Sunday, December 30, 2012

Mempersembahkan....

Marilah kittew kenalkan gadget baru kittew.
Samsung Galaxy Note 2.
Hadiah hari jadi.
Tapi bukan birthday saya, birthday MR. Daddy.
Cool kan birthday orang lain, orang lain yang dapat hadiah.

MR. Daddy ni memang ada satu tebiat.
Kadang-kadang syok jugak layan tebiat ni tu.
Kadang-kadang baran juga dibuatnya.
Tebiat dia ialah tiap kali kalau dia ada nak beli apa-apa, dia mesti beli dua.
Macam dia beli jam, dia akan beli sepasang.
Satu untuk dia satu untuk saya.
Syoklah kan ;)
Tapi kalau barang tu saya dah ada tensilah jadinya.
Macam dia nak beli baju, mesti ajak saya beli juga.
Hohoho nak suruh lemari tu runtuh ke simpan baju banyak-banyak.

28.12.12 hari tu besday dia.
Nak handphone katanya.
Jadi seperti biasa.
Satu untuk dia, satu untuk saya.
Tapi MR. Daddy ambik iPhone.
Member tak minat Samsung.
El-leh tak mo geng.

Mine... Samsung Galaxy Note 2 putih


Saturday, December 29, 2012

Gadget Baru uolllls

Bersiaran dari gadget baru uollls.
MR. Daddy belanja galaxy note 2 colour putih.
Iollls suka ♥

Mode : menunjuk- nunjuk ♡♥♡♥♡♥

Normal vs. Caesarean

Berbicara tentang kaedah kelahiran bersama Dr. Eby Safiah pe.rah.san.
Mana satu pilihan kalbu?
Normal atau caesarean?
Tingkap atau pintu?
Sakit sebelum atau selepas?

Anda ada 3 talian hayat.
1. Berbincang dengan suami
2. Berbincang dengan doktor
3. "Berbincang" dengan Allah
Dan pilihan terakhir di tangan anda.

Saya?
Allah bagi saya rasa kedua-duanya.
Caesarean untuk Irfan.
Normal untuk Nuha.
Hoi punyalah berdebar masa nak normal tu.
Bukan berdebar masa nak bersalin, masa tu tak sempat dek non nak pikiaq berdebar...dok tahan sakit jer.
Berdebar masa sembilan bulan sebelum bersalin tu.
Masa preggy.
Lagi-lagi tiap kali check-up doc dok tanya ulang kali, yang second ni nak scissors ke normal.

Masa bersalinkan Irfan sudah tertulis suratan takdirku yang Irfan keluar ikut tingkap.
Tapi bukan schedule caesarean.
Sempatlah rasa sakit contraction sehingga bukaan 7cm.
Sakit weh...
Dah lah masa tu buat keras hati langsung tak ambil any pain killer.
Sekali doc pakar datang jenguk kata heart baby dah bunyi depression.
Baby dah lemas so mesti emergency caesarean.

Oleh kerana itu pengalaman pertama so merelakan sahaja apa yang doc perkatakan.
Lagipun waktu tu sakitnya ya ampun.
Masa operation memang tak rasa apa.
Tapi tunggu lepas dah settle.
Lebih kurang lepas 2jam ubat bius dah habis kesan, masa tu kau mula rasa perit dekat perut tu.
Tapi jangan bimbang ubat tahan sakit akan sentiasa diberi, like my case for 5 days.

Waktu preggy Nuha cekalkan hati untuk cergas walaupun mabuk teruk.
Banyakkan berjalan,buat kerja rumah sikit-sikit.
Empat bulan pertama memang tak mampu buat apa.
Keluar-masuk hospital jer.
Berar hilang sampai 15kg.
Menangis slim world kalo dengar.

Alhamdulillah Nuha lahir secara normal dan awal seminggu.
Itupun mak inchik ada sikit suspend.
Start betul-betul sakit pukul 6.30 ptg.
Pukul 9.00 malam 6 orang doc datang dengan 3 orang nurse.
Salah seorangnya pakar bedah.
I is cuak.
Operation lagi ke?
Then doc kata baby depression.
Again?
Masa ni hanya berserah.
Sekali check dah buka 10cm.
Memang tak tunggu terus push, 9.30 Nuha lahir.
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.

So pada pengalaman saya yang tak seberapa ni,
kalo disuruh pilih saya mahu bersalin normal.
Memang sakit masa tunggu jalan buka tapi sakitnya tidak lama.
Masa scissors nak batuk, nak bersin pun ngeri.
Sakitnya hanya mereka sahaja tahu.
Anda bagaimana?
Normal atau caesarean?
Published with Blogger-droid v1.7.3

Monday, December 24, 2012

Salah Sendiri OK!!!

OK Ahad lepas kami balik rumah IBU di Sungai Besar.
Balik hari Sabtu pagi yang tak berapa nak pagi.
Dah beritahu pada MR. Daddy balik ni terus settlekan urusan penting dulu.
Maknanya nak singgah sana singgah sini singgah situ.
MR. Daddy macam biasa turutkan sahaja kehendak isteri tercinta yang purak-purak sibuk.

Biasanya dari Putrajaya balik ke Sungai Besar kami akan ikut Setia Alam, masuk Kapar terus ke Kuala Selangor.
Hari tu MR. Daddy buat perangai.
Sampai simpang Setia Alam dia tak masuk.
Mula-mula ingatkan dia terlajak ke apa sebab MR. Daddy ni ada satu perangai.
Dia kalau drive dan bersembang memang dia pandai leka dan lupa sembang.
Lagi teruk dia lupa dia nak pergi mana.
So saya tanya.

"Eh, itukan simpang Setia Alam, tak masuk ke?"

"Abang nak cuba ikut LATAR. Abang dapat email, highway LATAR dah buka. Ada exit ke Kuala Selangor."

Oh, ok so saya pun diam.
Sekali dia boleh salah jalan.
Nak U-turn memang tak dapat lah.
So masuk ke Subang.
Sampai satu simpang tiga dia pilih hala ke Shah Alam.
Saya is kompius.

"Bukan patutnya kita masuk ke kanan ke pergi hala Sungai Buloh. Kat situ kat exit ke LATAR?"

"Itu dah tembus Sungai Buloh. Ini kita nak ikut atas Sungai Buloh tu. Tak lalu pun Sungai Buloh."

"Iye ke, honey rasa kat simpang Paya Jaras tu exit dia."

"Tak, dalam email yang abang dapat tu memang tak lalu Sungai Buloh."

Fine.
Tapi dalam hati tetap tak puas hati.
Dah rasa dah mesti salah jalan nanti.

Beria ko patah balik naik Shah Alam, masuk Guthrie.
Tempuh jalan sesak, bayar lagi tol.
Mak Inchik diam jer kat belakang.
Malas nak komen.

Sekali ko dah gigih patah balik, bayar tol bagai tembusnya kat mana?
Sungai Buloh dek non!
Seperti apa yang telah saya katakan.
Mak Inchik diam lagi dekat belakang.
Member dah mula frust.

Kena lalu dulu jalan lama tu baru ada exit ke LATAR.
Masuklah juga buat puaskan hati.
Katanya pancung terus ke Kuala Selangor kennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Tapi saya tahu turunnya di mana.

Sekali highway tu habis di Ijok.
Jalan ke depan belum dibuka.
Iyeeeee...hanya samapai di IJOK!!!
Kuala Selangor lah sangat.
Waktu ni member memang dah betul-betul frust.
Startlah membebel.

Serius menipu!
Serius vodoh gilerr!
Serius buang masa!
Serius bazir duit tol!
Serius bazir minyak!

Itu jerlah yang MR. Daddy dok ulang-ulang.

Hellllooooooooooooooooooooooooooo
Serius mak inchik stress!

Pengajarannya ikut jerlah jalan biasa tu.

Saturday, December 22, 2012

Atap-atap + Q-Thai Steamboat

Cerita makan-makan lagi.
Boleh ek...
Tak boleh pun ah-kak tak pedulik.
Sila bagi laluan kepada ibu muda yang baru habis pantang nih.
Baru lah sangat!

Actually makan dekat sini last week.
Restoran ni dekat Giant Nilai.
Saya pun tak tahu sebenarnya yang mana satu nama sebenar restoran ni.
Sebab dia ada dua side.
Satu side - hijau ---> Atap-atap.
Yang satu lagi side - purple ---> Q-Thai Steamboat.
Peminat tegar Harimau Malaya jangan marah aaaaaaaaaaa ah-kak makan dekat restoran Thai.
Ah-kak tak mampu nak boikot Thailand.

Rasa dia macam mana nak kata ek?
Emmmmmmmmmmmmmmmmmm so-so saja.
Sedap sangat tidak, tak sedap pun tidak.
Oh, kalau saper perasaan Q-Thai Steamboat tu Rashid Sidek yang jadi dutanya.




Gambar atas ni semua menu di Atap-atap. Jenis bakar-bakar. Harga pada saya adalah standard.





OK yang ini pula menu untuk Q-Thai Steamboat. Mampu noks nak boikot.
Sekarang dah rasa lapar....lagi-lagi bila tengok udang dengan ketam tu.
*lap air liur*

Gambar makan-makan dah letak.
Sekarang beri laluan pada tuan tanah dan keluarga keciknya.

Tuan tanah dengan anak-anaknya. Amboi kemain besor lagi mulut kamu menguap yer Nuha.
Abang buat peace.
Tapi kali ni buat empat jari sebab katanya dua jari untuk dia dua jari untuk adiknya since adik belum pandai nak peace lagi.
Alolololololo abang...so sweet.


Oh pipi...kemain lagi.
Itupun mami bising dok kompelen kata Nuha ni tak cukup tembam.
Tapi bila dukung merungut pula kata beratlah, tak laratlah, lenguh tanganlah.
Nak tembam macam mana lagi mami oiiiiiiiiiiiii.

Ini selingan.
Tak boleh tahan lah tengok barang baby girl nih.
Patutlah MR. Daddy tak sabar-sabar nak anak perempuan.
Hohohoho comey-comey semuanya.


Sunday, December 16, 2012

Paparich

Semalam, seperti yang dijanjikan MR. Daddy bawa pergi shopping.
Tapi...semalam sedih sikit.
Dua beradik tu boleh buat perangai.
Grrrrrrr sabar jerlah.
Penyudahnya dari senarai barang yang panjang melebar separuh jer dapat dibeli.
Selebihnya lain kali lah alamatnya.

OK, sebelum shopping tu MR. Daddy ajak makan dulu.
MR. Daddy cadangkan Paparich.
Lagipun MR. Daddy ada appoinment dengan...ntah saper ntah.
Saya macam...paparich? *buat muka pelik*
Then MR. Daddy kata ramai cakap paparich sedap.
Apa? Ramai cakap sedap?
Ini tak boleh jadi.
Mak yang ke-po-chi ni tak rasa lagi.
Ketinggalankah?
Tak boleh jadi...tak bolah jadi...
*geleng-geleng kepala muka tak puas hati*

Masuk terus tengok menu.
*muka kerek*
Lalu orderlah nasi lemak dan coffe cham milo (hot).
MR. Daddy nasi ayam dan milo ais.
Yea memang kg.com pergi manapun itulah jugak menunya.
Ngeri uolls nak tukar menu.




Service memang pantas.
Tak sampai 15min order dah sampai.
Hmmm tengok macam biasa jer.
Nasi lemak kennnn.
Eh, sekali rasa not bad.
Saya suka ayam dia.
Lembut ko, masak sempurna.
Bayangkan saya makan hanya guna satu tangan.
Helloooooooooooooooooo bukan sebab cacat okeh.
Sebelah tangan lagi ampu Nuha tengah menyusu.
Pun ayam tu licin okeh saya kerjayakan.
Bayangkan kalau guna dua-dua tangan, harus tulang pun ku kunyah.

Ok, saya suka paparich.
For me makanannya mengikut taste saya.
Next time boleh pergi lagi.
Kali ni harus kucuba menu lain pula.
Cuma harganya agaklah _________________ (<-- isi="" kosong="" nbsp="" tempat="">

Saturday, December 15, 2012

Hello Dunia

*ehem ehem*
Assalamualaikum all.
Pagi ni bangun dengan senyuman.
Sebab semalam ada orang janji dengan saya nak bawa saya pergi shopping.
Hip hip hoorey
Hip hip hoorey
*senyum sorang-sorang sambil lompat bintang*

Uih lamanya tak jalan-jalan dekat shopping mall.
Kiranya hari ni kita akan buat misi membalas dendam.
MIA-HA-HA-HA
Ketawa syaitonnirrajim.

Dalam hati dah dok berkira-kira nak beli apa.
Siap buat senarai barang lagi.
Semangat uolls.
Lepas tu dah fikir siap-siap nak makan dekat mana dan makan apa.
Well prepared!!!
Kita mahu misi membalas dendam itu berlangsung dengan jayanya.

Happy weekend uolls...
 

Karenah Irfan

Lama rasanya tak mengumpat herokecil sorang ni.
Sejak dah jadi abang ni amboi amboi amboi.
Fening jugaklah.
Tapi nasib baiklah sayang adik.
Kalau tidak...



Tapi paling fening sekarang ni susah betul nak suruh pergi nursery.
Alasannya nak duduk mami (stay with mami).
Memang taklah.
Sebab dah tahu pe'el dia.
Nanti waktu adik tengah menyusu, waktu tu juga dia nak susulah, nak terkencing terberaklah, nak makanlah.
Fuhhhhh memang mencabar.



Baru-baru ni dia komplen dengan MR. Daddy dah lama tak keluar jalan-jalan dengan mami.
MR. Daddy kata kesian jer dengar.
So seminggu lepas habis pantang hari tu bawalah dia keluar berjalan.
Bukan pergi manapun, duduk dalam kereta jer.
MR. Daddy bawa round-round.
Punyalah seronok dia.
Menyabyi-nyanyi dalam kereta.



Terus MR. Daddy planning nak pergi holiday.
Tapi apa-apa hal pun mesti mau tunggu baby Nuha lebih 4bulan.
Senang sikit nak handle.

Oh Irfan kalau dekat dengan adik kena perhatikan.
Sebab dia pandai menggeram.
Habis-habis nanti MR. Daddy digigitnya nak lepas geram.
Orang datang tengok adik dia tak marah.
Nak dukung adik dia pun boleh, tapi dia akan pesan.
"Dukung boleh, tapi jangan bawa balik".
Kemain lagi, so sweet.


Friday, December 14, 2012

Makan Untuk Hidup

Sejak dah habis pantang ni malas betul nak pikir pasal makan.
Kalau dalam pantang tu makan jer apa yang dihidang.
Peliknya tak jemu pulak.

La ni cepat jer nak jemu.
Asal ulang lauk sama mulalah rasa boring.
Mungkin sebab tak dapat nak masak sendiri kot.
Wah, bajet!!!

Sekarang makan masih on MR. Daddy.
So hadaplah apa yang dimasaknya.
MR. Daddy ni pulak ada satu perangai.
Kalau hari ni saya kata masak ayam goreng, menu itulah yang diulangnya sampailah kita bagitahu menu lain pulak.
Masa preggy dulu tak lalu bau dapur, MR. Daddy lah masak untuk Irfan.
Suruh masak nasi goreng, santak sampai 2 minggu MR. Daddy masak.
Berbulan-bulan Irfan fobia bila nampak nasi goreng, ngeri dia.

Now tangan dah gegel nak masak.
Konon!!!!
Tapi keadaan belum memberi laluan.
Nampak gayanya terpaksalah tunggu lagi sebulan dua.
Bagi melepaskan gian, kita masak yang campak-campak je dulu.




 

Thursday, December 13, 2012

Imbasan Tragedi Oktober

Baby Nuha dah nak masuk 2 bulan.
Baru teringat nak cerita pasal kelahiran dia.
Boleh pulak lupa.
Maklumlah dah kertu, urat pun dah ada yang putus, tu yang manjang lupa je.
Next time cerita pengalaman bersalin pulak.
Melahirkan Nuha sangat berbeza dengan melahirkan Irfan.
Menjaganya lagiiiiiiiiiiiiii jauh beza.
Ok flash-back begin now!!!

2 Days Before
Me: False contraction dah mula rasa.
MR. Daddy: Ha! So macam mana nak pergi hospital tak?
Me: Tak payah dulu ni cuma tanda jer.
MR. Daddy: Nanti kalau rasa sakit cepat-cepat telefon abang ye.
Me: OK.

A Day Before
Me: Tadi dekat office ada dua kali rasa false contraction. Mula-mula pagi 3 kali selang 7 minit then tengah hari selang 5 minit.
MR. Daddy: Abang rasa sehari dua lagi honey mesti bersalin.
Me: Mungkinlah.
** at night **
10.00pm - kaki sakit dua-dua belah rasa macam lenguh sesangat.

24 OCTOBER 2012
12.45am - false contraction. sela masa 5-7 min.
3.00am - false contraction. 3 times
8.00am - false contraction. 5 times
** texting officemate bagitau tak kerja sebab dah ada tanda nak bersalin **
10.00am - gerak balik rumah MAK dekat Pantai Dalam sebab dekat dengan PPUM (decided nak deliver di PPUM).
11.00 - Contraction sebenar bermula. Sela masa setiap 5min selama sejam.
12.00pm - gerak ke hospital.
2.30pm - warded. Doc check buka baru 2cm.
4.30pm - Contraction lebih kuat. Sela masa setiap 3min selama sejam.
5.30pm - Ditolak ke labour room, bukaan jalan 5cm.
6.30pm - Doc pecahkan air ketuban, bukaan jalan 6cm.
9.00pm - 6 orang doc datang diketuai seorang pakar bedah, beritahu baby dah lemah. Check jalan sudah buka 10cm. Doc terus prepare suruh push keluarkan baby. 15min mencuba (sebab tak ada pengalaman) dan akhirnya......
9.30pm - baby Nuha lahir dengan selamat. Alhamdulillah.

Sepanjang tempoh untuk melahirkan Nuha Allah ringankan kesakitan saya.
Alhamdulillah sakit contraction pun manja-manja jer.
Yang paling terasa sakitnya adalah waktu doc potong.
Eeeee serius ngilu sampai sekarang.

Inilah moment yang tak akan saya lupakan.
Sebab saya tahu bukan semua wanita dianugerahi pengalaman sakit ini.
Sakit yang paling sakit....
Published with Blogger-droid v1.7.3

Tuesday, December 11, 2012

Extended Family - Pictures

Inilah puteri terbaru family saya.
Puteri sulung adik ke-4.
WELCOME TO THE FAMILY SAYANG



* Thank you to Aini sebab sudi jadi follower *

Monday, December 10, 2012

Another Extended Family Member

Alhamdulillah, last Sunday my sis-in-law selamat melahirkan baby girl.
Wow another family's members.
So ini adalah cucu ke-5 Wan.
Menjadikan cucu perempuan Wan seramai 4 orang.
Dan Irfan masih memonopoli cucu lelaki tunggal.

Cucu MakTok pun Irfan jer lelaki.
Tapi katalah MakTok pun ada 2 jer cucu; Irfan dengan Nuha.
Nama baby tak tanya lagi sebab SIL pun belum keluar hospital lagi.
Dia terpaksa delivered melalui C-sec sebab dah overdue.
Dah induce tapi still jalan tak buka even 2cm.
So untuk keselamatan baby doc terpaksa pilih C-sec.

Nanti dah ada gambar and nama baby saya announce.
Sementara tu kita interframe gambar littleprincess saya dulu.

Budak ni sangat suka main mulut dia buat macam-macam bentuk. Geget nak?
Published with Blogger-droid v1.7.3

Friday, December 7, 2012

Habis Sudah

Hari ni genap Nuha Syarafana 44 hari.
Bermakna hari ini juga mami habis pantang.
Hip hip hoorey
Hip hip hoorey
*lompat bintang*

Oh baru teringat nak kena beli ampaian kain baru.
Hanger untuk baju-baju Nuha pun perlu juga.
Nak cari kain sebab dua minggu lagi adik nak bertunang.
Wah tiba-tiba jer banyak barang nak beli.
Walhal selama hari ni elok jer boleh duduk rumah diam-diam.
Adik nak bertunang kakak anak dua yang sibuk nak bergaya.

Tapi dalam pada tu ada jugak rasa malas nak keluar berjalan.
Kononnya!
Sebenarnya kalau ikut trend Irfan dulu lepas 3 bulan baru saya bawa dia keluar.
Nuha ni tak tahu macam mana.
Tengoklah esok.
Kalau MR. Daddy ajak keluar, maka keluarlah kita.
Idak kalu duduk saja diam-diam dalam rumah.

Kesian dekat Irfan.
Selagi maminya tak keluar selagi itu dia pun tak akan dapat keluar.
Setakat pergi-balik nursery jerlah.
Dengan sekali sekala mengopi di mamak.

Apa-apa hal kita update esok, keluar atau tidak.
*peace*

42 hari


1 bulan


6 hari
Published with Blogger-droid v1.7.3

Thursday, December 6, 2012

Istanbul Ahkak Datang



Mia ha ha ha ha
Habis sudah tonton Istanbul Ahkak Aku Datang.
Actually sebelum ni nak tengok Aku Terima Nikahnya.
Ramai komen cerita tu sedih.
Sekali ahkak bukak nak tengok dek non, Allah romantik de amour sangat.
Ahkak tertipu!!!
Cancel.
Ahkak cerita romantik sangat nih memang cannot gi.
Sikit-sikit tak per, tapi kalo ober the sea...cannot cannot.

Eh MR. Daddy pun sebenarnya romantik.
Tapi apalah malang nasib dapat bini yang keras kejang.
Awal-awal dah sound, anniversary ker birthday ker no flower-flower, no cekelat-cekelat.
Itu semua ahkak boleh beli sendiri.
Kalau mahu surprise kalu kasik ahkak hendphone ka sebijik, laptop ke, kereta pun ahkak terima.
Ha baru betul terkujut.

Oh lari tajuk.
Mari kembali ke pangkal jalan.

Istanbul Aku Datang nih, kira ok jugak.
Tak ober sangat.
Cerita cinta komedi yang ringan.
Mean kau tengok tak payah fikir.
Just enjoy the story.
Haruslah enjoy kennnn abang Beto ada di situ.


Oh Tomok pun not bad.
Oklah berlakon.
Idaklah keras benor.
Hiduplah kiranya lakonan dia.
Wah...orang buta seni bagi komen...kemain kennnnn.

Actually watak Dian tu awalnya milik Fazura.
Sayangnya Fazura telah menolak sebab katanya ada babak dalam filem tu melanggar prinsip dia.
Dia tak moh berlakon kalau kena pelok-pelok dengan pelakon lelaki.
Amboi...orang nak jadi "puteri" haruslah kennnnnnnnnnn.
Ahkak memang tak sayang mulut nih!


Siapa nak tengok ada link ahkak selitkan.
Enjoy the movie.

Wednesday, December 5, 2012

Rabu Yang Bisu

 

Tuesday, December 4, 2012

Terlanjur Cinta

Sekarang tengah layan drama Terlanjur Cinta di TV9.
Sebenarnya saya jarang tengok drama-drama cinta ni.
Sebab tahap romantik cerita Melayu ni di luar tahap penerimaan saya.
Tapi kali ni macam boleh pergi pulak.

Alasannya?
Sebab heronya Aqasha.
Entah sejak bila melt dengan Aqasha ntah.
Tetiba jer kalau dia berlakon jadi wajib tonton pulak.
Penangan Dejavu Di Kinabalu mungkin.
Tapi apapun abang Beto tetap di hati.

Aqasha

Bila tengok drama ni terasa macam pernah baca novel yang jalan ceritanya seakan-akan sama.
Tapi tak ingat pula apa tajuk novel tu.
Benarkah adaptasi novel atau kebetulan cuma.
Itu kena tanya Eirma Fatima.

Pelakon utama Terlanjur Cinta ni sama dengan pelakon utama Dejavu Di Kinabalu.
Tukar heroin jer dari Tiz Zaqyah kepada Siti Saleha.
Juga come-back oleh Raja Ema.
Tak tahulah boleh ke mengikuti cerita ni sampai penghujung.

Raja Ema, Aqasha, Siti Saleha

Zul Ariffin, Aqasha, Nazim Othman

Antara barisan pelakon Terlanjur Bercinta

*All pictures taken from google*

Monday, December 3, 2012

Siblings

Muhammad Irfan Haziq
Lahir di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Hari Ahad pukul 2.15 petang melalui pembedahan.

Nuha Syarafana
Lahir di Pusat Perubatan Universiti Malaya
Hari Rabu pukul 9.30 malam

Wajah kedua-duanya saling tak tumpah saat selepas dilahirkan.

Sunday, December 2, 2012

Bertukar Akhirnya

Ini cerita water heater kami.
Water heater tu dah lama rosak.
Tapi nak menukrnya dari sehari ke sehari tak juga bertukar.
Entah kenapa payah benor nak pergi membeli yang baru.
Alasannya MR. Daddy kata nak betulkan sendiri.
Iyelah tu, betullah sangat.

Penyudahnya lepas Nuha lahir baru bertukar.
Pasai apa?
Sapa rajin nak pergi jerang ayaq tiap kali nak mandikan anak?
Itu kalau anak yang nak mandi.
Guna air dalam termos pun dah cukup.
Habis tu kalau saya nak mandi?
Berapa termos pula nak kena guna?
Oh penghujung pantang saya dah duduk di Putrajaya.

Akhirnya gigihlah MR. Daddy pergi cari yang baru.
Dulu kami guna brand Alpha.
Warna pink uolls.
Picture taken from google
Lebih kurang dalam tiga tahunlah kami pakai.
Itu saya yang pilih.
Sebab saya suka warna pink maka marilah hormati warna kegemaran saya.
MR. Daddy is redha.

Now, water heater yang baru MR. Daddy beli tanpa saya.
So I is redha.
Jenama Panasonic.
Kaler putih.
Katanya jimat elektrik.
Sejauh mana jimatnya saya belum pasti.
Itu kena tunggu bil elektrik bulan ni.
Tak jimat kalu kita kasi satu jelingan maut pada MR. Daddy.


Saturday, December 1, 2012

Disember Telah Tiba

*Batuk*

Hari ini sudah 1 Disember.
Tinggal lagi 30 hari untuk tahun baru mengucapkan hello.
Kalau umur saya panjang.
*toleh belakang*

Dah banyak masa yang berlalu samada dengan sia-sia atau diisi dengan sesuatu yang berfaedah.
Masa lalu yang tidak akan kembali lagi.

Sekarang masa untuk periksa perjalanan azam yang telah diikrarkan ketika 2012 datang menjenguk.
Sepatutnya azam tu dah terlaksana.
Now hanya untuk check and balance.
Yang baik diteruskan, yang buruk ditinggalkan.

Saya sendiri sedang check and balance azam saya.
Awal tahun saya berazam untuk hidup tanpa hutang pada 2015.
Bermakna setiap tahun harus ada hutang yang dilupuskan.
Dan tidak boleh ada hutang baru yang dibuat.
Melainkan hutang rumah dan kereta.
Ini kalau saya bayar cash, beratur BPR mintak autograph.

Pendek kata apapun yang kita azamkan berusahalah untuk merealisasikannya.