Today is Muhammad Irfan Haziq's Birthday.
He turn to 2 now.
Big already.
Mami luv u...
Kenangan mengandungkan Irfan masih sangat segar dalam ingatan mami.
Sedangkan sakit melahirkan pun mami dah macam tak berapa nak ingat.
Mami tahu sakit tapi tak ingat sakitnya macam mana.
Yelah, katalah Irfan pun lahir operation.
Memang Irfan lahir operation tapi lepas mami tanggung sakit sehari semalaman.
Mengandungkan Irfan moment yang lebih mengerikan.
Tapi kenangan indah yang akan terus dikenang.
Bukan semua wanita dapat merasainya.
Dan Allah telah pilih mami untuk melaluinya sendiri.
Sepanjang 9 bulan mengandungkan Irfan, 8 bulan adalah saat yang paling perit.
Mami wanita aktif.
Tidak pandai duduk diam tanpa berbuat apa-apa.
Tetapi saat doktor mengesahkan ada nyawa baru yang mami bawa, mami jadi wanita yang selemah-lemahnya.
Dalam tempoh 8 bulan itu tidak ada seharipun yang mami tidak akan muntah.
Tenaga memang tiada.
Tak ada makanan yang kekal lama apabila dijamah.
Semuanya pasti akan terbuang kembali.
Waktu kerja adalah hari yang paling menyakitkan.
Kadang-kadang dalam seminggu hanya sehari dua mami dapat pergi bekerja.
Selebihnya terbaring layu di rumah.
Tidak bertenaga, tiada semangat.
Mami cuba lawan, tapi selalunya mami kalah.
Terlalu mendesak diri juga akhirnya hanya menyebabkan mami jatuh sakit.
Sehingga saatnya tiba, Irfan dilahirkan.
Alhamdulillah Irfan lahir selamat.
Mujur Allah memberi peluang untuk mami mengecapi manisnya menjadi seorang ibu.
Hari ini anak nakal dan terlebih lincah itu menyambut hari jadinya yang ke-2 tahun.
Walau dalam usia sekecil itu dia tidak mungkin akan faham apa erti sambutan hari jadi tetapi sebagai ibu 2 tahun ini adalah moment yang sangat berharga.
Menjadi ibu kepada anak kecil yang aktif dan tidak berhenti berfikir.
Selamat hari jadi sayangku.
Semoga Irfan Haziq akan menjadi anak yang soleh, anak yang taat.
Dan semoga Irfan akan berjaya di dunia dan di akhirat.
Mami sayang Irfan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
4 comments:
Irfan ikut wajah Eby kan??
Bukan setakat ada iras tp dah sebijik dah muka mak dia
Ieyza,
Memang ramai ckp mcm tu...copy & paste. huhuhu
tak pernah jumpa irfan, tau-tau dia dah besar.
Yanie,
Jangan kata ko, akupn xpernah jumpa ank teruna ko tu.Adam ek namanya.?
Post a Comment