Monday, June 6, 2011

Isnin Datang Lagi...

Kalau Tora datang lagi ada hadiah percuma.
Tapi kalau Isnin datang lagi?

Maknanya rutin kita telah kembali.
Cuti hujung minggu telah berakhir.
Kerja-kerja di pejabat sedang melambai-lambai.
Juga harus bangun lebih awal dan menempuh jam untuk ke pejabat.
Belum pun separuh hari Isnin berlalu dah rasa letih.

Tapi jangan lupa juga untuk bersyukur.
Kerana sehingga ke hari ini Allah masih beri kita nyawa.
Masih boleh terus bekerja.
Masih boleh mencari rezeki untuk keluarga.
Masih boleh tengok muka anak-anak dan orang yang tersayang.

Tapi itulah bila hari Isnin mood sedikit sebanyak mesti berterbangan.
Ish ish ish masih nak komplen.

Selamat menjalani Hari Isnin...

No comments: