Friday, November 15, 2013

Pentingnya Pas Pekerja

Assalamualaikum dan Salam pagi Jumaat allsssss.

Pagi Jumaat pergi kerja ditemani hujan lebat. Hujan rahmat. Yang tak rahmatnya bila ada driver dah hujan lebat pun tak reti-reti nak pasang lampu. Nak jimat elektrik ke apa??? Pasang lampu waktu hujan bukan sebab ko tak nampak jalan tapi sebab driver lain tak nampak ko. Reti????

Ok habis mukadimah yang tak ada kena mengena dengan tajuk entry. Ini nak cerita pasal pas kerja. Tahu kan pas kerja tu apa. Tak tahu sila hantuk kepala dekat dinding.

Ini satu contoh pas pekerja yang vouge.

So kenapa pas pekerja ni perlu??? Teringat satu kes yang jadi di Putrajaya baru-baru ni. Kebetulan arwah mangsa tu saya kenal. Beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Orang ramai yang cuba membantu try nak on handphone mangsa tapi tak ada bateri. So last choice diorang sebarkan gambar pas pekerja mangsa dalam laman sosial. Minta sesiapa yang kenal mangsa untuk hubungi diorang.

Long story cut to short...akhirnya majikan dan keluarga mangsa dapat dihubungi. See betapa membantunya pas pekerja ni. Maybe ada yang fikir IC, lesen semua kan ada. Ye andaikan waktu berlaku kecelakaan tu semua barang berharga korang di curi. Maklum saja kan rakyat Malaysia ni macam-macam ragamnya. So benda yang terakhir yang mungkin tinggal dengan korang adalah pas pekerja.

Jadi kesimpulannya pakailah pas pekerja korang tu. Janganlah segan-segan ek. Walaupun sedar diri yang gambar pada pas pekerja tu buruk nak mati. Akulah tu. Sekurang-kurangnya ia mungkin dapat membantu di dalam waktu kecemasan. 


No comments: