Berbicara tentang kaedah kelahiran bersama Dr. Eby Safiah pe.rah.san.
Mana satu pilihan kalbu?
Normal atau caesarean?
Tingkap atau pintu?
Sakit sebelum atau selepas?
Anda ada 3 talian hayat.
1. Berbincang dengan suami
2. Berbincang dengan doktor
3. "Berbincang" dengan Allah
Dan pilihan terakhir di tangan anda.
Saya?
Allah bagi saya rasa kedua-duanya.
Caesarean untuk Irfan.
Normal untuk Nuha.
Hoi punyalah berdebar masa nak normal tu.
Bukan berdebar masa nak bersalin, masa tu tak sempat dek non nak pikiaq berdebar...dok tahan sakit jer.
Berdebar masa sembilan bulan sebelum bersalin tu.
Masa preggy.
Lagi-lagi tiap kali check-up doc dok tanya ulang kali, yang second ni nak scissors ke normal.
Masa bersalinkan Irfan sudah tertulis suratan takdirku yang Irfan keluar ikut tingkap.
Tapi bukan schedule caesarean.
Sempatlah rasa sakit contraction sehingga bukaan 7cm.
Sakit weh...
Dah lah masa tu buat keras hati langsung tak ambil any pain killer.
Sekali doc pakar datang jenguk kata heart baby dah bunyi depression.
Baby dah lemas so mesti emergency caesarean.
Oleh kerana itu pengalaman pertama so merelakan sahaja apa yang doc perkatakan.
Lagipun waktu tu sakitnya ya ampun.
Masa operation memang tak rasa apa.
Tapi tunggu lepas dah settle.
Lebih kurang lepas 2jam ubat bius dah habis kesan, masa tu kau mula rasa perit dekat perut tu.
Tapi jangan bimbang ubat tahan sakit akan sentiasa diberi, like my case for 5 days.
Waktu preggy Nuha cekalkan hati untuk cergas walaupun mabuk teruk.
Banyakkan berjalan,buat kerja rumah sikit-sikit.
Empat bulan pertama memang tak mampu buat apa.
Keluar-masuk hospital jer.
Berar hilang sampai 15kg.
Menangis slim world kalo dengar.
Alhamdulillah Nuha lahir secara normal dan awal seminggu.
Itupun mak inchik ada sikit suspend.
Start betul-betul sakit pukul 6.30 ptg.
Pukul 9.00 malam 6 orang doc datang dengan 3 orang nurse.
Salah seorangnya pakar bedah.
I is cuak.
Operation lagi ke?
Then doc kata baby depression.
Again?
Masa ni hanya berserah.
Sekali check dah buka 10cm.
Memang tak tunggu terus push, 9.30 Nuha lahir.
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.
So pada pengalaman saya yang tak seberapa ni,
kalo disuruh pilih saya mahu bersalin normal.
Memang sakit masa tunggu jalan buka tapi sakitnya tidak lama.
Masa scissors nak batuk, nak bersin pun ngeri.
Sakitnya hanya mereka sahaja tahu.
Anda bagaimana?
Normal atau caesarean?
Published with Blogger-droid v1.7.3