya tak kaya tapi saya bahagia. Hidup saya tidak bimbang dan resah. Saya selalu mengingatiNya kerana saya banyak permohonan kepada-Nya. Jadi bila saya fikir-fikir semula saya rasa lebih baik saya begini sahaja. Tidak kaya tidak juga papa kedana. Sedang-sedang sahaja.

Anda? Renungkan semula dan andalah penentunya...



K.A.M.I

Wednesday, April 21, 2010

Belum Rezeki Saya

...untuk sambung belajar

Yea memang saya dah terima tawaran untuk menyambung semula pengajian saya yang tertangguh dahulu

Tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan saya terpaksa menangguhkan pengajian saya sekali lagi

Bermakna tertangguh untuk tempoh lagi setahun

Sedih?

Sangat-sangat sebenarnya tetapi saya ambil dari sudut positif

Saya beritahu diri saya mungkin saya sangat menginginkannya tetapi Allah lebih tahu apa yang perlu untuk saya

Kadang-kadang kita sangat mahu sesuatu itu tetapi ada benda lain yang kita lebih perlu so kita kena pilih yang kita mahu atau yang kita perlu

MR. Daddy turut terkesan dengan keputusan saya tetapi masa saya tidak berakhir di sini

Insya-Allah panjang umur saya satu hari nanti impian saya akan tercapai juga

Doakan untuk saya

Sekarang, masa untuk asya menyelesaikan misi saya




K.A.M.I

Monday, April 19, 2010

Hohohoho Balik Kampung

...hohoho balik kampung...

hati girang...

K.A.M.I pulang ke kampung mummy weekend lepas.

Si herokecil bukan main happy go lucky lagi

Macam-macam aksi ditunjukkannya depan atok & wan dia

Berjoget lah dia

Buat macam-macam memek muka

Buat macam-macam bunyi

Bercakap itu ini

Memang nampak sangat happy nya

Malam tidur pun lambat, asyik nak main saja...letih melayannya

Tapi K.A.M.I memang enjoy sebab herokecil enjoy




K.A.M.I

Thursday, April 15, 2010

Dia Buat Hal Lagi...

Pukul 8.30 p.m herokecil dah nyenyak tidur.

Mummy pulak layan Phua Chu Kang.

MR. Daddy merajinkan diri membasuh pakaian si herokecil.

Pukul 9.00 p.m Mummy pun terlelap sebaik habis aja Phua Chua Kang.

Pukul 11.00 p.m herokecil dah mula merengek dalam buaian.

Makin lama makin kuat rengek si herokecil...dah mula berpusing-pusing...dah macam spinning gasing.

Mummy bangun angkat herokecil letak atas tilam.

Masih lagi merengek.

Berpusing ke kiri tergolek-terlentang...pusing pulak ke kanan bergolek lagi-terlentang lagi.

Mata pejam tapi mulut tetap menyanyi.

MR. Daddy hilang sabar, tinggikan suara terus si herokecil melalak. Mummy angkat peluk diam balik. Mummy pulak hilang sabar. Mummy tinggi suara terus MR. Daddy diam.

**ayat terakhir tu mummy tokok tambah jer**

Mummy dukung herokecil keliling rumah yang besar sekangkang kera tu. Keluar-masuk-bilik-ke kiri-ke kanan. Diam aja si herokecil tapi mummy pulak yang tak lalu.

Pukul 12.15 a.m mummy ajak MR. Daddy bawa herokecil naik kereta round-round keliling taman.

Masuk simpang kiri-keluar simpang kanan. Masuk bulatan-keluar traffic light. Habis satu taman tu MR. Daddy pusing, herokecil terlelap atas pangkuan mummy. Langsung tak merengek dalam kereta. Habis separuh tangki minyak kereta bawa itu herokecil pusing taman.

Balik ke rumah pukul 1.05 a.m. Masuk rumah herokecil terjaga. Kasi tepuk-tepuk montot dia tidur balik.

Pukul 1.15 a.m herokecil lena, MR. Daddy pun dah berdengkur...barulah mummy membaringkan diri dan tidur...



K.A.M.I

Wednesday, April 14, 2010

Saya Keletihan

Semenjak dua menjak bermenjak-menjak ni herokecil tidur tak lena...

Asyik terjaga ja...pastu merengek-rengek...

Tapi mata tetap pejam...mulut je yang berbunyi-bunyi tanpa dapat diketahui butir bicaranya sebab herokecil tak pandai bercakap lagi...ngeh ngeh ngeh

Ditimang-timang tak moh

Disumbat susu pun tak moh

Diayun dalam buaian pun tak moh

Mati kutu mummy jadinya...

Aiyooooo letih betul badan saya kalau setiap malam itu herokecil buat ini perangai

Biasa dia mula buat perangai macam tu sekitar pukul 2.00 a.m sampai pukul 5.00 a.m

Malam tadi pun sama...

Dek kerana ketidaklaratan badan saya yang melampau terpaksalah MR. Daddy take over menjaga itu herokecil waktu tempoh meroyan herokecil tiba

Terima kasih yea MR. Daddy...Nanti malam mummy masak special lagi....




K.A.M.I

Monday, April 12, 2010

Minggu Baru di Bulan April

Mari mulakan dengan bismillah...
.
Ukir senyuman yang manis...
.
Ikrar dalam hati untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam...
.
Susun jadual kerja...yang dahulu didahulukan...yang kemudian dikemudian...
.
Berusaha menghindari dosa...
.
Jangan lupakan sarapan...
.
Membantu mereka yang memerlukan sedaya yang mungkin...
.
Kurang-kurangkan bergosip...takut terbuat fitnah atau terdengar umpatan ke atas orang lain...
.
Kurangkan kontroversi...tingkatkan prestasi...
.
.
.
K.A.M.I

Sunday, April 11, 2010

Amalan Murah Rezeki - bahagian 2

Saya bawa sambungan amalan murah rezeki...
6. Tunaikan Hajat Orang Lain
Sabda Nabi s.a.w.: "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)
7. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat
8. Menjalain Silaturrahim
Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungkan sanak-saudaranya". (Riwayat Bukhari)
9. Amal Kekal Berwuduk
Baginda s.a.w. bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
10. Bersedekah
Nabi s.a.w berasbda kepada Zubair bin al-Awwam: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a)
Renung-renungkan dan selamat beramal...


K.A.M.I

Saturday, April 10, 2010

Amalan Murah Rezeki - bhgn. 1

Terdapat beberapa amalan yang baik untuk diamalkan supaya dimurahkan rezeki kita.
Amalan-amalan ini amat mudah untuk dipraktikkan.
So...marilah kita sama-sama mengamalkannya supaya dimurahkan rezeki kita...
.
.
1. Beribadah
Firman Allah dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hati mu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu". (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)
.
.
2. Banyakkan beristighfar
Sabda Nabi s.a.w.: "Barang siapa memperbanyak beristighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disamgka". (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
.
.
3. Tinggalkan Perbuatan Dosa
Sabda Nabi s.a.w : "...seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya". (Riwayat at-Tirmizi)
.
.
4. Berbakti dan Mendoakan Ibubapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan
.
.
5. Berbuat Baik dan Menolong Orang yang Lemah
Sabda Nabi s.a.w.: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah dikalangan kamu". (Riwayat Bukhari)
.
.
.
.
Renung-renungkan dan selamat beramal...
.
.
.
K.A.M.I

Friday, April 9, 2010

Perlu Ke Begitu

Perlu ke kita menghebohkan kepada donia bila kita berjaya..?
Berjaya yang tak seberapa...
Perlu ke kita berbangga diri kalau kita berpangkat..?
Pangkat yang tak tinggi mana...
Perlu ke kita bercerita sana sini bila kita dah berkereta besar..?
Besar sikit dari viva forever...

Pening kepala melayan kerenah manusia yang jenis ini.
Asala jumpa jer soalan wajib dia kita dah tahu dah.

Kerja mana sekarang?

Gaji berapa?

Pakai kereta apa?

Masih tinggal kat rumah sewa yang sama ke?

Kalau setakat tanya tak apa.
Ini siap jaja lagi kisah kejayaan diri dia yang tak seberapa tu...
Hish malas nak dengar!

Aku sekarang dah naik pangkat dah

Aku baru tukar kereta...saja nak beli yang besar sikit

Aku baru beli rumah...alang-alang beli aku beli terus semi-D puas hati!

Hello..! Tak tanya pong.
Lantak ko lah nak beli rumah ker...nak tukar kereta ker...naik pangkat ker turun pangkat ker...
Do I look like I care?

Ya Allah mintak jauh lah dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk nih!



K.A.M.I

Thursday, April 8, 2010

Ikan Bawal Bakar

emmm...yummy yummy

Menu K.A.M.I malam ini...
Bawal bakar ini air tangan MR. Daddy..
Si mummy tu pula cuma arah-arah dari jarak jauh
MJJ (baca: memasak jarak jauh)
ahaks!


Sooooooooo sedap...
yummy yummy
Korang pun cubalah...
Senang jer nak buat...
1. Bentang daun pisang
2. Lumurkan dengan sambal / cili giling
3. Letak ikan bawal
4. Lumurkan ikan bawal dengan sambal yang lebih tu
5. Balut ikan bawal dengan daun pisang
6. Panggang atas kuali leper dengan api sederhana

Selamat mencuba
bruuuup!!! ops! sorry

K.A.M.I


Minggu Yang Sibuk...

gambar hiasan dari Inchik Google
Daripada hari Isnin sampai hari n3 ini ditulis saya sangat sibuk.
Macam-macam tugasan yang menanti...
Tapi sempat juga nak berblog...
hikhikhik
Dari hari Isnin sampai pagi tadi saya dengar MR. Daddy merungut
Dia tak suka suasana tempat kerja dia
Macam-macam gelagat manusia yang menyakiti hatinya
Kesian MR. Daddy saya...
Tapi saya tak dapat nak tolong apa-apa kecuali...
Mendengar saja.
Saya tengah merancang sesuatu untuk MR. Daddy keluar dari kekusutan tempat kerjanya itu
Tetapi mungkin di waktu yang terdekat ini...
Saya ada macam-macam planning tapi saya belum ada jalan untuk menjayakan planning saya itu
Jadi sekarang saya tengah cari jalan untuk menjayakan planning saya...
Saya cuma mahu MR. Daddy gembira sahaja...
Sebab..
Bila dia gembira saya akan gembira juga...
K.A.M.I

Sunday, April 4, 2010

Sepetang di Tanjung Harapan

...atau lebih dikenali sebagai Tanjung Gila
Kenapa? Jangan tanya mummy sebab mummy pon tak tahu
Biasanya orang datang sini sebab nak tengok sunset...
Ada juga yang datang sebab nak berdating gituh!
Berdok-sa tau (kata adik mummy...dosa yang besar gituh!)
Ada juga yang datang sebab nak makan seafood
Ada yang datang untuk beriadah bersama keluarga...
K.A.M.I datang sebab...
nak lepak-lepak
nak dating
nak tengok sunset (tak sempat pon)
nak beriadah
So...layanz gambar yang sempat mummy capture...
(guna camera phone jer...challenge ngan MR. Daddy)


letak gambar buah hati dulu


buah hati lagi...


moment sebelum sunset

satu lagi moment sebelum sunset (gambar yg mummy paling suka)


kapal persiaran dari german (kata MR. Daddy)


kapal kontena yang penuh dengan kontena...
Lain kali K.AM.I bawa anda ke tempat lain pula okeh!
K.A.M.I

Menu Tengahari K.A.M.I

K.A.M.I pergi Tesco nak cari barang-barang dapur yang dah habis...
Tapi...
Sampai aja kat tesco...
Ya Rabbi umat manusia ramainya!
Troli habis!
Raga pun habis!
K.A.M.I copet raga kat kaunter pembayaran...


MR. Daddy yang pilih barang...
Sikit sayur sikit ayam
Lain-lain tak boleh nak beli...
Jangan kata nak beli nak pilih pun ampun..!
Mummy dengan Irfan ke tempat yang kurang manusia...


Dan inilah menu tengahari K.A.M.I dengan lauk yang dapat dibeli...
Ta-daaaa!


mee sup + milo ais gelas besar
Mee sup dengan milo ais gelas besar...

Gelas besar?

tu koleh okeh!
K.A.M.I

Saturday, April 3, 2010

Apa Nak Buat?

Hujung minggu datang lagi...


K.A.M.I tak planning nak buat apa-apa atau nak pergi mana-mana hujung minggu nih.


K.A.M.I cuma nak duduk di rumah berehat sahaja...


Nak habiskan masa mengemas rumah...(kononnya!)


Nak main dengan hero kecil...


Lagipun itu herokecil sudah pandai berdiri...eh labih lagi!


Sudah pandai memanjat..!


Herokecil pun dah mula pandai melangkah bertapak-tapak guna kerusi...


Ibarat kerusi tuh jadi tongkat sakti dia pula


Tapi pening kepala asyik nak mengejar dia jer


Pulak tuh lagi dikejar lagi laju dia melangkah sambil terjerit-jerit seronok bila kena kejar...


Itulah herokecil mummy...


Mummy sayang herokecil sangat-sangat, banyak-banyak....


gambar herokecil sebagai hiasan
K.A.M.I

Friday, April 2, 2010

Akhirnya


Akhirnya berjaya juga saya menyiapkannya...


Proses yang paling lama dan sangat panjang...


Sangat menguji kesabaran dan ketekunan...


Bermula dari saat ia tiba di rumah saya hinggalah ke hari saya memakainya...


Hanya minat dan kesabaran yang tinggi dapat menghasilkannya...


Apa yang mummy mengarut ini?


Ta-daaaaaaaaaa!!!!!



baju kurung warna pink...


mummy jahit manik tau..!

Mummy jahit sendiri OK!

K.A.M.I