Benarkah?
Benarkah epidural mampu melegakan sakit ketika hendak bersalin?
Saya tidak tahu.
Walaupun ini bukan kandungan pertama saya tetapi saya memang tidak tahu.
Sebab masa sakit contraction (sehingga 6cm) saya tidak mengambil epidural.
Kali ini macam nak ambil (andai diizinkan bersalin normal).
So saya telah membuat carian pro and con menggunakan epidural.
Banyak jugaklah maklumat yang diperolehi.
Jadi marilah kita berkongsi sedikit sebanyak di sini.
Epidural
-Ubat bius setempat yang dicucuk pada bahagian diantara tulang belakang <--baca ni pun dah rasa ngeri. Cucuk dekat tulang belakang kot. Sakit tu. Tapi percayalah ketika contraction berlaku, buatlah apa sahaja pada kita, tak rasa dah.
-Satu tiub halus akan dipasang untuk tujuan menyalurkan ubat <--pergh dahlah kena cucuk siap ada tiub pulak. Lagilah mak ngeri.
-Epidural akan mula memberi kesan dalam masa 10-20min selepas diberikan.
Tujuan Epidural
- Membantu ibu mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa ketika berlakunya contraction. Masa contraction memang sangatlah sakit, especially untuk first time mommy to be.
- Dose epidural akan ditambah dari masa ke semasa bergantung kepada berapa lama si ibu menunggu jalan untuk baby tu terbuka. Biasanya anak pertama memang lambat sedikit sebab itu pertama kali rahim mengalami proses pengembangan dan pengecutan.
Kesan Epidural
- Ibu-ibu akan merasa lega walaupun ketika contraction berlaku. Ini kerana epidural akan menahan saraf sakit daripada menghantar isyarat sakit contraction kepada otak. Jadi ketika contraction berlaku, ibu-ibu masih dapat merasakan perut mereka mengeras tetapi otak tidak akan menafsirkannya sebagai satu kesakitan. Tetapi ini masih bergantung kepada dose epidural yang diberi dan tahap ketahanan mental seorang ibu itu. <--wah tak suka. Mungkin sebab tu kot sesetengah orang kata masih rasa sakit walaupun dah ambik epi *psiko lebih ni*
- Keberkesanan epidural kadang-kadang boleh menyebabkan ibu menjadi keliru waktu sebenar bayi harus diteran keluar. Ini kerana sakit contraction itu adalah petanda waktu sepatutnya baby diteran keluar. Semakin sakit = bukaan jalan semakin besar. Jika ibu tidak merasakan sakit ini proses meneran akan jadi lebih lama atau bayi terpaksa dibantu keluar menggunakan vakum atau forcep. <-- inilah yang saya tak syok nih.
- Epidural tidak memberi kesan kepada bayi.
- Kesan sampingan kepada ibu adalah sakit kepala, sakit belakang dan loya. Tetapi kesan ini tidak lama. Ia akan hilang beberapa ketika selepas bersalin tetapi masih bergantung kepada dose epidural yang diterima oleh si ibu.
Inilah antara point tentang epidural yang grab my attention.
Ada banyak lagi cerita pasal epidural ni.
Saya bagi link tempat-tempat rujukan saya.
1. Al-Islam Hospital
2. Kak Engku Bidan Bersalin
3. Baby Centre - Labour and Birth: Pain Relief
4. Alam Hamil
5. Rencana Dr. Awisul Islah Ghazali
So ibu-ibu selamat membuat pilihan.
Seeloknya berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan pandangan mereka.
Apapun mereka pasti mempunyai ilmu yang lebih berkenaan pain relief in labour room ini.
Ada maklumat lain, saya kongsi lagi.
Update:
Di PPUM, epidural hanya diberi kepada 2 orang ibu yang hendak melahirkan dalam satu-satu masa tempoh bersalin.
Contohnya ada 5 orang ibu hendak melahirkan dalam masa serentak. Hanya 2 daripada mereka akan mendapat suntikan epidural (samada diminta atau diberi dengan priority). Maka orang ketiga yang mahukan suntikan epidural perlu menunggu salah seorang ibu yang telah menerima epidural selamat bersalin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
No comments:
Post a Comment