Tuesday, February 21, 2012

Demi Tugas


Si kenit Irfan Haziq tidak sihat.
Demam daripada hari Jumaat.
Badannya sekejap panas sekejap sejuk.
Daripada hari Jumaat jugalah saya tidak bekerja.
Menemani dia di rumah.

Irfan Haziq ni walaupun demam dia tetap cergas.
Masih mampu bermain.
Berlari ke sini ke sana.
Masih kuat untuk membuatkan rumah seperti dilanggar garuda.
Cuma manjanya sahaja berlebihan sedikit.

Bila menyusu, mahukan saya memegang botolnya.
Bila tidur, mahukan saya membuainya.
Bila mandi, mahu saya yang menemaninya.

Tetapi hari ini saya dipanggil bertugas.
Ada kerja yang harus dilangsaikan setelah dua hari mengambil cuti kecemasan.
MR. Daddy yang menemani IRfan di rumah.

Kata MR. Daddy celik jer mata, dia dah cari saya.
Minta daddy menghubungi saya.
Sebaik sahaja menjawab panggilan telefon air matanya terus laju menitik.
Menangis minta saya buatkan susu untuknya.

Runtun sebenarnya rasa hati bila mendengar tangisan dia.
Lebih-lebih lagi dia dalam keadaan tidak sihat.
Tetapi saya terpaksa...

Semoga anak mami Irfan Haziq cepat sembuh.
Kembali sihat dan ceria seperti selalunya.


2 comments:

ieYzA AzmIeY said...

oke, now saya pulak yang menitik air mata... meruntun jiwa...
haishh kesiannya si hero kecil itu...

Unknown said...

Dah kebah dah demamnya Iza, tinggal lg batuk dgn selsema...alhamdulillah.