Monday, December 24, 2012

Salah Sendiri OK!!!

OK Ahad lepas kami balik rumah IBU di Sungai Besar.
Balik hari Sabtu pagi yang tak berapa nak pagi.
Dah beritahu pada MR. Daddy balik ni terus settlekan urusan penting dulu.
Maknanya nak singgah sana singgah sini singgah situ.
MR. Daddy macam biasa turutkan sahaja kehendak isteri tercinta yang purak-purak sibuk.

Biasanya dari Putrajaya balik ke Sungai Besar kami akan ikut Setia Alam, masuk Kapar terus ke Kuala Selangor.
Hari tu MR. Daddy buat perangai.
Sampai simpang Setia Alam dia tak masuk.
Mula-mula ingatkan dia terlajak ke apa sebab MR. Daddy ni ada satu perangai.
Dia kalau drive dan bersembang memang dia pandai leka dan lupa sembang.
Lagi teruk dia lupa dia nak pergi mana.
So saya tanya.

"Eh, itukan simpang Setia Alam, tak masuk ke?"

"Abang nak cuba ikut LATAR. Abang dapat email, highway LATAR dah buka. Ada exit ke Kuala Selangor."

Oh, ok so saya pun diam.
Sekali dia boleh salah jalan.
Nak U-turn memang tak dapat lah.
So masuk ke Subang.
Sampai satu simpang tiga dia pilih hala ke Shah Alam.
Saya is kompius.

"Bukan patutnya kita masuk ke kanan ke pergi hala Sungai Buloh. Kat situ kat exit ke LATAR?"

"Itu dah tembus Sungai Buloh. Ini kita nak ikut atas Sungai Buloh tu. Tak lalu pun Sungai Buloh."

"Iye ke, honey rasa kat simpang Paya Jaras tu exit dia."

"Tak, dalam email yang abang dapat tu memang tak lalu Sungai Buloh."

Fine.
Tapi dalam hati tetap tak puas hati.
Dah rasa dah mesti salah jalan nanti.

Beria ko patah balik naik Shah Alam, masuk Guthrie.
Tempuh jalan sesak, bayar lagi tol.
Mak Inchik diam jer kat belakang.
Malas nak komen.

Sekali ko dah gigih patah balik, bayar tol bagai tembusnya kat mana?
Sungai Buloh dek non!
Seperti apa yang telah saya katakan.
Mak Inchik diam lagi dekat belakang.
Member dah mula frust.

Kena lalu dulu jalan lama tu baru ada exit ke LATAR.
Masuklah juga buat puaskan hati.
Katanya pancung terus ke Kuala Selangor kennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Tapi saya tahu turunnya di mana.

Sekali highway tu habis di Ijok.
Jalan ke depan belum dibuka.
Iyeeeee...hanya samapai di IJOK!!!
Kuala Selangor lah sangat.
Waktu ni member memang dah betul-betul frust.
Startlah membebel.

Serius menipu!
Serius vodoh gilerr!
Serius buang masa!
Serius bazir duit tol!
Serius bazir minyak!

Itu jerlah yang MR. Daddy dok ulang-ulang.

Hellllooooooooooooooooooooooooooo
Serius mak inchik stress!

Pengajarannya ikut jerlah jalan biasa tu.

No comments: