Monday, February 6, 2012

Heartstring [KOREAN Drama]


Title: 넌 내게 반했어 (Neon Naege Banhaesseo) / You’ve Fallen for Me
Also Known as: Falling in Love / Heartstrings
Previously known as: 페스티벌 / Festival
Genre: Romance, music
Episodes: 15 + 1 Special

See, saya highlight tang genre.
Sebab apa?
Saya sebenarnya saaaaaaaaaaaaaaaangat jarang tonton drama korea kalau genrenya bukan romantic comedy atau comedy.
But this one I in.

Selalunya kalau genre romance ni banyak sangat adegan ayaq mata.
Letih wooooooooooooo nak tengok.
Sat-sat nangis...sat-sat nangis.
Tapi yang ni ok.
Babak-babak berendam air mata memang sangat minima dan berada di tempat yang betul.

Sinopsis

Cerita cinta remaja dalam alam kolej (mesti korangpun banyak pengalaman macam ni). Tentang Lee Shin (Jung Yong Hwa) yang sangat mencintai muzik moden. Lee Shin berpewatakan cool dan tidak meminati apa-apa selain muzik. Dalam masa yang sama dia jatuh cinta kepada seorang pensyarah tarian di kolejnya.

Lee Gyu Won (Park Shin Hye) mempelajari seni muzik tradisional di kolej yang sama di mana Lee Shin belajar. Mereka sama-sama meminati muzik walau dalam genre yang berbeza. Namun skop kehidupan Gyu Won hanya tertumpu kepada kehidupan di rumah bersama datuknya dan di kolej dengan muzik tradisionalnya.

Namun kedua-dua mereka dipertemukan secara tidak langsung oleh beberapa insiden. Hari demi hari mereka menjadi rapat dan intim akhirnya jatuh cinta. Halangan cinta mereka tidak berkisar tentang orang ketiga mahupun cinta antara dua darjat. Ianya lebih kepada sikap egois masing-masing dan sikap ingin melindungi antara satu sama lain (which i can say more to a real life, where some of us facing the same problem due their puppy love).

They look cute together

Seeeeeee...cute and look good, huh?
Cast

Jung Yong Hwa as Lee Shin
Park Shin Hye as Lee Kyu Won
Song Chang Ui as Kim Suk Hyun
So Yi Hyun as Jung Yoon Soo
Woo Ri as Han Hee Joo
Kang Min Hyuk as Yeo Joon
Lee Hyun Jin as Hyun Ki Young
Im Se Mi as Cha Bo Woon

Extra

*Kang Min Hyuk dan Jung Yong Hwa menganggotai kumpulan muzik yang sama iaitu CNBlue yang bergenre rock, alternatif rock di mana Yonghwa adalah vocalist dan Minhyuk adalah drummer (watak yang sama yang dibawa di dalam drama heartstring)
*Jung Yong Hwa dan Park Shin Hye pernah berlakon bersama di dalam drama You're Beautiful di mana cintanya ditolak oleh Minam di dalam drama tersebut.
*Song Se Hyun yang memegang watak sebagai bassist untuk kumpulan The Stupid dalam drama ini merupakan adik kepada pelakon Song Seung Hun.
*Oh Won Bin yang berlakon sebagai guitarist The Stupid adalah former member kepada kumpulan k-pop FT Island.


credit kepada: koreandrama


No comments: