Thursday, June 9, 2011

Sihir...Relevankah?

Macam mana nak mula ek?

Mami bukan tak percaya pada sihir, jin dan syaitan ni sumer.
Tapi nak percaya sangat pun
Entahlah...susah betul nak cakap.

Mami percaya jin itu wujud.
Syaiton itu ada.
Kalau tak, idaklah kita buat jahat.
Itu semua kerja syaitanlah tu.
Nyalahkan si setan tu!

Tapi dalam zaman serba moden,
Dunia serba canggih,
Serba serbi hujung jari,
Masih ada lagi manusia yang bertuhankan sihir ni semua?

Nyatanya memang ada,
Sebab kami sekeluarga(baca ibu, mami dan adik-beradik) baru sahaja terkena.
Ker...lebih sesuai sebut sedang dikenakan.
Dan kami sedang melawannya.

Punca???
Dengki-sakit hati-tak suka!!!

Kenapa lah wei????
Sakit hati sangat.
Bukankah rezeki itu Allah dah tentukan.
Kau ada rezeki kau, kami ada rezeki kami.
Masing-masing usahalah.

Dia yang ibu anggap keluarga.
Dia yang ibu bantu selama hari ini.
Dia yang ibu selalu rakemenkan pada customer.
Tetapi penyudahnya dia khianat ibu semula.
Kenapa tikam ibu dari belakang???

Macam melepas anjing tersepit.
Macam gunting dalam lipatan.
Macam duri dalam daging.
Macam api dalam sekam.
Macam HAR-RAM!!!!!

Kepada Allah kami serahkan.
Semoga Allah bukakan hatinya untuk bertaubat.
Semoga Allah tunjukkan dia cahaya keinsafan.
Semoga sempat dia menyalami tangan ibu sebelum terlambat...
Kerana,
Ibu sekali hatinya terluka dek orang yang dipercayainya...
Sampai di "sana"lah kau akan menuntut kemaafannya.

No comments: