Thursday, September 20, 2012

Irfan, Ultraman dan MR. Daddy

Irfan memang sangat obses dengan ultraman.
Semua keturunan ultraman tu dia kenal.
Semua lagu ultraman dia hafal.
Semua gaya ultraman dia tahu.
I is pasrah.

Lepas tu macam biasa harus dia pulak jadi ultraman.
Kalau dah ada ultraman wajiblah ada raksasa kan.
Jadi mahu dengan tidak MR. Daddy lah yang akan jadi raksasanya.
Suruh mami dia jadi raksasa, memang tak lah.
Ku fire saja terus.

Tiap-tiap malam ultraman wajib tonton.
Kadang-kadang tu dia tengok cerita ultraman yang sama jugak.
Tak boring ker?
Lepas tu start bising ajak MR. Daddy main ultrman-raksasa.
Lompat-lompat atas katil.
Dengan anak dengan bapak sekali saya fire.

Khusyuk dia tonton ultraman. Itulah kerja dia setiap malam sebelum tidur. Bila dah tutup lampu masih boleh dengar mulut dia bisik-bisik sorang dia membayangkan diri jadi ultraman.
Cer tengok bantal yang ada dekat belakang dengan kanan dia tu gambar apa? 

Close-up. Gambar ultraman. Dia sendiri yang pilih. Masa ni pergi Kamdar nak cari kain, sekali dia nampak kain cotton gambar ultraman ni. Terus histeria dekat situ jugak mintak beli buatkan dia bantal.


No comments: