Tuesday, July 7, 2015

Dah Julai Pun

Assalamualaikum

Ampunlah dah masuk Julai pun. Parah betullah sekarang ni. Sebulan satu entry jer naik, tapi rasa sayang lagi dengan dunia blogging ni.

Sebab kat sinilah boleh merapu meraban yang tak tentu hala.

Tapi tahun ni aktiviti agak padat termasuk dengan kerja-kerja opis. Ad-hoc yang paling tak tahan. Tapi tak pelah itukan tugas kita. Buat jer selagi masih dalam capaian kerja kita. 

Dah 21 hari Ramadhan dan tinggal lagi 9 hari nak raya.

Bulan-bulan poser ni macam biasalah sesaknya jalan macam kan..... haih malas nak cakap.

Kadang-kadang try jugak bawa-bawa bersabar tapi selalunya memang hilang sabar. Macam kan dia sorang jer yang nak cepat balik rumah. Kita ni konon-kononnya cuma nak makan angin bersesak atas jalan tu...tolonglahhhhhhhh.

Raya tahun ni kittew tak balik kampung sebab pakar motivasi tuttttt kata itu salah satu cara penjimatan. Ish...ish...ish... manalah dia belajar agaknya ek. Nilai kekeluargaan itu kan sangat tinggi. Hari ni kalau kita buat pada ibu bapa kita macam tu, one day anak-anak pula akan buat pada kita. Mahukah?

*geleng-geleng kepala*

Eh, sepanjang bulan Ramadhan ni banyak tak dapat bubur lambuk. Paling famous for sure bubur lambuk kampung baru. Tapi saya tak makan bubur lambuk sebab dalamnya ada daging. Saya tak makan daging. Selalunya bahagian saya, saya akan beri pada kawan-kawan opis yang lain. Lebih baik begitu daripada membazir kan.

Oh kuih raya tahun ni pun tak beli. Sebab :
1) Cuti raya tak panjang
2) Orang datang raya tak makan pun kuih raya
3) Kitorang anak-beranak memang kureng sikit kuih raya ni, lebih kepada kerepek-kerepek jer.

Korang???

Eh dahlah. Kan dah kata memang suka mengarut jer bila buat entry.

Tata-titi-tutu




No comments: