Wednesday, June 8, 2011

Marry Me, Mary!

Original Title : 매리는 외박중 (Maerineun Oebakjoong)
Other Title: Mary Stayed Out All Night.


Tayang di Korea tahun lepas dekat-dekat hujung tahun juga.
Malaysia kalau tak silap akan tayang di 8tv setiap hari Sabtu pukul 6.30pm.
Exact date not really sure <---sorry :)

Terasa nak tengok citer ni sebab genre dia adalah romantic comedy dan sebab Jang Geun Suk.
Suka tengok lakonan Geun Suk ni tapi dalam drama ni macam kurang minat pula.
Ker sebab storyline dia macam tak berapa strong.
Ntahlah...tonton sendiri dan nilai.


Sinopsis
Cerita berkisar tentang Wi Mae Ri (Moon Geun Young), gadis lurus yang baik hati dan suka bersangka baik. Anak kepada seorang businessman yang tak berjaya. Separuh kehidupan Mae Ri terpaksa berpindah randah sebab lari daripada pengutip hutang bapanya. Satu hari bapa Mae Ri ditangkap oleh pengutip hutang. Kebetulan waktu itu kenalan lama bapanya ada di tempat kejadian. So, dia telah diselamatkan oleh lelaki berkenaan yang juga pernah menyimpan perasaan terhadap mendiang ibu Mae Ri secara senyap-senyap. Selepas mendengar cerita bapa Mae Ri, lelaki itu bersetuju membayar semua hutang-hutang bapa Mae Ri dengan syarat Mae Ri dikahwinkan dengan anak lelakinya, Byun Jung In (Kim Jae Wook). Memandangkan lelaki itu seorang usahawan berjaya di dalam bidang hiburan bapa Mae Ri bersetuju walaupun Mae Ri dan Jung In membantah. Dalam usaha melepaskan diri Mae Ri mendesak Kang Moo Kyul (Jang Geun Suk) yang dikenalinya dalam insiden perlanggaran untuk menyamar menjadi suaminya. Keadaan menjadi lebih huru-hara bila Jung In yang awalnya membantah perkahwinan itu bersetuju untuk mengahwini Mae Ri apabila mendapat tahu Mae Ri gadis yang dicarinya selama ini. Akibat situasi tiga segi ini maka tercetuslah idea Perjanjian 100 hari. Di mana Mae Ri harus membahagikan harinya dengan adil buat Jung In dan Moo Kyul. Selepas 100 hari barulah Mae Ri boleh memberi kata putus siapa antara keduanya yang layak mengahwininya.

Casting
Moon Geun Young as Wi Mae Ri

Geun Young ni comel, tapi dalam citer ni serabut betul tengok rambut dia.

Jang Geun Suk as Kang Moo Kyul

Lagi suka lakonan Geun Suk dalam You're Beautiful walaupun dalam citer tu hati keras serupa batu!
Kim Jae Wook as Byun Jung In

Sebabkan lakonan dia dalam Bad Guy terus rasa macam sakit hati dengan Jae Wook nih.
Kim Hyo Jin as Seo Joon Park Joon Gyu as Jung Suk (Jung In’s father)
Park Sang Myun as Wi Dae Han (Mae Ri’s father)
Lee Ah Hyun as Kam So Young (Moo Kyul’s mother)

Info Tambahan tentang Mary Me, Mary!
* bertukar penulis skrip pada episod ke-11 sbb penulis skrip asal tarik diri.
* adaptasi dari komik online yang kemudiannya dibukukan.
* penulis komik untuk 매리는 외박중 (Maerineun Oebakjoong) merupakan penulis komik yang sama untuk drama "Full House".


Happy Watching...

No comments: