Dua hari satu malam di rumah sendiri.
Mami demammmmmmmmmmm
So hujung minggu melepek jer kat umah.
Mujurlah weekend last week MIL together-gother dengan SILs datang.
Idaklah budak Irfan tu bohsan dok terperap jer kat umah ngadap maminya yang sakit.
Bila mak toknya ajak jayan-jayan, laju jer bangun.
Maklumlah dah 2minggu berturut-turut tak ke mana.
Tinggal mami kat umah sorang-sorang pun dia tak heran dah.
Asalkan tuntutan hatinya dipenuhi.
Last Friday mami dah start demam.
Seram sejuk jer badan.
Masa jumaat tuh belah petang memang dah sampai tahap klimaks.
Tenaga dah digunakan sepenuhnya.
Mami pergi baring kat surau dari pukul 2.30 p.m sampai pukul 4.00 p.m
Rasa macam kuat sikit balik duduk kat meja.
Kena simpan sikit tenaga sebab balik nak kena jalan kaki ke ERL.
Daddy offer untuk amik.
Tapi mami tolak sebab mami tahu daddy susah nak drive bila dia berdua jer dengan Irfan.
Lainlah mami.
Mami boleh buat magik.
Sebelah mata tengok Irfan, sebelah tengok jalan.
Lagipun telinga mami kebal.
Boleh jer bawak kete walaupun Irfan nangis meraung-raung sebab kena cubit tak moh dok diam-diam.
Itu belum kes dia suruh nyanyi bagi menghiburkan hatinya atau dia yang nyanyi tapi langsung tak menghiburkan hati mami/daddynya.
Biasanya daddy memang susah, nyanyian gerenti ke lautttttttttttttttttttttt nun jauhnya.
Mami lek jer sebab memang dah biasa nyanyi ke laut...
Owh mak tok pernah rasa.
Live concert dalam kete.
Merah tapak tangan dibuatnya.
Maunya idak, nyanyi sebaris tepuk harus meriah.
Eh, kejap ini citer apa sebenarnya?
Sepatutnya citer pasal demam...
Ok kembali ke pangkal jalan.
Mami kalau setakat demam yang biasa-biasa tu tak adalah ting tong sangat jadinya.
Tapi kalau selsema datang mengganggu, pastu bawak pulak batuk yang macam terkeluar anak tekak tu.
Itu yang berangin jer satu badan.
Mencucuk sampai ke kepala.
Tak per sabar-sabar...dugaan.
Tapi kali ni dia punya selsema memang pukul habis.
Sampai pekak sebelah telinga...berdengung jer rasa.
Batuk sampai dah luka tekak, bila buang lendir kahak bercampur dengan darah.
Tapi tak kecoh dengan daddy.
Jap agi kalau daddy tahu bukan setakat tekak jer luka, telinga pun berdarah dengar zikir daddy ajak pergi hospital.
Ai bukan takut tapi tak koser nak menunggu.
Tunggu tiga jam, jumpa doktor (kalau doktor...selalunya MA sahaja) lima minit.
Bab yang ini memang kesabaran berada di tangga terbawah sekali....