Thursday, June 2, 2011

Selepas Setengah Tahun

Hari ini 2 Jun 2011

Dah setengah tahun pun berlalu.

SETENGAH TAHUN!!!

Sedar tak masa yang berlalu tu?
Sedar tak hari-hari yang kita lalui?
Sedar tak minit-minit yang kita tempuhi?
Sedar tak saat-saat yang tak akan kembali?

Sekejap jer kan.
Sekarang dah setengah tahun berlalu.
Tinggal lagi setengah tahun.
Insya Allah kalau nyawa masih di badan kita akan sampai di penghujung tahun.
Kalau tidak?
Cukup bekalan?

Review balik azam tahun baru yang kita tanam di penghujung 2010 dulu.
Apa yang dah kita capai.
Atau paling kurang dah separuh perjalanan seiring dengan masa yang berterbangan.
Ke tak jalan-jalan sebab azam sekadar pembuka tirai tahun baru.

Apa pun masa yang terbang tidak akan dapat diputar kembali.
Kita telah melaluinya.
Baik mahupun buruk ambillah ikhtibar dan pengajaran.
Perjalanan sebuah kehidupan adalah sekolah terbaik mengejar kejayaan.

Seimbangkanlah dunia dan akhirat.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur.

Selamat menempuh perjalanan kehidupan...

No comments: